Assalamualaikum and hai gais ! Entry kali ini aku nak kongsi dengan korang “Apa Itu PTSD” . Sebenarnya aku pun baru tahu juga. Sekiranya korang juga mempunyai gejala-gejala yang disebutkan seperti dibawah mungkin korang juga sedang mengalami PTSD.
PTSD adalah singkatan kepada Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dan ini adalah 4 petanda seseorang sedang mengalami gejala PTSD.
1. Gejala Imbasan Semula
Keadaan yang mana seseorang mengalami gangguan yang hadir berulang-ulang tanpa kerelaan selepas mengalami sesuatu episod trauma.
Kadangkala ia boleh hadir dalam bentuk imbas kembali atau mimpi. Apabila hal itu berlaku, mereka seperti sedang berhadapan dengan kejadian tersebut.
Akibatnya, mangsa mengalami perubahan dari segi fisiologi seperti bertindak melarikan diri dan bernafas dengan laju. Ketika itu, pesakit tidak sedar sebenarnya ia hanyalah memori dan bukan realiti.
2. Gejala Pengelakan
Individu yang mengalami gejala tersebut akan berusaha melupakan atau mengelakkan diri daripada terus-menerus mengingati kejadian lampau. Mangsa juga akan berusaha melupakan kejadian ngeri dari segi mental dan perbuatan.
Antaranya tidak memakai pakaian sama seperti dalam insiden lepas atau sesekali tidak akan melalui jalan atau tempat terjadinya hal itu. Sebagai contoh, mangsa banjir berkemungkinan lebih takut kepada hujan lebat dan guruh.
3. Perubahan Negatif Kepada Kognitif
Individu akan merasakan dunia bukan lagi tempat yang selamat untuknya dan tiada sesiapa pun yang dapat membantu selain diri mereka sendiri.
Gangguan itu juga boleh menyebabkan mangsa menyalahkan diri sendiri atau menunding orang lain di atas sesuatu kejadian yang menimpanya. Mereka juga mempunyai sikap mahu seseorang bertanggungjawab terhadap peristiwa tersebut.
4. Peningkatan Kepekaan Deria
Golongan itu biasanya mempunyai rasa syak wasangka, tindak balas keterlaluan terhadap sesuatu perkara, mudah terkejut dan lebih berjaga-jaga.Pesakit biasanya menjadi pemarah dan seringkali cuba merosakkan diri.
Dalam kebanyakan hal, mereka akan hilang daya fokus dan sukar membuat keputusan. Adakalanya mengalami gangguan tidur.
Dan ini artikel pasal aku yang mengalami PTSD dalam akhbar Sinar Plus.
Antara Gejala PTSD Yang Aku Alami
Ingat tak masa aku kongsi perasaan yang aku alami selepas banjir dekat FB, ramai yang kata kemungkinan aku mengalami trauma. Ikutkan sekarang ni pun aku sendiri rasa kurang selesa untuk cerita balik apa yang berlaku pada tahun lepas.
Aku boleh jadi auto down , berdebar dan rasa nak menangis tanpa sebab. Aku cuma mampu kawal dengan membuat pelbagai aktiviti yang aku biasa buat supaya aku tidak terlalu memikirkannya sangat.
Bukan mudah aku nak build up balik semangat aku yang musnah bersama-sama hampir 90% barang dalam rumah.
Pada awal kejadian akulah yang nampak macam terkuat semangat. Tapi mungkin sebab aku terlalu push diri aku untuk nampak ok akhirnya aku sendiri yang hilang semangat dan mengalami proses healing yang amak teruk.
Hampir 2 hari selepas kejadian aku tak nak bercakap dengan sesiapa, aku mengalami keletihan yang teramat, hilang selera makan dan ketakutan setiap kali memejamkan mata.
Baca : Bantuan Banjir Zakat Selangor

Tidur aku sentiasa terganggu dengan imej-imej banjir macam air lalu depan mata , nampak barang-barang timbul dan hanyut dibawa air. Setiap jam aku kerap terbangun dan memeriksa keadaan sekeliling dan tertanya aku dekat mana sebab perasaan aku bagai merasakan yang aku masih sedang terapung-apung diatas air.
Walaupun zahirnya aku nampak ok macam dah move on tapi sebenarnya tidaklah semudah itu.
Mungkin sesekali aku akan menjadi seorang yang begitu introvert tapi itu hanya disebabkan aku masih perlukan ruang dan waktu untuk healing dari perasaan ini.
Percayalah hingga ke saat ini aku masih takut dengan hujan, sebab bimbang ia akan berubah menjadi banjir.
Doakan Aku Cepat Healing
Aku tahu masa akan menyembuhkan cuma tak tahu bila. Apapun aku tetap sangat bersyukur sebab walaupun kini aku hampir tiada apa-apa tapi aku masih ada keluarga dan masih ada kawan-kawan yang sentiasa prihatin dengan keadaan aku.
Terima kasih kerana sentiasa membantu, bertanya khabar, memberikan kata-kata semangat dan menceriakan hari-hari aku supaya aku boleh bangkit dan kembali menjalani kehidupan normal seperti dahulu.
That’s exactly what it feels My life is on pause and depressing. I have everything I need to thrive but cannot focus energy on any more than the bare minimum to survive.
Nadine @ Cnsmedspa recently posted…Things You Should Know About OCD