Assalamualaikum…..

Tajuk pun dah berbaur-baur emo….tapi nak buat camnerkan aku biarkan emo memandu jalan entry aku…kerana bila emo tiada mungkin cara penulisan aku jadi berbeza atau mungkin seperti direka-reka….

kalu aku baca entry aku yg dulu2 nampak sangat yg aku banyak luahkan emosi yg marah serta tak puas hati dengan org lain….seringkali menganggap diri sendiri lebih baik dari mereka2….tetapi bagi aku itu semuanya hanya luahan perasaan….selalunya aku akan ber’emo pada situasi yg marah .. sedih atau bengang….

Hari ni aku ber’emo kosong….kosong adalah zero….aku kawal dan cuba mengawal…mengatur huruf demi huruf….cumanya dalam kepala teringat nak buat kuih untuk minum petang…..tapi aku tetap menguliti hp mini incik dd yg dah jadi macam hp mini aku…..janjinya pada aku hujung bulan nanti adalah sebuah tablet untuk aku kelek kesana dan sinun……

Aku syukur kehadrat allah kepada segala kemudahan kesenangan dan segala-galanya yg aku terima semenjak aku berijab qabul dengan incik dd….incik dd ialah anugerah yg Allah kurniakan kepada aku atas segala kesedihan keperitan keresahan kezaliman dan kehilangan yg pernah Allah swt uji kepada aku….sehingga kini aku mensyukuri dan aku menagaku aku beriman dengan rukun iman yg ke -6…percaya pada qada dan qadar….baik dan buruk yg berlaku pada kita semuanya adalah ketentuan dari yg maha esa….segala susah dan senang….sihat mahupun sakit…duka atau gembira….miskin dan kaya juga…semuanya adalah ketentuan dari Allah yg maha esa yg maha agung….bertapa Allah menyayangi aku….banyak sungguh nikmat yg Allah kurniakan kepada aku…..

Aku ber’emo tanpa dia tahu….sekiranya dia tahu aku pasti malu…aku malu kerana aku tak mampu nak luahkan bertapa aku berterima kasih pada dia kerana sudi menyunting aku ditepi sungai…menyelamatkan aku dari terus difitnah…meletakkan aku di taraf yg tertinggi sehingga aku rasa aku wanita yg paling bertuah didunia ini….hati budi serta kasih sayang yg dia curahkan dengan gaya yg tersendiri buatkan aku terima….terima seadanya….kekurangan yg ada aku jadikan sebagai keistimewaan…dan aku biarkan kekurangan aku dipamerkan supaya dia dipandang sebagai sibijak penyelesai masaalah…..

Saat2 ini hanya dia aku fikirkan….tak sabar menanti kepulanganya dari memerah tenaga mencurahkan keringat demi untuk keluarga….banyak yg dia telah lakukan untuk aku….aku juga harap aku akan dapat buat yg sama atau lebih banyak untuknya….cuma satu jangan mintak dengan aku…..mintak tambah madu untuk aku….bukan aku takut tak bagi takutnya aku bagi pulak…..

So masa dah tamat…emo kosong dah terisi dengan projek yg seterusnya…….si dia dah balik…….!!!!

Luv uuuuuu

Categorized in: