Perlu kah aku meluahkan…..?? aku skang tengah dilanda bosan yg teramat…padahal semua ahli keluarga berada disisi walaupun bukan disebelah aku skang ni….tapi mereka ada dimana-mana sahaja…aku tak tahu aku patut buat apa skang ni….mengadap facebook jer cam tak berfaedah….nak masak2 takder mood….nak tidor belum ngantuk….nak bergurau senda dengan anak2….diorang semua tengah main dengan sepupu2nya….nak makan kot….?? mungkinlah…sebab aku belum makan apa2 sejak dari pukul 3 petang tadi….naper perut cam tak lapar….mungkinkah sebab aku asyik fikir badan makin naik dan naik kalau aku makan…sebenarnya aku tak kisah dan sesiapa pun tak kisah….aku masih pantas buat pelbagai kerja sungguhpun aku gemuk berbanding org yg kurus tapi buat satu kerja jer pun mahu makan hari….

http://kallol-myblog.blogspot.com/2010/01/this-boring-vacation.html
Argghhhh….bosan habis ni….patutkah aku keluar shopping untuk menghilangkan kebosanan…?? tapi mengikut kajian dari mana aku tak tahu….katanya kalau bosan jangan pergi shopping mahu jadi papa kedana….ehh…?? yer ker….??…entahlah aku belum plak mencubanya…..selama aku bershopping belum lagi inchik dd kata akan jadi papa kedana….aku belum sampai tahap shopping sampai jadi papa kedana…tapi kalo setakat nak window shopping tu bolehlah jugak abis masa berjam-jam….tapi itu dulu2lah…skang ni kalo nak keluar rumah pun berkira-kira dengan diri sendiri…penting ker nak keluar….jika aku rasa penting  dn ada kepentingan baru aku keluar kalau tak aku lebih suka duduk diam2 dengan aman damai dirumah sahaja….lagipun kat rumah ni semuanya ada…cukup lengkap dan cukup selesa….terima kasih pada inchik dd yg telak melengkapkan segala keperluan untuk aku dan anak2….aku sangat bersyukur walau serba sederhana tapi semua ada dan lengkap….cumanya skang ni jer aku rasa boring sebab aku sendiri gagal nak hilangkan perasaaan tu….tapi hanya untuk beberapa jam tadi jer aku boring….
Sekarang ni….aku dah tak boring….inchik dd pun dah balik dari bermain badminton….aku pun dah layan cerita IP MAN 2 dan SHAOLIN SOCCER….best….!!! boring sekali sekala tu biasalah…..
So so so…..oleh kerana aku dah tak boring…..aku akan tamatkan entry kejap boring kejap tak boring dengan kadar segera….pada yg membaca sekali lagi aku nak pesan….silalah jangan boring dengan blog dan tulisan aku yg entah apa2 ni….
Sekian Terima Kasih…

Categorized in: