Wahhh !!!! viral sudah pasal golongan LGBT pun boleh dapat agihan zakat. Dah giler apa LZS nih ? suka-suka jer nak bagi duit zakat aku kat golongan LGBT nih . Memang aku tak halalkan sesen pun duit zakat aku dibagi pada diorang…!!!

KREDIT PIC HASRUL HASSAN
Begitulah kata-kata yang keluar dari pembayar zakat yang membayar zakat tapi masih tak faham siapakah lagi mustahik yang layak. Yang dia tahu asnaf tu hanya fakir dan miskin jer.
Sabar dulu wahai abam sado dan acik-acik bawang sekalian !
Sebelum nak melenting tak tentu fasal, baca dulu segala info yang telah dikumpulkan. Pertamanya kita semak dulu 8 golongan penerima zakat. Biasanya orang kita hanya tahu golongan penerima zakat tu hanya asnaf fakir , miskin , muallaf , amil , dan lain-lain lagi.
8 GOLONGAN ASNAF PENERIMA ZAKAT
1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Muallaf
5. Al-Riqab
6. Al-Gharimin
7. Fisabiillah
8. Ibnu Sabil
Ok , dah baca semua ? bagus !
Sila lihat golongan penerima no 5 iaitu Al-Riqab .
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.
So sebelum korang mengecam usaha LZS dan pusat-pusat zakat negeri lain yang membantu golongan terpesong akidah kembali ke pangkal jalan, bacalah dulu penjelasan-penjelasan yang bukan baru digubal. Ianya telah difatwakan pada tahun 2012 lagi, cuma kita jer yang tak tahu dan tak pernah ambik port langsung.
Isu ni viral pun sebab video ni, tapi mungkin itulah cara nak tarik perhatian netizen yang mungkin tak pernah ambik tahu langsung pasal bantuan golongan penerima asnaf Riqab.
BOLEHKAH GOLONGAN LGBT MENERIMA ZAKAT ?
Jawapannya TIDAK BOLEH !
DILARANG BODOH KALAU MALAS MEMBACA
Bab ni aku paling tak boleh hadam. Sudahlah malas membaca lepas tu tanya soalan bodoh piang ! soalan-soalan dan kebimbangan maha bodoh netizen sangat terserlah seperti ,
“kenapa nak tolong ? nanti diorang buat plastic surgery
“diorang ni cacat ker sampai perlu dibantu ?
“duit zakat dah terlebih-lebih sangat ker sampai nak bantu diorang ?
Semua soalan nak tanya pun main sondol jer, ada jawapan kat atas pun kadang tak faham jugak. Yang diorang nak faham dari dulu , kini dan selamanya , duit zakat tu hanya untuk bantu asnaf fakir dan miskin sahaja.
Sekalipun tak tahu dan bertanya untuk tahu sila bertanya elok-elok, itupun selepas dah membaca penjelasan 100 kali tapi masih tak faham-faham. Ini tak !
PENJELASAN PEGAWAI MAIS MENGENAI BANTUAN ASNAF AL RIQAB
Zakat tu diberi kepada pihak yang mengusahakan pemulihan kepada asnaf riqab ( peluasan takrif riqab fatwa selangor 2009, mereka yang terbelenggu dengan masalah akidah & sosial seperti penghidap HIV, LGBT, Pelacur dan lain lain yang nak bertaubat).
Terdapat juga bantuan kewangan diberikan direct kepada asnaf riqab seperti bantuan perubatan HIV agar dia sihat beribadat sebelum ajalnya.
Tahun 2010 kecoh cover akhbar Metro, pasal orang Islam HIV dalam pusat kebajikan Kristian, semua pakat marah kat MAIS/JAIS.
Maka, 2010 jugaklah hingga sekarang, MAIS salurkan bantuan zakat asnaf riqab kepada rumah NGO-NGO muslim yang bantu golongan HIV muslim.
Termasuk MAIS guna duit zakat membina Pusat Pemulihan Baitul Islah Mais & AADK di Serendah bagi menjaga individu muslim HIV tahap kronik (tidak mampu urus diri) agar kekal dalam Iman dan Islam hingga mati.
Bantuan pemulihan kelas agama setiap hujung minggu dan kewangan kepada LGBT yang nak bertaubat juga dilaksanakan. Namun kerana aib, ia tidak dihebohkan ke khalayak.
Program Mukhayyam LGBT di Negrei Sembilan baru-baru ini kerjasama JHEAINS dan USIM menggunakan peruntukan Asnaf Riqab.
FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN PEMULIHAN AL-RIQAB
- Menyelaras dan menyelia aktiviti rumah kebajikan dan perlindungan di Negeri Selangor
- Mengurus perkhidmatan bimbingan dn kaunseling kepada individu dan kumpulan Islam yang memerlukan pemulihan akidah.
- Mengurus perkhidmatan perlindungan, pemulihan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dalam gejala sosial.
ZAKAT UNTUK 10 GOLONGAN INI HANYA JIKA MEREKA KEMBALI KE PANGKAL JALAN
TIDAK MENGAMBIL DAN BERKURANG PUN HAK ASNAF LAIN
Yup ! sama sekali tidak mengambil dan bekurang pun agihan zakat kepada golongan yang lebih korang suka tu. Takkan korang nak kata duit zakat korang tu hanya boleh bagi pada asnaf fakir dan miskin jer ? Habis tu yang lagi 6 golongan asnaf yang disebut dalam Al-Quran tu kau nak campak mana ? mana hak diorang ?
Lagipun bantuan zakat Riqab yang diberikan bukanlah diberi segedebuk ke tangan individu terlibat untuk diorang gunakan sesuka hati, tapi ianya disalurkan pada organisasi yang menguruskan pusat-pusat pemulihan supaya diorang kembali taat beriman kepada ajaran Islam.
KENYATAAN S.S DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR BERKAITAN ISU LESBIAN GAY BISEKSUAL TRANSGENDER (LGBT)
Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT ini dianggap sebagai satu penyakit mental dan amatlah membimbangkan, kerana telah melawan fitrah.
Fitrah kehidupan manusia yang normal ialah hidup berpasang- pasangan. Sebagaimana telah diciptakan oleh Allah S.W.T, lelaki pasangannya adalah perempuan. Begitu juga dengan haiwan, jantan pasangannya adalah betina, baik pasangannya jahat, cantik pasangannya ialah hodoh.
Kesimpulannya, setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W T di muka bumi ini berpasang-pasangan. lni adalah fitrah setiap ciptaan Yang Maha Esa.
Berdasarkan kepada Al Quran dan Hadith-hadith Rasulullah S.A.W hukum yang berkaitan dengan LGBT adalah jelas haram dan bertentangan dengan ajaran
lslam.
Melihat kepada impak negatif gejala ini dalam masyarakat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengambil inisiatif proaktif dengan memutuskan beberapa panduan hukum yang jelas bagi merungkai persoalan hukum berkaitan isu-isu LGBT di antaranya :
1. Hukum Perkahwinan Mak Nyah Dengan Lelaki Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 15 Jun 1993 memutuskan bahawa:
“Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan adalah tidak sah, kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara yakin. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki dikira haram, kerana bertentangan dengan syariat lslam dan bid’ah.”
2. Hukum Menukar Jantina Mak Nyah
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 15 Jun 1 993 memutuskan bahawa:
Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan lslam kerana Allah S.W.T. melarang mengubah kejadiannya, sepertimana Firman Allah dalam Surah An Nisa, ayat 119″.
3. Hukum Wanita Meyerupai Lelaki (Pengkid)
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 18 Mac 2009 memutuskan bahawa:
Pengkid iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki adalah haram di sisi lslam “.
Berdasarkan keterangan ini, betapa pihak Jabatan Mufti telah mengambil daya usaha awal menetapkan hukum yang jelas bagi mendidik dan memandu masyarakat lslam khususnya dengan gejala ini.
Apa yang menjadi harapan kami agar masyarakat lebih peka serta perlu lebih penuh keimanan dalam memahami dan melaksanakan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh para ulama, berautoriti dalam Negara kita ini.
Kami juga menyarankan agar sesiapa sahaja perlu menghayati apa yang telah dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah An Nahl ayat ke 43 yang bermaksud : Bertanyalah kepada ahli zikir bila kamu tidak tahu”.
Peringkat Allah S.W.T. ini menegaskan agar kita senantiasa bertanya kepada orang yang berautoriti, yang lebih memahami sekiranya kita tidak mengetahui atau tidak mengetahui atau tidak ada ilmu berkaitan sesuatu isu.
Atas neraca kebajikan dan kasih sayang dalam lslam, agar golongan ini tidak terpinggir dan merasa seolah di diskriminasi maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012 telah memutuskan Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat Al-Riqab melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO lslam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam.
Antara senarai penerimanya adalah golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup sonsang iaitu:
1. Pelacur
2. Lesbian
3. Mak Nyah (Transexual )
4. Gay
5. Homoseksual
6. Gigolo
7. Biseksual
8. Pengkid
9. Tomboy
10. Bersedudukan dengan orang bukan lslam
Jabatan ini juga mengucapkan tahniah dan jutaan penghargaan kepada agensi agama lslam yang sangat komited dalam memperkasa penguatkuasaan pelaksanaan dan tindakan yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, no 3, Tahun 1995 iaitu di bawah Seksyen 10,27,28 dan 30.
Ketegasan ini sudah pasti akan dapat membantu menyekat dari terus menerus gejala ini berlaku dan dalam langka panjang agar mampu mendidik masyarakat supaya meninggalkan tindakan-tindakan yang secara jelas dilarang dan dimurkai oleh Allah S.W.T dan dilaknat oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Adalah diharapkan, semoga kita senantiasa saling tegur menegur pada perkara kebenaran dengan penuh kesabaran.
Sebarkan kasih sayang sesama muslim, hormatilah golongan para ulama’yang merupakan pewaris para nabi-nabi, agar kita layak mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T serta dijauhkan kita dari kemurkaan dan azab Allah S.W.T.
Sekian, Wassalam.
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
Jabatan Mufti Negeri Selangor
3 September 2018
Shah Alam, Selangor
Haaa jelas dah ni, sesapa yang tak reti bahasa lagi tu tak taulah kan. Terbaik!
Ok jelas tqkak,ada terdetik gak sbbtak paham sblmni
info yang sangat2 berguna,tapi tu la masalah orang sekarang,malas membaca,tau nak sondol je.huhu
Ramai yang melompat bila baca headline tanpa periksa apa sebenarnya yang cuba disampaikan. Terima kasih kepada yang berusaha memahamkan.
betul kebanyakkannya mereka komen dahulu sebelum membaca
I pun awalnya tak tau gak, tapi yakin tak kan lah Puzat Zakat nak buat sesuatu yg bertentangan dgn agama. So I google & cari infor dulu sblm nak jump to any conclusion. Yg terus menghentam tu I rasa depa mungkin jenis yg cpt sgt bersangka buruk dan malas nak cari infor, tau nak kondem ja kerjanya.
Ni baru paham..diaorng kene baca dulu baru tau..bukan main komen je
[…] BACA : AKU TAK HALALKAN DUIT ZAKAT AKU BAGI PADA GOLONGAN LGBT […]