Bermula hari kedua Ramadhan , Cinta dah mula menangis dan mengeluh keletihan . Sebagai seorang mak yang baik dah tentu aku kesian dengan dia yang asal lagi 2 jam nak tiba waktu berbuka mesti dia dah merengek minta air dan minta tak nak teruskan puasa . Dengan menggunakan kaedah pujuk memujuk maka sampai jugaklah Cinta berpuasa PENUH sehingga hari yang ke 4 .
Tapi , pada hari ke 4 tu juga aku kena membuat tawaran yang cukup besar kepada dia . Itupun disebabkan bila aku suruh dia solat asar tapi dia tak nak langsung bergerak . Nak tak nak aku terpaksa buat tawaran yang aku tahu yang dia takkan tolak . Aku tahu dah sampai masanya untuk aku mendidik dan menangani dia secara psikologi .
Antara Solat Dan Puasa Yang Mana Lebih Utama
Pertamanya , aku minta dia solat Asar dan cukupkan solat untuk hari itu . Sebagai balasan atas kepatuhan dia bersolat maka aku beri dia cuti sehari dari berpuasa . Dia respon dengan tawaran aku dan sebagai tanda setuju maka pinky promise menjadi saksi atas perjanjian seorang mak dan anak yang berusia 7 tahun.
Semalam aku pejam mata dan pekakkan telinga bila Cinta diejek kerana tak nak berpuasa . Tapi dalam masa yang sama aku senyum sebab hikmah yang paling besar aku dapat ialah Cinta dah mula solat tanpa perlu aku suruh dan ingatkan . Sebaik dia dengar jer azan kat masjid dia akan bergegas ambik wuduk dan bersolat tepat pada waktunya .
Budak sebesar Cinta masih belum boleh dipaksa dengan keras . Dan aku tahu , paksa akan membuat aku lebih kecewa walaupun dia buat juga akhirnya sebab dia akan buat kerana aku bukan kerana Allah Taala .
Misi aku ialah , aku nak terapkan rasa seronok dan rasa suka serta rasa ringan solat kepadanya . Aku katakan padanya yang ” sia-sia Cinta puasa menahan lapar dan dahaga kalau cinta tak mahu solat ” ” solat adalah benda kedua wajib yang orang islam kena utamakan barulah puasa ” dan macam-macam hadis serta nasihat berbuih aku bagi pada dia .Faham tak faham belakang kira .**ehehehe
Last sekali aku cakap ” mama lebih rela tengok Cinta tak puasa tapi Cinta solat dari Cinta puasa tapi Cinta tak solat ” yang ni confirm dia faham dan sebab tu dia setuju untuk penuhkan waktu solat asalkan dia tak perlu puasa . Antara 2 kewajipan yang Allah perintahkan , aku ambik solat sebagai kewajipan pertama untuk Cinta laksanakan .
Tentu ada orang puasa tapi tak solat tapi belum tentu ada orang solat tapi tak puasa .
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; Surah Al-Baqarah ayat 45
|
Janji kena ditepati walaupun dengan seorang anak kecil . Hari ni tanpa perlu aku paksa dia senang bangun sahur dan senang hati juga mendirikan solat . Aku tak nak jadi macam mak-mak lain yang lebih gembira anaknya “berjaya puasa penuh” dari berjaya “solat penuh 5 waktu” .
Setiap Anak Adalah Berbeza Tapi Berikan Mereka layanan Yang Sama Rata .
Setiap anak semua tak sama perangai dan cara nak mendidik mereka juga memang tak sama . 4 orang anak aku semua memang berbeza sifat dan sikap walaupun akulah satu-satunya mak yang melahirkan diorang yang ber’bin/binti inchik dd .
Sememangnya anak-anak ada yang senang mendengar kata dan arahan tak kurang juga ada yang susah . Ada juga anak yang mudah faham dan ada yang lambat memahami . Berat tugasan dan cabaran seorang mak nih sebenarnya . Dan percayalah yang aku tak pernah baca buku atau mengikut mana-mana seminar parenting sebab bagi aku setiap anak adalah berbeza cara mendidiknya . Nak jadikan panduan bagi aku tak salah cuma memang aku punya style memang tak pakai buku . Pilihan ditangan masing-masing .
Cuma aku ambik dan praktikkan 4 formula garis panduan yang Rasulullah SAW tinggalkan untuk kita gunakan dan manfaatkan kepada anak-anak kita .
4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
1) Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak.
2) Umur anak-anak 7-14 tahun. Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud,
Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul’lah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka ( lelaki dan perempuan )
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang . Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
3) Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka,
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. sumber
3 Kategori Melayan Anak Mengikut Peringkat Umur
1. Kategori 7 tahun pertama (usia 0-7 tahun), perlakukan anak sebagai raja.
2. Kategori 7 tahun kedua (usia 8-14 tahun), perlakukan anak sebagai hamba .
3. Kategori 7 tahun ketiga (usia 15-21 tahun), perlakukan anak sebagai sahabat.
Selamat berpuasa Cinta ! Fighting !!!!!
( video ) Solat Seorang Anak 5 Tahun
nice info kak dila..teringat masa kecik kecik dulu mak ayah ajar puasa.. seronok puasa penuh.. kalau tak puasa, tak boleh berbuka same2.. sedihh..huhu
Tq banyak share tips dila. Betul juga kan.. solat lebih utama. Teringat masa zaman kecik-kecik mmg kena kejar dgn mak kalau skip solat. tapi puasa boleh puasa half day sampai darjah 4. anak pun kite tak ajar puasa lagi. kite cuma panggil dorang join buka puasa je.
nur yusuf recently posted…Travel? Tips maksimumkan penggunaan ‘Smart Phone’ anda!
Alhamdullillah… solat kan tiang agama.
Yup utamakan yang lebih penting. Lagipun budak budak tak boleh nak paksa sangat, nanti terus tak nak buat.
nice info kak. inshaa Allah akan sentiasa ingatkan diri..
YB Shehan recently posted…PHOTOGRAPHER WANITA MELAYU, LALA HUSNA YANG KIAN MENCIPTA NAMA