Asalamualaikum , korang pernah tak dengar nama penyakit SKOLIOSIS / SCOLIOSIS ? aku jamin mesti ramai diantara kita tak pernah dengar nama penyakit ni. Aku sendiri pun baru pertama kali dengar dan tahu akan kewujudan penyakit SKOLIOSIS .

Itupun selepas aku dapat surat dari anak aku si babang yang baru balik dari sekolah kebangsaan.

Dia masuk jer kereta dia terus bagi salam dan hulur kat aku satu surat beserta kad laporan kesihatan dia pada aku. Aku yang nak teruskan memandu hanya sempat pandang sekilas sahaja isi surat .

SKOLIOSIS adalah penyakit tulang belakang yang membentuk S atau C . Bahayanya agak bergantung pada berapa darjah tulang belakang tersebut membengkok . 

Aku tanya dia, apa isi kandungan surat tu ? dia jawab yang nurse tu kata Adam ada Skoliosis . Aku tanya lagi apa benda skoliosis tu . Dia kata tulang tak seimbang sebab dia bawak beg guna sebelah bahu. ( dia cakap macam tu sebab itu apa yang dia rasa, aku tak nak kaji lain-lain punca yang tak pasti )

Aku pun ooo kan ajer sebab memang aku anggap ianya mungkin tak seserius mana.

Macam biasa, aku saja updet kat FB tentang hal ni , sebab aku nak tahu apa sebenarnya Skoliosis ni.

Sekali tu diaaaa aihh , berderet jawapan aku dapat. Dan-dan tu jugak aku rasa takut , rasa down dan rasa bersalah pada anak aku. Macam-macam rasa ada.

Speachless terus aku bila baca semua kesan Skoliosis nih. Anak aku baru darjah 6 jer kot. Muda lagi.

TAHUKAH ANDA APA ITU PENYAKIT SKOLIOSIS ?

Bila aku google pasal Skoliosis ni tak banyak info yang aku boleh dapat dari web atau blog berbahasa Melayu. Info yang adapun dilarang untuk disalin balik dalam bentuk apapun. So tak dapatlah aku nak kongsi dengan korang semua.

Info lain yang aku jumpa dalam blog bahasa indonesia iaitu blog Kidsgen.blogspot.Com . Tapi tak kisahlah , janji faham dan takder larangan copy. Yang penting sudah di back link kepada sumber asal. Cuma aku ubah suai sikit bahasa agar lebih mudah difahami.

Skoliosis adalah kelainan pada rangka tubuh yang berupa kelengkungan tulang belakang, dimana terjadi pembengkokan tulang belakang ke arah samping kiri atau kanan, atau kelainan tulang berbentuk huruf S. Ada banyak fakta yang menarik dan penting tentang scoliosis yang banyak orang belum mengetahuinya.

tulang belakang kiri tak normal , kanan normal

Para penderita Skoliosis (kelainan tulang berbentuk S) memiliki bahagian tubuh dengan panjang atau tinggi yang berbeza antara bahagian kanan dan kirinya.

Misalnya, alis mata kanan dan kiri yang tidak sama tingginya, lekuk bibir atas bahagian kanan dan kiri yang tidak sama tingginya, lalu tapak kaki kanan dan kiri yang tidak sama panjangnya sehingga kalau beli kasut akan terasa sempit pada salah satu kakinya. Posisi wajah cenderung ke satu sisi, kedua telinga yang tidak sama tingginya, dan sebagainya.

Tanda-tanda umum berikutnya bagi seseorang yang terkena skoliosis adalah tulang bahu yang berbeza, tulang belikat yang menonjol, lengkungan tulang belakang yang nyata, tulang pinggul  yang senget, perbezaan ruang antara lengan dan tubuh.

Menurut “The National Scoliosis Foundation”, USA, skoliosis ditemukan pada 4,5% populasi umum, dan skoliosis lebih kerap terjadi pada wanita berbanding lelaki, dengan nisbah 2:1.

Tetapi masih ramai lagi masyarakat yang belum mengetahui dan mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penyakit skoliosis ini. Ada sebahagian yang tahu pun lebih banyak memilih cara pengubatan bukan medik yang mungkin menjadikan situasi kesihatan pesakit bertambah parah.

Sebaiknya kita rujuk pada doktor bertauliah dahulu sebelum kita amik keputusan untuk melakukan sebarang rawatan.

BAHAYA SKOLIOSIS

Fakta penting lainnya, dalam peringkat yang masih ringan, skoliosis memang seakan-akan tidak menimbulkan masalah, tapi para penderita skoliosis tidak boleh menganggap ianya perkara biasa. Jika skoliosis dibiarkan terlalu lama maka ianya boleh memberi kesan pada bahagian organ yang lain seperti pada paru-paru dan jantung.

Tulang rusuk akan menekan paru-paru dan jantung penderita, sehingga penderita sering menderita sesak nafas (kesulitan bernafas) dan cepat lelah. Jantung juga akan mengalami kesulitan dalam mengepam darah.

Skoliosis yang sudah parah, yakni dengan kebengkokan >90 darjah, berpotensi menyebabkan saraf terhimpit di sepanjang ruas tulang belakang sehingga terjadi kelumpuhan pada penderita.

Sayangnya, hanya sedikit orang yang tahu skoliosis boleh berpengaruh terhadap organ jantung, paru-paru, bahkan sumsum tulang belakang.Kebanyakan penderita lebih mengeluhkan masalah penampilan sahaja.

PEMERIKSAAN SEJAK AWAL BOLEH DILAKUKAN SENDIRI OLEH IBU BAPA

Ibubapa juga boleh melakukan test Adam Forward Bend untuk mengetahui sejak awal adakah anak-anak sedang menderita skoliosis ataupun tidak. Ujian ini hanya mengambil masa selama 30 saat, tanpa perlu si anak membuka baju, namun sangat berkesan.

Minta anak-anak berdiri dengan lutut sejajar dan rapat, kemudian membongkokkan tubuh 90 darjah ke depan ( buat posisi rukuk dalam solat ). Bila dia menderita skoliosis, akan tampak adanya penyimpangan bentuk tulang atau bagian punggung sehingga tampak tinggi sebelah.

PENYEBAB TERJADINYA SKOLIOSIS

Sebanyak 75-85% kes skoliosis tidak diketahui penyebabnya. Sedangkan 15-25% kes skoliosis yang lain boleh dikatakan terjadi disebabkan :

  1. Kelemahan yang semakin buruk pada otot rangka dalam mengendalikan gerak tubuh, seperti yang terjadi pada penderita penyakit polio (lumpuh yang disebabkan oleh virus.).
  2. Kelainan genetik atau terjadinya gangguan organ semasa janin di dalam rahim, misalnya karena infeksen virus semasa hamil.
  3. Berhubungan dengan usia tua, atau kerana kekurangan mineral kalsium, seperti masalah osteopororis atau pereputan tulang.
  4. Dari hasil penelitian cara duduk juga mempengaruhi terjadinya skoliosis pada kanak-kanak berusia10 – 12 tahun.  Namun perlu diketahui, keadaan kerusi/meja belajar pun dapat mepengaruh pada cara duduk anak. Bila posisi tubuh yang salah ini berlangsung terus-menerus, anak berisiko mengalami kelainan postur dan gangguan pertumbuhan dengan gejala munculnya ketegangan otot yang ditandai rasa nyeri di leher, sakit bahu, atau anak sering menggerak-gerakkan leher kerana sengal semasa belajar. Kalau tidak segera diperbaiki, dalam waktu yang lama ianya boleh terjadi perubahan pada fizikal anak, seperti bahu menjadi tinggi sebelah, kepala senget, pinggul tinggi sebelah atau adanya tonjolan di punggung.

CARA MERAWAT DAN MENANGANI SKOLIOSIS

  1. Skoliosis ringan atau dengan kebengkokan <20 darjah hanya perlu di pantau setiap 1 hingga 2 kali dalam setahun.
  2. Skoliosis sedang dengan kebengkokan antara 20 – 40 darjah, disaran untuk menggunakan alat bantu Brace. Brace dipakai selama 23 jam setiap hari sampai terjadi kematangan tulang, atau sehingga pertumbuhan tulang sudah berhenti di sekitar usia 17 tahun.

    contoh pemakaian braces untuk pesakit Skoliosis

  3. Skoliosis berat dengan kebengkokan >40 darjah atau lebih buruk pula perlu dilakukan pembedahan (operasi). Bila pembedahan ingin dilakukan pada usia kanak-aknak, ianya harus dilakukan masa tulang menghampiri kematangan iaitu semasa usia 15 hingga 20 tahun. Jika dilakukan terlalu awal, ada risiko pertumbuhan anak akan terbantut. Masa untuk luka pembedahan sembuh pula lebih kurang mengambil  2 minggu, dan penyatuan tulang belakang pula mengambil masa antara 6 hingga 9 bulan.

 

SENAMAN & SUKAN YANG DISYORKAN UNTUK PESAKIT SKOLIOSIS

Antara senaman dan sukan yang sangat disyorkan untuk penderita skoliosis adalah berenang, dan streching mengarah berlawanan dengan kemiringan tulang belakang. Perkara ini akan menjadi lebih baik jika dilakukan dengan pengawasan dari doktor orthopedik.

TINDAKAN AKU

Bagi kes Adam ni, aku syak dia kena Skoliosis bukan hanya disebabkan beban beg sahaja, tapi faktor dia duduk dikerusi , belajar + main game depan PC dengan lama pun mempengaruhi. Faktor tidur tangan terhimpit kat bawah badan pun yer jugak.

Cuma, buat masa ni aku belum bawak dia berjumpa mana-mana pakar dipusat rawatan dan kesihatan. Lagipun aku agak susah nak menyusun jadual sekolah dia yang agak ketat dengan pelbagai ujian kedua sekolah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar UPSR dan PSRA September ni . Nak skip celah manapun aku tak tahu.

Kalau ikutkan surat yang diberi, 5/10 nanti baru aku boleh bawak babang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. Bermakna selepas semua periksa besar berkahir. Tapi, ada satu hal aku bimbangkan bila salah seorang anak buah biras aku yang merupakan doktor pakar tulang meminta aku membawa babang sesegera yang boleh ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sudahnya aku stress balik !