Sekarang ini…disaat ini…aku tengah pening kepala…mata rasa mengantuk… kepala berat seberatnya…tapi aku masih gigih meng’entry barang se’post dua jika mampu…
Dalam kesejukkan dan kepeningan…anak2 aku yg masih kecil semacam faham pula… aku mengadu sejuk…sorang datang bawak selimut dan diselimutkan aku…aku mengadu haus…sorang yg lain bawakan aku segelas air….aku mengadu sakit kepala….dua datang picitkan kepala….siap ada yg pesan “kalau mama perlukan apa2…mama suruh kitorang yer…” dan siap ada yg tegah cinta supaya jgn ganggu mama…sebab katanya mama nak tidur…
Aishhhh….tetiba mata aku terasa segar…walaupun kepala masih berdenyut tapi keperihatinan anak2 yg masih kecil terhadap mama’nya yg kurang sihat ni amat mengharukan hati….
Ohhhh anak2 mama…. bertapa bersyukur’nya mama punya anak seperti kamu semua…..
Terima Kasih Allah kerana mengurniakan aku anak2 seperti mereka semua….
Sememangnya mereka adalah penawar bagi segala penyakit….
Comments