Akhirnya di tahun baru ini perubahan yg aku harapkan dan doakan untuk seseorang telah pun ditunaikan oleh Allah swt…hati rasa gembira dan bahagia…berbunga-bunga penuh syukur….tercelik lagi mata hati aku pada kebesaran Allah swt…sebagai manusia dan hambanya yg hina dan lemah…berdoalah kepadaNya dan berpegang pada janjiNya…
Perubahan kearah kebaikkan yg aku doakan untuknya bukan untuk kepentingan aku…tapi untuk dirinya sendiri…cukup aku tumpang gembira dan bahagia walau hanya dari kejauhan…
Berita yg aku dapat dari seorang kawan dua tiga hari lepas memang memeranjatkan aku…sungguh aku punya rasa masa tu biasa2 sahaja…tapi jauh disudut hati aku gembira…gembira dengan kerendahan hatinya….bagaimana Allah menundukkan egonya….bagaimana Allah melembutkan hatinya…bagaimana Allah menggerakkan hati kecilnya untuk mengingati dan merindui aku….semua tu hanya Allah sahaja yg tahu…
Sungguh belum rasmi kata2 itu datang dari mulutnya sendiri tapi aku dah pun terima niat hatinya untuk kembali berbaik dengan aku….kadang2 parut dihati aku cuba untuk terluka tapi segera aku tampal tebal2 supaya tak nampak kesan…aku jadikan dia juga sebagai contoh…andai dia ketepikan ego dia untuk memohon kemaafana dan mengakui kesalahan kenapa aku juga tidak ketepikan ego aku untuk memaafkan dan melupakan kesalahan dirinya…??
Aku mesti tunjuk contoh yg baik padanya…aku mesti membimbing dia kembali…aku mesti ikut sifat2 nabi yg sentiasa mengampunkan umatnya…sedang nabi ampunkan umat apatah lagi aku yg masih jauh dengan sifat keperibadian baginda yg terpuji itu…aku mahu tunjukkan padanya yg aku bukan setakat ingin jadi baik tetapi aku ingin jadi seorang muslimah yg baik…aku tidak ingin dihisab dengan amalan dan perbuatan yg jahat…
Yaa sudahlahhh…apapun kejadian lepas itu aku jadikan ianya sebagai pengajaran….mungkin perhubungan aku dan dia akan lebih erat…mungkin dia akan berubah dengan menjadi muslimah yg sebenarnya…aku harap sangat…aku bukan suka tengok kawan2 aku masuk lombong….aku akan selamatkan kawan2 aku dari lemas dilombong tetapi jika dia menolak pertolongan aku itu bukan lagi tanggungjawab aku…aku bukan setakat mahu USAHA…tapi aku ingin usaha dengan sesungguhnya…
Cukup buat masa ini….andai dia masih malu atau segan….biarlahhh…aku tahu bukan senang kita nak mengaku kesalahan apatah lagi nak meminta maaf…tapi bagi aku…cukup aku tahu hal yg sebenaranya….
“Kawan….tak perlu dirimu rasa malu atau segan kawan…telah lama aku maafkan dirimu…aku cuma kesal dan sedih kerana ianya terjadi…tapi kini aku gembira dan aku sedia menerima kehadiran dirimu kembali dalam hidupku….”ikhlas dari sahabatmu —> dila
Comments