Asalamualaikum , ada yang rindu ker…??? kalau takder baguslah , kalau ada lagi bagusssss . Dah lama betul aku tak sentuh laptop apa lagi menjengah ke blogkesayangan aku ni . Aku baru jer habis dari memulihkan diri dari perasaan terkejut dan terkejut , maka kerana itulah aku tiada mood apatah lagi perasaan gembira buat sementara waktu . Walaupun pada waktu dan ketika ini fikiran serta perasaan aku masih berada dalam situasi cemas dan sedih bila melihat wajah anak-anak yang masih lagi perlukan perhatian,belaian dan kasih sayang seorang mama .
Namun begitu aku tetap dan terima semuanya dengan redha . Aku yakin dan percaya pada ketentuan Allah swt .Adapun ceritanya pada 28/4/2010 yang lepas aku pun pergi ke Hospital Serdang untuk mengambil dan mengetahui result test MRI ( Magnetic Resonance Imaging ) . Akhirnya…
Pahitnya Terpaksa Ku Telan Jua
Akhirnya sah . Sah aku ada BRAIN TUMOR dalam kepala , perasaan aku waktu tu macam nak pengsan dan nak menangis , tapi aku kawal demi Cinta yang aku kena bawa kemana-mana aku pergi . Aku tak nak jadi lemah semangat walaupun masa tu juga aku rasa nak jer aku pengsan . Masa tu aku cuma mampu senyum dan senyum dan senyum sebab aku dah tak tahu nak buat apa dan pikir apa .
Aku cuma mengenangkan anak2ku yang masih kecil-kecil , masih perlukan kasih sayang perhatian dan belaian dari aku . Lepas aku dah tau result , aku rasa dunia aku gelap seketika , lupa pada impianku yang ingin melihat anak-anak membesar masuk sekolah , masuk u , kerja , khawin , dapat cucu , pergi haji dan menghabiskan usia tua bersama suami tercinta .
Aku sedih sangat , Tapi aku pendam dan kawal demi suami dan anak-anak serta orang-orang yang menyayangi aku . Aku terkesima tapi aku redha . Aku percaya yang Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya .
Prosuder Hospital Kerajaan Bagai Membunuh Harapan
Pada mulanya kes aku ni akan dirujuk ke GHKL ( General Hospital Kuala Lumpur ) . Kerana kat sana ada pakar Neuro Surgeon……so aku pun gi GHKL pada hari yang sama tapi aku cuma dapat tarikh temujanji saja . Itupun pada 11 Mei nanti apa lagi , maka bertambah-tambahlah lagi rasa takut dan sedih aku ni…..aku tahu aku menangis camner pun takdenyalah tumor tu hilang . Dan macam biasalah kalau dah namanya pun hospital kerajaan , semua kena ikut prosedur .
Sampai hati kerajaan buat aku camni , aku terkilan campur sedih sebab diorang melambat-lambatkan kerja pada hal-hal yang penting sebegini .Cuba bayangkan , dari tahun 2007 lepas aku dah komplen aku sakit kepala , hilang sebelah pendengaran , hilang balancing , kena Bells Palsy ( lumpuh sebelah muka ) . Itupun aku yang desak untuk buat ujian MRI lepas ujian CT SCAN masih tak boleh kesan apa yang bersarang dalam kepala aku ni .
Tengok apa dah jadi pada aku sekarang . Dan lagi satu aku rasa cam tak patut bila aku buat test MRI pada bulan awal dan pertengahan bulan Januari tahun n , tapi akhir bulan april baru nak bagi tahu result . Berapa punya lama dah ? Tumor dalam kepala aku ni bukan makin mengecil tapi makin lama makin membesar . Memang sampai hati hospital kerajaan buat orang mati , memang sampai hati diorang buat aku camni .
Aku marah dan sedih tapi aku tetap menerimanya dengan sabar dan redha . Inchik dd pun tak tahan dengan penderitaan yang aku sedang alami , lantas pada 3 Mei lalu inchik dd ajak aku ke SJMC( Subang Jaya Medical Centre ) untuk bertanyakan pendapat doktor kat situ pulak . Dah namanya pun hospital swasta . Ada duit barulah akan dilayan , untuk consult saja kena bayar RM180 campur fee yang lain-lain semuanya dekat Rm216 , tapi jawapan dan cara penyelesaian yang diberikan membuka sedikit ruang dan harapan untuk aku sembuh.
Insurans Yang Masih Samar
Temujanji kedua pada 6 Mei aku pergi sekali lagi ke SJMC ( subang jaya medical centre ) untuk berjumpa pula dengan doktor yang akan mengambil kes aku ni . Dalam pertemuan itu aku diberitahu secara detail tentang rawatan apa yang aku akan jalani sekiranya aku setuju untuk meneruskan di SJMC . Oleh kerana tumor aku masih lagi pada peringkat kecil , aku akan diberi rawatan laser untuk mematikan sel-sel tumor . Risiko agak kecil , tapi kalau dibiarkan tumor akan membesar dan melekat kat tunjang otak .
Rawatan’nya pulak adalah pembedahan dan berisiko tinggi dan waktu tu nyawa 50-50 . Bila doktor terangkan aku pun angguk-angguk paham . Cuma yang tak sedap didengar dan membuatkan aku kecewa sekali lagi bila doktor itu beritahu tentang kosnya . Kalau empat ribu bolehlah aku keruk atau pinjam kat siapa-siapa , ini empat puluh ribu nak cari mana ?
Walaupun insurans company inchik dd ada cover , tapi aku risau kalau-kalau tak lulus , kalau lulus alhamdulillah , kalau tak camner ? Kadang-kadang tu bukan apa , sebelum amik insurans macam-macam janji manis ditabur , tapi bila ada kes buat-buat tak tahu dan macam-macam alasan di bagi kalau tak nak cover . Manalah aku tak kecewa dan tak sedih . Aku kecewa lagi , dalam aku kecewa inchik dd pulak setuju untuk meneruskan rawatan kat SJMC .
Aku pun isi borang persetujuan untuk diberi rawatan laser kat SJMC , tarikh pun dah diberi oleh doktor , tapi pihak insurans belum approved pada SJMC samada nak cover atau tak , aku masih diburu kebimbangan yang melampau . Aku cuma ada masa sampai hari ahad ni saja , kalau insurans tak approved nampaknya aku kena berserah pada takdir sahaja . Kalau approved selasa ni dijamin aku masuk wad , rabu pulak aku akan dilaser dan khamis aku dah boleh balik kata doktor.
Aku Hanya Perlukan Doa
Akhir bicara dari ku , Pada yang membaca dan terbaca entry aku kali ni , aku cuma mohon sepotong doa yang ikhlas dari kalian semua untuk kesembuhan dan keselamatan aku nanti . Apapun aku redha , panjang umur jumpa lagi .
insyaallah.banyakkan berdoa. 🙂
mudah2an….amin…..
Dila…terkedu eynda baca entry ni…bagaikan mimpi ngeri…berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul…eynda doakan semoga semuanyer dipermudahkan Allah…buat la apa yg terbaik…masih ramai yg perlukan Dila…ramai yg sayangkan Dila…ramai yg akan mendoakan Dila…kuatkan semangat k 🙂
Dugaan yang allah turunkan kepada kita ada bermacam2 cara…..banyak2 bersabar agar semuanya dipermudahkan….
@eynda
berkat doa eynda…..akhirnya semua dugaan berakhir dengan kejayaan yang indah….walaupun simptomnya masih terasa….saya tetap bersyukur kerana tubuh ini masih bernyawa….amin…
@Sh.Mariam Syed Abd Rahman
terima kasih yer…..syukur sangat….walaupun dugaan yang allah turunkan amat berat bagi kita yang hanya manusia….tetapi allah juga yang meringankan bebban itu semua…itupun jika kita redha pada qadha dan qadar juga kita sentiasa mengingati " sesungguhnya ibadahku…hidupku dan matiku hanyalah kerana allah…tuhan sekalian alam…."
Sekarang mcm mana dila? Dila hamba Allah yang kuat.