Hai korang , tengah lunch ker tu ? Ni haa aku nak bagitahu kat korang yang aku baru jer lepas makan tengahari kat Dapur Penyet IOI Mall Putrajaya. FYI ini bukanlah first time aku datang makan kat sini , cuma kali ni aku tulis sebab aku baru dapat tahu yang rupanya kat sini ada beberapa menu yang aku belum pernah cuba dan ianya telah menarik untuk aku cuba.

Once aku rasa menu ni ok sedap kat tekak aku , baru aku akan share dengan korang. So , kalau aku dah tulis ni maknanya apa ? hahahaha korang memang bijak ok.
APA AKU MAKAN ?
Biasanya kalau makan kat sini aku akan order lauk biasa yang aku makan macam sahaja. Air pun aku tak akan order yang pelik-pelik kecuali apa yang aku biasa order.

Keluarga Kak Azni pun biasa makan kat sini dan order apa yang diorang biasa order. Oleh kerana ini kali kitorang berpeluang lunch sama-sama, so dapatlah tukar selera dari kebiasaan. Kak Azni akan rasa apa yang aku biasa makan dan aku pulak akan rasa apa yang biasa Kak Azni makan. Fair and square kata omputih.
So korang nak tahu tak apa yang aku dan Kak Azni biasa makan kat Dapur Penyet nih ?
OK ! Antara menu yang aku tak akan miss order bila ke Dapur Penyet walau kat mana-mana cawangan sekalipun semestinya daging Dendeng Berlado , aku tak tahu kenapa tapi bagi aku cukuplah ada nasi panas , sup kosong dan daging Dendeng Berlado. Itu pun dah cukup nikmat lunch aku hari tu.

Sebabnya ialah Daging Dendeng Berlado kat Dapur Penyet ni sangat-sangat lembut dan juicy , sambal dia pun just nice , tak terlalu pedas. Kak Azni yang first time makan pun komen kata sedap dan diorang tak pernah jugak order dan mungkin itu akan jadi menu favorite diorang selepas ini.
Dan aku pulak cuba menu kegemaran Kak Azni sekeluarga iaitu Iga Bakar.

Iga Bakar tu apa ? untuk first timer macam aku ni wajiblah tanya kan. Hahaha . Rupanya Iga ni omputih kata ribs dan kita pulak panggil rusuk. Daging rusuk yang dibakar dan diperasakan dengan sempurna. Kata Kak Azni , Iga Bakar kat Dapur Penyet ni ala-ala Ribs kat Tony Romans. Cuma Iga Bakar kat Dapur Penyet ni harga mampu milik gitteww.
Ok takper , aku akui yang aku masih noob lagi pasal ribs ni. Yang penting apa rasa Iga Bakar nih ? kenapa sebut jer pun dah rasa nak negences balik.
Memang sedap rupanya Iga bakar nih, boleh ratah gitu jer. Rasa dia boleh menjilat tulang. Dia taklah sejuicy Daging Dendeng Berlado tapi dagingnya mudah tertanggal dari tulang dan halah halahhhh memang sedap sangat. Nak ku habiskan berasa malu sebab itu lauk orang. Ahahahaha
Cuma next time datang , aku akan repeat order Iga Bakar dan makan sensorang. Asyikkk !!
Jangan order lauk jer sampai lupa nak order sayur dan sayur pilihan hari itu ialah Sambal Kangkung , barulah lengkap hidangan .

FIRST TIME MINUM JUS ALPUKAT SAMPAI HABIS
Oh yer sebelum terlupa , ni lagi satu benda amazing berlaku kat aku masa makan kat Dapur Penyet. Camni ceritanya, ikutkan dah lama aku cuba aku cuba merata minum Jus Alpukat tapi sekali sedut pun aku dah tak boleh pergi dengan rasanya. Silap haribulan mau aku muntah kat situ. Masa hari yang aku lunch tu sajalah aku mintak Jus Alpukat sebab memang aku belum pernah try Jus Alpukat dari Dapur Penyet.

Sejenis aku ni akan mencuba hingga berjaya dan aku percaya setiap restoran yang ada jual benda yang sama tapi pasti akan berbeza cara dan rasa.
Mulanya memang aku agak cuak nak try, tu pasal ada standby beberapa jenis air lain takut aku tak boleh telan. Rupanya sekali sedut jer aku terus kata wow ! kenapa sedap sangat nih ? sedap dia sampai aku tak berenti sedut dan aku sedut sehingga titisan jus terakhir. Sisa yang ada kat straw pun aku jilat sebab aku tak nak bazirkan walau sedikit pun.


Makanya , selepas ni Jus Alpukat akan masuk dalam senarai wajib order. Hoyeahhh !!!
Menu lain yang aku cuba pada hari tu memang special. Ayam Penyet tu dah tentulah dalam senarai terutamanya Ayam Kampung Penyet sebab dia ada serdak rangup yang aku rasa budak-budak pun suka. Aku tahu sebab anak aku pun kalau makan akan minta aku orderkan Ayam Kampung Penyet.

Last but not least , aku anggap ini sebagai pencuci mulut jer. If masih tak kenyang korang boleh tambah dengan menu Tauhu Telur Kuah Kacang , rupa dia camni .
Kalau korang saja nak makan cemil2 dan malas makan nasi , korang wajib order yang ni sebab haritu masa makan habis senak perut aku sebab tak habis-habis makan. Kuah kacang dia memang sedap tau ,maybe nest aku mintak kuah kacang banjir. Isi dalam dia tauhu telur yang lembut pastu luar dia buat sarang telur yang garing. Halahhh halahhh nikmat sungguh.

Bagi aku tempat ni sesuai untuk semua peringkat umur termasuk orang muda macam aku , warga emas dan juga kanak-kanak2. Ada pelbagai jenis makanan sama ada nak pedas ada tak nak pedas pun ada.


Lepas baca ni cubalah plan sesekali hujung minggu bawak keluarga makan kat sini apa salahnya kan kan.
Selamat Mencuba !
saya dah gilakan tauhu telur kuah kacang tu kak hhhahahah wajib order kalau makan situ..
haaa kann …first time makan pun dah in love …makan ni saja pun boleh kenyang
adudu sedapnya tengok semua menu tu. suka juga makan kat ayam penyet ni, kadang-kadang diorang ada juga buat promosi. bolehla lunch kat sana weekend ni
ajumohit recently posted…Asmak Baby Care set penjagaan harian 5 dalam satu
Ehhh ada nasi dendeng berlauk la.. Sedapnyaa.. Arwah mak penah msk lauk ni dulu kitaorg mkn mmg bertambah.. Hahaha.. Jus alpukat tu rasa apa ea?
daging dendeng berlado tu memang sedap , first sebab daging dia lembut dan juga juicy ….air alpukat ni rasa dia manis berlemak tapi sedap sangat dan tak muak …macam ais blended jer tapi ni sesap dan berkhasiat
Bestnya dapat cuba menu baru. Macam kita pun sama. Makan kat mana mana kadang suka ambik menu sama. Sebab takut menu lain tak kena dengan tekak.
Tapi menu tu semua sedap la. Daging tu.. Alamak.. Bestnyaa..
kannn …sebab tu kadang kena datang makan dengan orang lain …mana tahu selepas itu apa yang kawan kita makan jadi menu faveret kita pulak …yess dendeng berlado tu wajib try bagi yg tak pernah cuba
Rawlins pun pernah makan kat situ dan menyukai rasanya gak. Paling Rawlins suka adalah minumannya – sejuk je sampai ke tekak.
betul …next cuba air jus alpukat dia ….kalau nak tahu jus alpukat tu ialah jus avocado
Tak pernah lagi try menu di Dapur Penyet ni. Nampak macam semua sedap belaka tu. Nanti bila ke Dapur Penyet, wajib nak try Iga bakar tu..*lapairlior
first time gak makan iga bakar tu …tak sangka sedappp ….memang kena order untuk next next time
Alaa jauh pulak..takpe nanti kalau kesana ms jalan2 cuti sekolah mesti singgah sini..semua nampak menyelerakan
Jus alpukat tu nampak sexy sungguh ya !!! Rasa terpanggil utk ke sana. Dekat je nie dgn serdang. Boleh lah singgah sana nanti otw nak balik kolej. Xpernh lagi mkn dekat sni tapi selalu nmpk.
haaa wajib cuba tau next time …cuba yg akak cadangkan mana tahu suka jugak …jus alpukat kat sini jer akak boleh telan …tempat lain memang payah …hahaha
Lama x makan kat dapur penyet. Rindu kat sambal dia . Pedas dan sedap. Memang xleh lawan kesedapan sambal penyet kt tempt lain
Terliur tengok gambar makanan kat situ, I memang suka makan ayam penyet. Lebih lebih lagi sambal dia kalau yang pedas lagi best, baru lah ada kick.
sama…suka makan kat sini sebab sambal dia pedassss ….memang berpeluh tapi puas
Allahu..sedapnya, semua makanan tu sis suka. Nampak gaya sis kena terjah jugak tempat ni kalau sis ada di area sana.
sedap2 kak …ayam penyet tu biasalah …tapi ni saya suka makan selain dari ayam penyet …
Selalu jugak makan kat Dapur penyet ni. dulu masa kat Kl selalu dinner ngn kawan kawan kat sini. nampak menu baru tu menarik utk dicuba
Tak pernah lagi ke Dapur Penyet ni.. tapi tengok pada gambar2 kat atas ni .. alamak.. terliur jugak dah ni.. nampak menyelerakan semuanya.. TB memang suka ayam penyet.. so, boleh la mai Dapur Penyet ni ye
Nothing quite like family travel especially when you can travel with the kids. Looking forward to your future blogs on child friendly place and hotels now that you will be traveling with her.