Definitely not dadah ok …..
Entry ni insyaAllah takkan buat korang kemurungan . Biaarpun entry ni ringkas tapi aku nak kongsi jugak dengan korang . Untuk entry sebelum nih jangan kata korang …ngan aku-aku sekalipun hanyut dalam perasaan . So kita bagi rilek sikit otak ehh ….jangan stress…sebab stress itu toxin kata kawan aku .
Sejak aku beli bola bowling , agak kerap jugak aku ke pusat bowling untuk memperbaiki mutu balingan dan target kejatuhan pin secara konsisten . Dan paling best sekali bila kakak dan abang aku pun dah terpengaruh beli bola bowling sendiri dan mula ketagih nak ke pusat bowling .Tapi ketagihan tu taklah sampai memudaratkan . Kitorang pergi time kitorang benar-benar ada masa lapang .
Minggu lepas aku rasa adalah 3 kali aku jejak pusat bowling , kalau kat shah alam main dekat Ole-Ole dan Plaza Alam Sentral . Kalau kat Puchong main kat IOI Mall Puchong Dan IOI Putrajaya .

pro shop Plaza Alam Sentral
Yang bagusnya , ketagihan bowling kitorang buat hubungan sesama keluarga semakin rapat dan erat . Jadi janganlah kata hobi main bowling ni benda yang sia-sia . Tiap kali pergi pun sekeluarga semua akan pergi .
Anak-anak pun dah mula suka nak membaling bola biarpun bola yang dibaling banyak masuk longkang .

abang aku si pak imam pun terpengaruh jugak , boleh tahan balingan untuk orang pertama kali pegang bola bowling .
Setakat suara sumbang belakang yang cakap aku bukan player negeri kot sampai perlu nak beli bola sendiri tu dah pun aku tong sampahkan . Feel main bowling guna house ball dan bola sendiri memang lain .
Kalau sebelum ni macam malas jer nak pergi pusat bowling tapi lepas ada bola sendiri memang aku agak rajin . Terlebih rajin kot sampai naik ketagih . **huhuhu

tiga orang budak nih sekarang pantang dengar aku nak gi bowling mesti nak ikut sama .
Kalau dulu lane bowling kat PAS macam bermusuh aku . Sejak guna bola sendiri aku rasa aku dah boleh baca dan menguasai lane tersebut . **hahaha bapak poyo….
Bola yang aku guna berat dia 11paun bersamaan dengan 5kg …..dah macam senaman tangan , pinggang dan kaki jugak nih .Kalau sebelum ni lepas main mesti jari injured , pinggang injured , kaki yang jadi stopper pun injured. Pendek kata kalau dulu selepas habis game jer seluruh badan injured sampai kena cari tukang urut gitu .

me and my sweet marble
Alhamdulillah sekarang nih otot-otot dah boleh bekerjasam dengan baik sebab kerap digunakan . Dan lagi satu sebab aku sport device untuk mengurangkan risiko kecederaan otot . Medical sport device ni aku pernah citer kat korang dulu , cuma tak tahulah korang ingat lagi ker tak .
Korang boleh serach kat box Colantotte atau terus jer baca kat link bawah ni .
Colantotte Medical Device
Aku ada 3 tapi ada bagi pinjam-pinjam kat orang lain . DD sendiri terus sakit pinggang saki kaki sakit bahu’lah apalah sebab dia tak guna colantote . Aku tak cakaplah yang kita takkan cedera langsung , tapi fungsi dia bila guna , dia betukan balik perjalanan darah , bagi tenaga dan boleh mengurangkan injured .
Kalau perasan Dato Lee Choh Wei pun ada guna jugak . Banyak atlit sukan guna benda ni .
Ok korang , nanti cuba belek-belek ehh apa kebaikan’nya yer .
Wah.. bestnya.. ada bola bowling sendiri.. tentu lebih bersemangat nak main bowling berbanding sebelum ni semasa belum beli bola bowling.. tahniah..
anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
haah betu betul…memang semangat….cuma kena tunggu ada orang nak teman jerrr….apapun terima kasih kerana selalu bagi sokongan pada saya . saya sangat hargai
Bagus gak bowling kan, satu family boleh enjoy
Mama Kembar 3 recently posted…Rambang Mata Shopping Online di ezbuy – Murah dan Banyak Pilihan!