Jujurnya aku tertarik untuk kongsi dengan korang mengenai satu anugerah yang di ilhamkan sendiri oleh McDonald’s iaitu Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.
Setiap 25 pemenang bagi anugerah ini menerima wang tunai berjumlah RM5,000.00, trofi dan sijil penghargaan dalam satu majlis sambutan Hari Guru yang dianjurkan di sekolah-sekolah terlibat. Pencalon, yang kebanyakannya dalam kalangan pelajar pula menerima sijil hadiah McDonald’s bernilai RM200 atas kisah inspirasi yang dikongsikan.
Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha meningkatkan pencapaian pelajar, teknik pengajaran yang inovatif, tindakan melebihi tugas sebenar untuk membantu pelajar dan juga impak terhadap diri pelajar.
Pemilihan pemenang dibuat dengan teliti oleh panel juri yang terdiri daripada wakil-wakil dari McDonald’s, Kementerian Pendidikan, media dan juga rakan-rakan perniagaan McDonald’s.
Antara kisah menarik pemenang yang boleh diketengahkan ialah guru yang menaikkan semangat pelajar yang ketinggalan untuk cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran, tetapi juga dalam kehidupan masa hadapan. Kisah inspirasi lain termasuklah guru yang mengutamakan kepentingan pelajar sehingga sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu anak didiknya.
Perkataan ‘pendidik’ membawa makna yang cukup mendalam dengan adanya kisah-kisah menyentuh hati dan penuh motivasi sebegini, malah ia turut menggalakkan satu persekitaran yang baik dan positif.
Penghargaan McDonald’s kepada guru-guru tidak terhad kepada Anugerah Guru Inspirasi. Selain penyampaian anugerah, McDonald’s turut menganjurkan seminar-seminar motivasi bersama pakar motivasi, Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, di 10 lokasi di seluruh negara dari 26 April hingga 24 Julai.
Seminar motivasi bertajuk ‘Adakah Aku Guru yang Hebat?’ merupakan sebahagian dari sambutan Hari Guru pada tahun ini, yang memasuki tahun ketiga penganjurannya. Tahun lalu, setiap satu lokasi seminar telah dihadiri kira-kira 500 guru. Sehingga kini, McDonald’s telah berjaya mendekati sekurang-kurangnya 10,000 guru di seluruh negara menerusi penganjuran seminar ini sejak tahun 2016.
McDonald’s Malaysia juga menganjurkan sambutan Hari Guru di semua 271 restorannya di seluruh negara. Semasa sambutan ini dijalankan, guru-guru dihiburkan dengan pelbagai jenis aktiviti permainan, sesi bergambar dan juga jamuan ringan. Sambutan ini merupakan satu bentuk penghargaan terhadap dedikasi para guru dalam usaha mereka mendidik anak bangsa.
LATAR BELAKANG MCDONALD’S
McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang 35 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 270 restoran di seluruh negara. McDonald’s menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di semua rangkaian restorannya termasuklah latihan dan perkembangan kerjaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
25 GURU INSPIRASI DENGAN KISAH YANG MENYENTUH HATI

Dicalonkan oleh MUHAMMAD AMIRUL EJAAZ HAZIQ BIN MOHD. FAUZI
Aku adalah seorang pelajar di Sekolah Henry Gurney Melaka. Atas kesalahan yang aku lakukan, aku dihantar untuk menjalani pemulihan di sekolah tersebut. Aku hampir berputus asa apabila dimasukkan di sini. Duniaku menjadi gelap kerana aku rasakan tiada lagi cahaya untuk masa depanku. Selepas 3 bulan menjalani orientasi seorang guru datang berjumpaku dan bertanyakan tentang diriku. Dia menawarkan kepadaku peluang untuk mengambil SPM.
Ketika itu minat untukku belajar telah pudar sama sekali apatah lagi aku telah lama keciciran dalam pelajaran. Masyarakat pasti memandang hina padaku. Guru tersebut tidak berputus asa untuk berjumpaku pada setiap hari. Setiap hari dia memberikan nasihat dan motivasi sehingga akhirnya aku menyahut cabarannya dan kembali belajar untuk menduduki SPM kerana aku telah menganggap dia seperti bapaku.
Dia telah membantu menyediakan keperluan sokongan persekolahanku dan rakan-rakanku yang lain. Dia juga adalah guru Bahasa Melayu ku yang tidak kenal erti jemu mendidik di saat kami terpinggir. Aku mengambil SPM tahun lalu di sekolah tersebut dan berjaya mencapai 8A 2B. Sahabatku yang juga rapat dengan beliau mencapai 9A. Ketika beliau mengumumkan keputusan SPM kami berdua terus memeluknya. Insan paling gembira pastilah ibuku yang turut mengalirkan air mata.
Kini aku menunggu peluang menyambung pengajian ke universiti sambil bekerja di sebuah restoran makanan segera. Kejayaanku dan sahabatku turut dikongsikan melalui rancangan Wanita Hari Ini TV3 pada 20 Mac 2018. Terima kasih Cikgu Othman bin Markom yang membawaku ke ladang-ladang ilmu dengan penuh kesabaran, tidak jemu mendidik dan memotivasikan diriku agar tidak berputus asa sehingga aku berjaya mengharumkan nama keluarga dan menggembirakan ibu.
Kejayaan ini sedikit sebanyak menyembuhkan luka dan derita ibuku sepanjang aku ditahan di sekolah juvana. Aku berjanji akan menjadi anak yang berjasa kepada keluargaku dan negaraku.
Ini contoh salah satu cerita yang aku kongsi dengan korang, lagi 24 kisah korang boleh klik kat nama-nama dibawah yang aku dah senaraikan. Terima Kasih McDonald’s kerana menghargai guru-guru diseluruh Malaysia.
- Cikgu Othman Bin Markom
- Pn Wong Hui Hang
- En Mohamad Faiz Bin Mohamad Shakri
- Pn Hafika Binti Ab Karim
- En Muhamad Rizal Bin Sadiman
- En Romizal Amir Bin Rosdi
- En Mohamad Khamidon Bin Sadi
- Pn Michele Geraldine Carvalho
- Pn Siti Rohani Binti Awang
- En S Sivasamy A/L Sundara Morthi
- Pn Rozita Lazim
- Pn Aqilah Binti Ahmad
- En Mohd Reduan Bin Daud
- En Wan Mohd Saifuddin Bin Wan Hassan
- En Azmi Bin Abdul Rashid
- En Solpian Bin Murad
- En Madhavan Balakrishnan
- En Solahuddin Bin Mahmud
- Pn Wong Lieat Hiong
- En Mazlan Mohammad
- Pn Wan Frahaida Wan Idrus
- Pn Pia Patel @ Munusamy
- Pn Noorlihan Binti Abdul Alip
- En Mohd Noorazlan Bin Shamsuddin
- En Venkateswaran Ramiah
Mereka bukan hanya pendidik.
Jasa guru sememangnya tak mampu dinilaikan…
Wahhh bagusnya ada anugerah camni.
wah tahniah…bagus ada anugerah cam ni
wah terbaikla..ada buat anugerah seperti ini