Dari dulu lagi aku dah berazam jika aku berkhawin dengan suami yang ada kedua orang tua……mereka itulah yang menjadi kedua orang tuaku selama aku masih ada didunia……walau tak sempurna tapi aku masih ingin berbakti pada orang tua walaupun aku tak pernah merasa bagaimana rasanya memiliki kedua orang tua…..syukurlah allah masih memberikan aku peluang…..
Tak dapat nak digambarkan bertapa selama 23tahun aku merindui belaian kedua orang tua….tapi allah maha adil….walaupun allah dah mengambil kedua orang tuaku masa aku masih kecil ….tapi kini aku dikurniakan kedua orang tua dan adik beradik yang bagi aku sangat lengkap dan sempurna……..aku tak pernah lagi sedih atau kesal atau kecewa kerana peristiwa dulu……makanya kita sebagai hamba allah yang lemah perlu akur dan patuh pada apa yang telah disuratkan dalam hidup kita…….doa yang ikhlas boleh mengubah segalanya….
Ada kadangkala aku ingin menjerit kerana aku terlalu bersyukur kerana allah masih memberi peluang pada ku untuk hidup didalam kasih sayang ibubapa walaupun mertua juga adik beradik walaupun ipar duai….
Semakin lama aku semakin sedar dan akan cuba mengekalkan kurniaan allah swt kepada ku…….
Harta wang pangkat semua tu tak kekal lama dan boleh dicari tetapi keluarga yang bahagia serta kasih sayang harus dipelihara….belajarlah mengalah dan bertolak ansur dalam hubungan kita sesama keluarga mahupun orang lain…..tiada siapa yang akan rugi kecuali orang2 yang sombong dan berlagak…..
Hidup boleh diandaikan dengan bermacam roda dan pentas dan apa saja…..tapi selagi kita sedar…..hidup dan mati kita sebenarnya…..hanya allah yang memilikinya……
Wassalam…..
Catatan Dari Hospital Serdang
Comments