Belum habis sambung cerita pun mata aku dah berkaca-kaca . Kalau korang yang membaca pun turut sedih diri aku sendiri ni tah camner pulak rasanya .
Arwah nenek aku kata , mak aku meninggal selepas 2 bulan melahirkan aku . Lagipun mak aku ada sakit Leukimia . Jadi kesimpulan’nya aku tak pernah tengok muka mak aku camner . Nenek aku kata lagi ayah aku pulak dah meninggal lagi awal sebelum aku lahir . Mati sebab kemalangan . Jadi aku memang tak pernah jumpa pun kedua-duanya .
Dulu setiap kali aku fikir aku berseorangan setiap kali itulah air mata aku gugur . Bila aku tengok kawan-kawan ada mak ayah yang melayan kehendak diorang , tiap kali tu aku tanya pada Allah “kenapa kau ambik mak aku ?” “kenapa mak aku sakit dan mati ? ” “kenapa aku tak ikut mak aku sekali…kan senang ?”
Aku rasa ….masa tu mulut aku dan hati aku asyik tanya pada Allah kenapa yer ? mengapa yer ? kenapa yer ? mengapa yer ?
Agak pelik bila arwah nenek aku kata aku ramai saudara mara . Tapi tak pernah pulak aku tengok diorang datang jenguk aku dan kakak aku kat asrama anak yatim . Kawan-kawan yang senasib ngan aku masa tu pun ramai jer , tapi ada jer saudara mara diorang datang jenguk dan ambik diorang pulang masa cuti sekolah panjang .
Satu-satunya kakak kandung yang aku ada pulak semakin membesar semakin dia menjauhkan diri dari aku . Walaupun tinggal satu asrama tapi aku ngan dia memang tak sebulu langsung . Boleh katakan jarang aku ngan dia dapat bercakap baik-baik . Selalunya perbualan aku dan dia akan disudahi dengan pergaduhan . Bertumbuk terajanglah aku dengan dia mempertahankan diri . Macam biasa aku mesti kalah sebab aku kecik .
Waktu cuti sekolah tiba dia akan ikut keluarga-keluarga angkat yang datang . Tapi aku tak…nak tau kenapa tak ? Sebab aku tunggu kedatangan saudara mara aku sendiri datang ambik aku . Tiap kali cuti sekolah datang aku berharap sangat ada yang datang ambik aku bawak balik ke rumah diorang . Satu demi satu kawan-kawan aku dibawa pergi oleh saudara mara mereka …tapi aku …….
Bila ada yang tanya …“dila..kau tak balik ker …? “ aku mesti jawab…“balik….ni aku tengah tunggu makcik pakcik aku datang ambik….” . Aku tak pernah jemu tunggu diorang datang ambik aku untuk dibawa pulang bersama . Rupanya sampai habis cuti pun tak ada seorang pun yang datang ambik aku . Tidurlah aku kat asrama berseorangan dalam gelap .
Aku pun tak tau kenapa aku masih harap dan tunggu diorang datang . Kadang aku nak jugak ikut mak bapak angkat yang sudi nak bawak aku balik . Tapi aku bimbang kalau aku pergi , tiba-tiba makcik pakcik aku datang dengan nenek aku sekali .
Bukan aku tak nak telefon . Tapi serupa macam tak payah telefon . Anak makcik pakcik aku tak sukakan aku . Aku pernah telefon kata nak balik dan minta diorang datang ambik .
Tapi dia kata “mak bapak aku bukan kuli batak ko ” dan macam-macamlah ayat yang melukakan perasaan aku sampai aku rasa tawar hati nak telefon lagi .
Kalau aku dah terlampau rindu sangat dengan arwah nenek aku barulah aku pergi ke rumah makcik pakcik aku yang jaraknya adalah adalam 10km dari asrama yang aku duduk . Selalunya aku berkayuh basikal , kalau basikal rosak aku jalan kaki jer . Memang jauh tapi demi rindu pada arwah nenek aku balik juga sekejap .
Kalau sesekali aku dibagi peluang tidur kat rumah pakcik makcik aku jangan ingat aku boleh duduk dengan aman . Selagi diorang celik mata selagi tu ada jer kerja aku kena buat . Kopek bawang kecik berguni-guni , kopek buah kedondong berbesen-besen , asing tulang ikan bermangkuk-mangkuk , pergi kedai lebih 4 kali sehari , kena jaga cucu-cuc makcik pakcik aku , boleh makan selepas semua anak-anak dia dah makan , kena korek longkang , bersihkan halaman dan apa-apa sahaja kerja yang ada asalkan aku tak duduk .
Paling aku terasa bila anak kepada pakcik makcik aku yang sulung selalu herdik aku dengan kata-kata kesat . Hubungan aku dengan anak makcik pakcik aku tu dah tentulah taraf sepupu .
Cuma dia dah khawin dan ada anak . Arwah mak aku pulak anak ke 10 iaitu anak bongsu arwah nenek aku . Itu sebab jarak umur aku dan sepupu aku tu jauh .
Ada satu hari tu dia suruh aku ke kedai , kedai tu bukannya dekat , jauh jugak . Nak ke kedai tu pulak satu hal , kena seberang jalan raya yang banyak kontena dan lori-lori besar lalu . Setakat orang mati kena langgar tu memang berita biasa sangat untuk kawasan tu . Anak kepada sepepu aku yang sebaya aku tawarkan diri nak temankan aku ke kedai yang maknya suruh . Tapi sepupu aku kata ” tak payah …ko jangan ikut pergi temankan dila ni…nanti mati kena langgar “ dalam hati aku kata “aku mati kena langgar tak apa pulak ker …? ”
Akhirnya aku pergi sendiri tanpa teman . walaupun selama ni aku pergi sendiri tapi bila dia halang anak dia ikut temankan aku dengan ditambah dengan kata-kata yang melukakan perasaan aku , tu yang buat aku rasa sedih . Semacam aku ni hidup pun tak ada gunanya . Seolah aku tak layak hidup langsung di muka bumi ini .
Berlinang air mata aku sambil berjalan ke kedai . Aku tahu aku kena tunggu jalan betul- betul kosong barulah aku boleh melintas jalan raya yang aku rasa sangat lebar dan besar pada masa tu .
Kuasa Allah yang masa tu aku tak terfikirkan langsung . Dengan mata yang masih berkaca dengan air mata , penglihatan aku jadi agak terhad . Aku toloeh kiri kanan tapi satu bayang kenderaan pun aku tak nampak . Jalan tu betul-betul kosong dan lapang seakan memudahkan aku . Masa tu aku tak fikir pun yang Allah sedang bantu aku . Aku cuma tertanya dalam hati “kenapa jalan ni kosong ? “
Selamat aku melintas jalan aku rasa begegar terus jalan raya tu dengan kontena dan lori-lori yang lajunya memang boleh buat orang mati kalau kena langgar . Dan rasa pelik tu aku bawa sampai aku betul-betul memahami yang waktu itu Allah yang jaga aku .
Sama waktu melintasa balik kejadian yang sama berlaku . Hal tu buat aku senyum gembira walaupun aku penat dan kaki aku berdebu dengan tanah merah .
Sampai rumah aku berikan barang yang dikirim kepada sepupu aku dan ayat dia tu buat aku rasa gembira sebab apa yang dia hajatkan tak tercapai . Dia kata “ehh selamat pulak ko yer…ingat dah mati kena langgar …”. Aku cuma jawab “macam mana nak mati kena langgar ? jangan kata kontena …satu basikal pun takder yang lalu “ lepas tu dia terus kata aku kurang ajar biadap dan macam-macam . Macam biasa aku buat pekak jer walaupun dalam hati aku rasa marah dan sedih . Aku cuma sedar jawapan aku yang macam tu akan buat aku di hukum oleh makcik pakcik aku bila sepepu aku mengadu .
Tapi aku dah tak kisah apapun . Asalkan aku dapat bermanja dengan arwah nenek aku walaupun sekejap . Waktu nak tidur baru aku ada peluang beramnaja dengan arwah nenek aku , lengan dia kan jadi bantal aku , pastu arwah nenek aku akan usap kepala aku dan pintal-pintal rambut aku . Dia ajar aku baca ayat kursi sampai aku hafal . Dia akan nasihatkan benda yang baik-baik untuk aku . Dia kata dia tahu aku kena buli kena dera . Tapi dia minta aku supaya selalu bersabar . Dia kata tiap-tiap perkara yang berlaku ada hikmahnya . Dan macam-macam nasihat dia bagi sampai aku tertidur .
Sungguh aku rindu dia….aku nak rasa kedut-kedut yang ada kat tangan dia .Aku suka bila dia tepekkan bedak sejuk pada muka aku . Aku rindu nak dia pintal hujung rambut aku ….aku suka dia panggil aku “Adilah”…

ini gambar aku dan mak mertua aku serta kakak ipar aku …..dioranglah syurga aku sejak hari pertama aku bernikah dengan dd
Katanya nama dalam surat beranak aku tu salah , dia namakan aku dengan nama Nur Adilah yang bermakna Cahaya Keadilan tapi polis yang daftarkan nama aku tu tak pandai baca nama jawi yang nenek aku tulis . Sepatutnya dal tapi jadi dzal …itu yang nama aku jadi N____Z____A .
Ok dahlah…nanti aku sambung lagi yer….
Sedap Sangat Ker Makan Harta Anak Yatim
Cita-cita Aku Yang Tak Kesampaian
Beratnya dugaan hidup Puan Dila ni. Rasa macam drama melayu.
Tumpang sedih.
Terus SA menangis..bagai terbayang insiden yang dila hadapi di ruang mata tatkala baca entry ni…tabah la Dila…luka dihati memang tersayat..di dunia mereka lepas..diakhirat mereka merangkat mencari dila utk minta maaf…
Sedih. Selain nenek.. xde langsung ke manusia yg baik masa tu. Ishhhh
YB Shehan recently posted…RISAU..
Sedih + kecewa bila masih ada saudara-mara macam tu. Tak terfikir ke kesan disebalik perbuatan mereka tu..
InsyaAllah Dila akan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Pengalaman yg sgt berharga, sbb ia akan jadikan Dila ibu yang terbaik utk anak anak u
Mama Kembar 3 recently posted…Moga Moga Berkesan Untuk Si Kembar Ni…
Semoga sentiasa kuat kak Dila.. Sangat-sangat tabah..
Ya Allah sampai hati diorang layan anak yatim piatu mcm tu.. Allahuakbar.. Agaknya sibuk sangat dengan urusan dunia sampai lupa kat diorang parking hati nurani diorang..
Menitis airmata baca cerita kak dila. Dugaan hidup sebagai anak yatim.
Kali ni menitis air mata baca kisah akak.. Huhu.. Allah..kuatnya dugaan akak