Sejak aku balik dari taklimat kemasukkan murid ke tingkatan 1 jumaat semalam , sejak malam tu jugaklah otak aku jadi ting-tong tak tahu nak buat apa . Aku punya perasaan tu susahnya nak jelaskan . Memendam perasaan jugak aku dibuatnya . Cuba berhuhahuha tapi cam tak sampai . Tangan aku jadi kerap berepeluh , jantung aku berdebar laju , perut tu cam tak sedap jer pun ada . Pastu tiap kali pun teringat mesti aku macam nak ciwek .
Aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan …tapi 5 minit pastu jadi balik . Aku dongak ke siling nampak kipas tapi nanti kipas tu jadi benda lain….pastu aku lupa apa sebenarnya yang aku nak buat .
Tapikan …mungkin….aku rasa mungkinlah sebab fikiran aku dah dibawa jauh kebelakang sangat . Sampai ke tahun aku sendiri menghadapi peperiksaan UPSR . Aku ingat yang aku langsung tak gementar apatah lagi takut . Persediaan pun cam takder . Galakkan dari siapa-siapa pun takder . Tuisyen tak pernah jejak , kem , motivasi taklimat pun semua takder . Semuanya aku hadapi sendirian . Berbeza sangat dengan calon UPSR zaman anak aku sekarang .
Fikiran yang itulah buat aku boleh jadi sebak tiba-tiba .
Memang aku cepat merasa rendah diri . Perasaan yang aku rasa tak boleh nak ubah lagi dalam hati aku . Kadang aku cuba nak jadi orang yang berbangga diri dan punya tahap keyakinan yang setinggi Everest . Tapi , dan-dan tu aku teringat muka arwah nenek aku , aku tebayang muka-muka orang yang sayangkan aku dan aku pun sayangkan diorang . Aku macam terasa Allah tak suka orang yang berbangga diri . Takut timbul riak . Walaupun dah berkali dan dah berbuih kawan-kawan aku nasihatkan supaya aku tak sebut perkataan-perkataan merendah diri tapi entahlah , macam tak boleh pulak nak elak .
Pasal anak aku nak UPSR tapi aku yang cuak tu sebab aku tahu yang detik-detik aku dan anak aku akan berpisah tu dah nak semakin dekat . Aku nak dia berjaya , masuk ke sekolah yang dia suka , tapi dalam masa yang sama aku tahu waktu aku bersamanya akan jadi semakin singkat .
Dulu masa aku dapat keputusan UPSR dan aku dapat tawaran ke sekolah berasrama yang aku suka tapi malang aku tak di izinkan untuk pergi . Aku menangis sedih . Sudahnya aku pergi kesekolah bukan pilihan dengan rasa malas dan tak bersemangat untuk belajar .
Dengan tahap pendidikkan aku yang sangat-sangat rendah sememangnya aku mudah berasa hati dan cepat merendah diri .
Biar aku tak hebat dan tak berjaya untuk belajar sehingg ke universiti tapi aku harap sangat anak aku akan sambung perjalanan aku yang terhenti . Cita-cita aku ingin menjadi seorang doktor pakar pembedahan memang tak berjaya . Aku gagal meneruskan persekolahan hanya kerana terhutang budi .
Aku tak dapat nak berbangga dengan pujian dan tak layak juga terima apa-apa pujian , adakalanya pujian buat hati aku jadi tawar dan senyuman aku jadi hambar . Pujian yang aku terima pun kadang aku tafsirkan sebagai sindiran . **haishhh…entahlahhh
Oklah….aku tahu ramai tak suka kalau aku mula merepek-repek camni . Diorang nak aku ni kuat semangat jer….tapi what to do , perasaan kita semua lain-lain .
Apapun mafkanlah aku yang selalu kurang keyakinan diri , maafkan aku yang juga selalu terlalu merendah diri . Kalau sikap aku ni jadi beban untuk korang , aku harap korang pergilah jauh-jauh dari aku dan percayalah aku takkan sikit pun tanya kenapa dan terasa . Sebab aku sedar diri aku bukan siapa-siapa untuk korang setia simpan disisi .
Perasaan tu juga saya rasai. Anak sulungku akan menduduki upsr tahun ni. Hati ini rasa gundah dan gelisah. Target ku tinggi semua A, nak dia masuk Mrsm seperti dua org pupunya tapi adakah anak ku mampu. Setiap hari balik perasaan ku marah anak x belajar, bermacam leteran ku. Dipejabat sangat tension,dirumah tension,segalanya tension. Setiap hari mesti nak marah.Aku nak ank2 ku berjaya hingga ke menara gading. Nak ku lihat semua kejayaanya. Syukur tahun lepas Upkk nya 8A. Ramai org kata upkk tu senang. Bagi ku bukan senang.. Bahasa Arab pun x pernah aku belajar dan ku lihat subjeknya pun sukar utk dihadam. Tapi ku letakkan aras yg tinggi kepadanya. Siap sign abang dan dan adik jika exam pertengahan tahun ni mereka x dapat A semua subjek sek rendah, setiap B 2 rotan, c 3 rotan,d 4 rotan. Dan hari2 mrka kena marah. Adakah betul ajaran ku. Sebenarnya jauh dari sudut hati.aku nak lihat anak ku berjaya itu je..masa dah terlalu suntuk untuk Alah mengizinkan untuk aku melihat anak2 ku lagi dan isteri ku..tapi mereka semua x faham. Laporan doc mengatakan aku dah tahap kritikal, x sempat.x sempat…tapi tak semua org memahami…walaupun dah penat utk ku jelaskan..sebenarnya aku bukan penulis blog. Walaupun minat ku tinggi dalam penulisan..tapi bagiku masa membataskan segalanya. Maafkan aku jika coretan ku didlm komen ini pjg berjela,umpama luahan rasa,walaupun hakikatnya lahir dari jiwa yang akan pergi buat selamanya..aku sayang isteri dan anak2 ku,saudara maraku dan sahabat2 ku semua.
saya faham….cuma harap selepas ni kita akan lebih fleksibel ….sebenarnya akademik bukanlah segalanya …..encik kena lebih banyak bersifat terbuka dalam hal ni….berikan mereka yang terbaik , didik mereka untuk menjadi insan …
jika besar nanti pekerjaan mereka seorang doktor biarlah jadi doktor yang beriman …jika satu har nanti pekerjaan mereka tukan cuci biarlah mereka jadi tukang cuci yang beriman …
jadikan mereka insan yang bermanfaat yang akan doakan kita bila kita telah tiada …..jangan sampai mereka membenci kita hanya kerana kita ingin melihat mereka berjaya dalam pelajaran…..
siapkan diorang dengan kemhiran jika akademik bukan pilihan ….
semoga kita semua berjaya