Kebetulan hari Jumaat ni, aku teringat kisah 7 pemuda dalam surah Al-Kahfi yang ditidurkan Allah selama 309 tahun bersama seekor anjing bernama Kitmir. Korang pernah dengar tak cerita tu ? aku yakin mesti korang pernah dengar dan baca. Kan kan kan….Alhamdulillah

Nak dengar tak satu kisah masa aku kecik-kecik dulu ? aku tanya jerr …kalau tak nak baca tak apalah. Tapi pada yang nak baca aku ucapkan terima kasih awal-awal.

Cerita aku dengan seekor anjing kecil ni tidaklah sehebat kisah 7 pemuda Al-Kahfi tadi tapi aku percaya dan yakin sangat, benda yang mustahil bagi manusia adalah benda yang tidak mustahil bagi Allah SWT.

Camni ceritanya,

Korang yang mana kenal aku mesti tahu yang aku ni anak yatim piatu dan membesar di Rumah Tumpangan Anak Yatim & Miskin. Waktu tu pergi sekolah pun jalan kaki. Bangun subuh, siap-siap pergi sekolah dan pergi rumah warden untuk bersarapan, itupun kalau sempat, kalau tak sempat aku aku ambik beberapa keping biskut dan masukkan dalam poket dan makan masa dalam perjalanan ke sekolah.

Kalau nasib baik dapatlah jalan sama-sama dengan kakak-kakak dan abang-abang besar yang lebih tua dari aku yang bersekolah di sekolah yang sama. Kalau aku lambat sikit jer, aku akan ditinggalkan dan nak tak nak terpaksalah aku jalan sorang-sorang.

Bila aku dah tertinggal dari rombongan jalan kaki pergi sekolah, aku hanya ada 2 pilihan. Pertamanya ialah tak payah pergi sekolah dan keduanya mintak warden hantarkan pergi sekolah. Tapi biasanya aku pilih tak pergi sekolah jer sebab kalau aku mintak warden hantarkan, kalau tak kena maki mesti kena kaki. Tapi ! sebenarnya aku suka pilihan ketiga, iaitu pergi sekolah.

Kalau aku pilih untuk pergi sekolah, makanya aku kena pantas buat keputusan jalan yang mana aku harus pilih untuk sampai ke sekolah tanpa lewat, dan kalau pilihan aku tepat maka aku boleh kejar kakak-kakak dan abang-abang yang lain yang dah berjalan kedepan beberapa minit.

Korang boleh rasa tak bertapa adventure’nyalah budak-budak zaman kita dulu nak pergi sekolah? huhuhuhu

Ok sambung balik !

Aku berdiri sambil makan biskut sambil berfikir.

Jalan Pertama

Kalau aku ikut jalan yang pertama memang aku akan selamat sampai ke sekolah dan kasut pun tak akan kotor, tapi memandangkan aku dah lambat, makanya nak sampai sekolah sebelum loceng bunyi memang tak sempat sangat. Dan risiko ikut jalan yang pertama ialah aku akan melawan arus kenderaan besar yang lalu lalang.

Jalan Kedua 

Jalan ni ok sikit tapi aku kena lalu tepi kebun pokok getah dulu yang jalannya berlecak, kemudian aku kena seberang satu parit besar yang titinya kecik dan senget. Kalau hari hujan lagilah naya sebab titi bahagian tengah tak nampak langsung, pastu kau kena jalan perlahan-lahan dan raba titi pakai kaki dan daya ingatan yang kuat untuk ikut laluan yang betul. Lagi dengan keadaan yang gelap memang nayalah oii kalau jalan sorang-sorang. Ramai-ramai takper lagi sebab masing-masing akan saling menjaga.

Jalan Ketiga 

Yang ni bukan lecak jer, tapi silap-silap kau kena jadi Combat dan Rambo untuk 5 minit yang pertama barulah kau akan selamat ke jalan yang diredhai…ehh tak , jalan yang oklah. Kenapa aku kata kena jadi Combat dan Rambo ? camni haa, jalannya teruk sebab kena masuk satu kawasan hutan kecik yang banyak halangan pokok-pokok kayu besar dan berakar sana sini, kau kena patahkan ranting, pijak, tolak dan lalu bawah pokok atau naik atas pokok yang tumbang untuk lalu.

Jalan Keempat

Ini jalan yang dah habis akal, jalan kecik jer, tepi jalan pulak semak dengan lalang yang meninggi kiri kanan.Setakat ular melintas itu biasa. Cuma aku tak suka lalu jalan ni sebab kena lalu satu rumah papan, bapak seram oiiii rumah papan tu !! sebelum melintas kawasan rumah papan tu aku akan ready angkat kain tinggi-tinggi pastu selit kat pinggang dan sedia untuk berlari selaju-lajunya. Kecuali jalan ramai-ramai memang tak takutlah sebab semua mulut becok bercerita macam-macam.

So, korang rasa aku akan ikut jalan yang mana?

Haa pikirlah cepat !

Opss ! Lupa bagitahu pulak, jalan kedua, ketiga dan keempat tu sebenarnya jalan pilihan, aku pilih mana-mana jalan antara jalan yang 3 tu pun akhirnya aku kena jalan kat jalan yang satu ni jugak kecuali jalan yang pertama.

Jalan yang tak boleh elak tu ialah jalan di kawasan perumahan yang majoritinya ialah orang Cina yang bela anjing.

Yaaaaa !!! disinilah point dan cabaran pergi ke sekolah yang sebenar-benarnya.

Berdebar kan ???

Kalau dah rasa berdebar korang tunggu jerlah aku sambung episod yang kedua di’entry yang seterusnya.

Sekian, macehhhhh.

Categorized in: