Hari ini aku sakit kepala….sebab aku memang dah ada sakit kepala…tambah2 lagi aku terpaksa muntah2 kerana loya…oppp aku loya bukan sebab aku kena buatan “orang” kayyy….tetapi aku loya campur muntah2 sebab aku tak tahan tengok arnab yang aku bela disembelih untuk bikin lauk….kebetulan abang ipar aku baru habis kursus penyembelihan haiwan ngan jabatan agama kot….aku tak tahu….yang aku tahu abang ipar aku dah habis kursus sembelih2 ni…jadi nak buat praktikal….gunalah arnab…ayam dah biasa….arnab ni dah lama sangat semua orang teringin nak makan tapi takder yang berani nak sembelih….dari semalam aku balik puchong…..abang ipar aku pun dah sibuk asyik cakap nak semelih arnab nak semelih arnab….aku kata aku no hal …..semelih lahhh
Cuma tak sangkalah aku akan mabuk darah arnab sampai macamtu punya teruk…..dari saat sembeih tu aku cuba gak tahan2 tak nak loya….tapi perut aku memulas mulas…otak aku pun dah tak boleh kontrol macho….last2 aku kalah dengan keadaan…..aku tak boleh tengok….time melapah pun aku jeling2 gak abang2 ipar aku buat …..tapi aku muntah lagi……sampai bekas isi daging arnab aku suruh letak luar sebab aku terbayang-bayangkan arnab yang dah takder kulit tu……
Adapun aku bukanlah tak sampai hati tengok arnab disembelih….cuma mungkin aku mabuk darah dan tak pernah tengok arnab disembelih….kalo ayam ker kambing ker lembu ker aku takderlah macam ni punya mabuk….sebab dah biasa tengok…ni arnab….pes time tauuuu…..lagipun arnab sendiri bela….memula bela ada 2 ekor….sekarang ni adalah lebih lima puluh ekor…..nak jual malas….market ada tapi tak sempat nak cari…busy beb…..jadinya bela buat makan sendiri jer…..tapi dah dua tahun lebih bela arnab…inilah baru nak merasa makan dagingnya….
Padahal aku yang bersungguh semangat nak masak daging arnab tu….bapak mertua aku request suruh masak kicap….aku ok jer…tapi dah aku tak boleh tengok daging arnab tu mentah2…aku serahkan tugas memasak itu kepada kakak ipar aku….hahahahaha
Anak2 aku dan anak buah aku makan punyalah sedap aku tengok…..bertambah-tambah…..sebab memula sebelum dikicap…daging2 arnab tu digoreng kunyit dulu…dah jadi arnab goreng….budak2 yang makan kata macam rasa daging ayam…aku cuma boleh pandang jer….pala mamai….banyak muntah….
Dekat pukul lima petang….perut aku lapar….barulah aku berani makan daging arnab….memula rasa yang kecik dulu….oklah rasanya….sedap jugaklah….akhirnya aku tak loya…tekak dan perut aku pun dah boleh trima….syukur….kalo tak….esok orang semelih arnab masak sedap2 aku melopong……padahalnya arnab itu aku yang punya….hahahahaha
Habis daaaaaaaa
Pstt : gambar nanti aku upload…
waaah..sedapnya….tapi kalau bela takat dua ekor..memang tanam jela kan.huhu
daging arnab sedap tu, susah juga nak cari..
dapat mkn yg bru smbelih pula mesti segar je..:)
@LiFe KaMi
betul….memang sedap dan segar rasanya…for me tak susah nak cari sebab sendiri bela…..ingat lepas ni nak buat projek daging arnab frozen….hehehehe ok tak…? ada yang nak beli…??
@Queen
queen….memula dulu pun dua ekor….sekarang lebih lima puluh ekor…..hahahaha sapa nak jawab…