Haaa sikit punya berilmiah aku punya tajuk blog kali ni yer gais. Ehehehe.
Sebelum nak kecam aku salah istilah ke apa ker kasi baca sampai habis yer. Jangan jadi lembu pulak walaupun takder kena mengena.
Aku cuma nak share jer ngan korang pasal sisi aku yang lain. Yang biasa ingat aku ni hati sado dan kental 25jam sehari.
Bab tu lain tapi ni bab lain. Baca tajuk pun mesti tahu dah kan. Lagilah kalau korang follower tegar FB aku. Lagi cepat maklumat pasal aku korang boleh dapat dengan cepat tepat dan padat.
Sengaja aku nak bagitahu ke korang yabg aku sebenarnya seorang applephobia. Aku memang cukup takut cukup seram dengan bunyi yang datang dari sebiji epal. Kalau pergi pasaraya benda paling aku elak untuk bertentang mata bukanlah section spender tapi bahagian buah-buahan.

Paling seram bila secara tak sengaja aku terpandang epal. Automatik nafas aku jadi laju dan waktu tu dalam kepala aku terbayang macam2 bunyi yang dia mampu keluarkan dan bagi aku ianya sangat menakutkan.
Aku ni kalau tak kuat menahan perasaan mahu boleh kena sawan tau. Banyak kali aku cuba buat ujian ketakutan menghadapi epal tapi biasanya aku gagal.
Aku memang tak mampu menghilangkan bayangan dan bunyi2an epal dalam minda aku. Makin difikir makin ngeri dan makin ngilu.
Dan sengaja aku google pasal applephobia disorder. Aku nak tahu wujudkah orang seperti aku yang phobia dengan apple. Dan hasilnya ialah ada.
Lain orang lainlah dia punya phobia yer, tak semua sama. Ada orang tak boleh bunyi besi ada orabg tak boleh tengok benda berlubang-lubang atau bersisik. So samalah macam aku ada ketakutan dengan sebiji buah yang bernama epal.
Walaupun aku applephobia terutamanya dengan buah epal yang raw, tapi aku amat suka dengan produk yang dihasilkan oleh epal seperti pie apple, jus epal dan cuka epal.
Dan dalam banyak2 produk epal yang ada di pasaran epal yang paling aku gemar pula ialah iPhone by Apple. Ekekeke.
Itu sahaja. Sekian macehhhh 😚
kah kah kah iphone by apple tak fobia
Kalau pergi pasaraya benda paling aku elak untuk bertentang mata bukanlah section spender ..
Okay part ni terus tergelak koi tak ingat dunia !!
Hahahahahaha … okay nak Update jugak la pasal ni ..ada yang tak kena with my self with this issue .. hmmm