Kali ni aku nekad takkan beritahu sesiapa apa yang aku rasa . Aku janji aku takkan bagitahu apa-apa…aku tak nak susahkan orang memikirkan hal aku . Bukan sebab aku ego tapi sebab aku kena bersedia . Kita ni manusia jer …hidup tak kekal abadi . Cukup tempoh mesti akan mati . Bab amalan cukup tak cukup tu biar Allah swt yang tentukan . Aku cuma mampu berdoa semoga pengakhiran aku dalam Husnul Khatimah .
Tak payah nak suruh aku istighfar ker apa ker…aku tahu apa yang aku buat . Sejak umur aku 3 tahun aku dah terajar untuk bersedia menghadapi segala kemungkinan . Semuanya aku serah pada Allah swt semata-mata . Tugas aku ikut keadaan semasa . Bukan aku tak perlukan manusia lain dalam hidup aku , cuma biarlan aku lebih perlukan manusia yang bukan tergolong dalam kategori keluarga ataupun kawan-kawan . Bagi aku hubungan erat sesama manusia kadang kala lebih menyakitkan dari mempunyai hubungan dengan musuh .
Samada aku yang akan terluka atau aku sendiri bakal melukai orang-orang yang dekat dengan aku . Biasanya aku lah yang akan jadi pohon berduri untuk mereka , niat untuk melindungi mereka dari disakiti tapi rupanya aku sendiri yang melukai mereka . Bila aku sedar itulah yang terjadi aku rasa melepaskan mereka adalah jalan yang terbaik .
Aku tak suka menjadi beban lagi , cukuplah dulu beberapa tahun lepas aku dah menjadi beban buat mereka . Siapalah aku nak susah-susahkan diorang . Keluarga ? yer keluarga sementara aku mempunyai hubungan perkhawinan . Kalau tak ada hubungan tu agaknya macamana aku akan dilayan ?
Negatif tu bagus untuk aku untuk teruskan kehidupan , sebab aku negatif makanya aku terus hidup sampai ke hari ini . Positif selalunya memusnahkan aku . Positif buat aku jadi lembik dan mudah menangis .
Tapi aku positif dengan Allah swt sahaja . So tak perlu nak kata aku cakap macam takder iman . Kalau kau sedar yang hidup kau dah macam bom jangka lebih baik kau blah awal sebelum bom jangka tu meletup dan mencederakan atau mengorbankan orang-orang yang kau sayang . Itulah point aku sebenarnya . Aku hidup bagaikan sebuah bom jangka .
Korang boleh ketawa kalau korang fikir ini kelakar dan assume aku terlalu kuat berimaginasi .Well…itu hak korang bukan hak aku .
Lahirnya aku ke dunia ni pun sendiri dah cukup mencabar . Mak kandung aku meninggal selepas 2 bulan melahirkan aku , bapak aku awal-lagi dah meninggal jugak . Dibesarkan oleh nenek yang mengheret aku kesana sini untuk mendapatkan tempat dan simpati anak-anaknya dan saudara maranya jika sudi .
Tapi nenek aku hanya dapat kehampaan , tak siapapun dikalangan mereka sudi mengambil aku dan kakak aku untuk dibela , dikasihi dan disayangi biarpun jelas dalam darah aku ada darah mereka .
Akhirnya aku terpaksa dihantar ke rumah anak-anak yatim . Masih segar dalam ingatan yang tak mungkin aku lupakan selagi aku masih hidup . Aku diserahkan dengan linangan air mata oleh nenek aku sewaktu aku masih memegang sebotol susu .
Selepas aku diserahkan dan nenek aku pulang ke rumah anaknya yang tidak ingin menerima aku , maka bermulalah episod “pandai-pandailah kau nak hidup dan bawa diri selepas ini ” botol susu aku yang masih ada separuh susu untuk aku habiskan pun dirampas oleh seseorang dan dibuang jauh-jauh kedalam semak samun dengan amaran “kau jangan fikir dapat manja-manja kat sini ..tak ada sapa nak buatkan kau susu “
Malam tu aku tidur tanpa ditepuk oleh nenek tapi lebih kepada digigit nyamuk . Air mata pun takder untuk ditumpahkan sebab pesan nenek untuk tidak menangis walau apapun terjadi aku pegang dengan erat .
Tanyalah aku kenapa kalau korang dah bersedia untuk ditipu aku .
sedih baca cerita ni… terutamanya waktu raya macam ni.. tapi ayat yang bawah sekali tu tak faham.. ni cerita betul ke, cerita Sinetron?
anuar recently posted…7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
citer betul tapi cuba nak anggap itu citer rekaan sebab sampai sekarang pun macam susah nak percaya benda camtu berlaku pada diri sendiri .
botol susu aku yang masih ada separuh susu untuk aku habiskan pun dirampas oleh seseorang dan dibuang jauh-jauh kedalam semak samun dengan amaran “kau jangan fikir dapat manja-manja kat sini ..tak ada sapa nak buatkan kau susu
oh gosh….SA dapat bayangkan dan macam dalam sebuah filem plak Dila…how i wish i can be there beside you and hugs you dear…luka dalam hati Dila sangat dalam….
Suria Amanda recently posted…Eiduladha 2016 | Daging Cincang Masak Lemak Cili Api
sebab tu susah nak buang rasa rendah diri dalam diri ni SA…..tak tau camner nak jadi orang yang yakin boleh cepat lupakan perkara2 yang lama…..
entalah diorang tu semua sempat insaf ker tak……
Kalau saya kenal awak, saya akan beri bahu saya ini untuk awak sandarkan. Sekurang kurangnya untuk bagi awak kelegaan. Walau apa pun masalah awak, selesaikan lah dengan cara terbaik. Saya percaya Allah sentiasa di sisi untuk memimpin awak.