Sewaktu orang lain updet rasa sedih rasa kecewa kerana tak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya, aku pulak rasa sebaliknya. Maksud aku takder rasa apa-apa kecuali biasa. Tapi aku faham apa perasaan mereka.
Yerlah selama berpuluh tahun hidup tak pernahnya tak balik kampung berhari raya. Tiba-tiba dah masuk 2 tahun ni semua rakyat Malaysia dilarang pulang ke kampung halaman berjumpa orang tua dan sanak saudara.

Tahu-tahu dapat perkhabaran dari kampung sakit dan tahu-tahu dapat perkhabaran dari kampung dah meninggal.
Aku rasa aku tak rasa apa-apa dan tak terkesan mungkin sebab aku sendiri tak pernah menghadapi situasi balik kampung sebab aku kan hidup sebatang kara. Dari umur aku 3 tahun aku tak pernah rasa apa meriahnya raya kerana tak pernah rasa dan tak pernah ada tradisi balik kampung.
Sometime aku sendiri diejek dan diperlekehkan kerana tak pernah melalui suasana balik kampung , tak merasa beratur ditandas RNR , tak pernah melalui kesesakan lalu lintas dan macam-macam.
Waktu tu aku cuma mampu tersenyum kelat dan berkata-kata didalam hati , salah aku ker sebab tak ada kampung halaman ? Salah aku ker sebab tak ada keluarga sendiri macam orang lain ? Salah aku ker sebab tak ada tempat nak dituju ? Salah aku ke sebab tak dapat bawak keluarga hadap jammed balik kampung ? Salah aku ker kerana hanya mampun menumpang beraya dirumah keluarga suami aku ?
Aku sendiri kadang minta maaf banyak-banyak pada DD, disebabkan dia berkahwin dengan aku si anak yatim piatu macam aku ni, so dia tak dapat rasa pengalaman ada mak mertua atau merasa kemeriahan balik ke kampung mertua. Tapi dia kata tak penting pun semua tu. Tak tahulah samada itu ayat penyedap rasa atau apa.
Teringat dulu masa aku di rumah anak yatim, setiap kali sebelum tiba beberapa hari lagi nak sambut raya. Aku hanya mampu pandang kawan-kawan lain mengemas kain baju mereka dengan wajah gembira dan berseri-seri menanti ketibaan sanak saudara yang ada datang menjemput mereka untuk pulang berhari raya bersama. Sedang aku hanya mampu menanti dengan seribu pengharapan mereka akan datang juga untuk menjemput aku tapi malangnya hingga takbir hari raya bergema aku masih disitu.
Baca : https://saidila.com/aku-tunggu-diorang-datang-ambik-aku/
Walaupun hati aku teringin nak balik jumpa nenek aku yang duduk dirumah pakcik makcik aku, tapi aku sentiasa fikir berkali-kali sebab aku tahu sebolahnya bolehnya mereka tak nak aku ada sewaktu mereka sekeluarga menyambut hari raya. Sebab tu mereka tak pernah nak datang jemput aku pulang secara sukarela kecuali terpaksa atas permintaan nenek aku.
Mungkin kehadiran aku hanya mencacatkan suasana hari raya mereka. Jika aku berkeras untuk pulang juga makanya aku kena bersedia untuk dikhadamkan mereka. Tapi aku rela asalkan aku dapat berjumpa dan bermanja dengan nenek aku, satu-satunya orang yang menyayangi aku tanpa syarat.
Apapun aku tak pernah kesal dengan apa yang telah ditakdirkan kepada aku. Bagi aku Allah sebaik-baik perancang perjalanan hidup aku. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Walaupun apada mulanya kau tak faham kenapa tapi semakin dewasa aku semakin mengerti dan semakin bersyukur dengan apa sahaja yang telah aku lalui selama ini.
Bila kita bersyukur sebenarnya kita sedang membahagiakan diri kita juga. Perjalanan hidup kita memang tak akan pernah sama tapi ending dia kita tetap berharap hidup kita sentiasa bahagia dan diredhai baik semasa didunia hingga ke hari akhirat kelak.
Comments