Beberapa hari lepas aku ada chat kat FB ngan kawan satu sekolah aku . Aku masih ingat dia adalah kawan aku yang petama masa aku mula-mula masuk sekolah menengah perempuan dot dot dot . Masa tu semua orang agak tak nak berkawan dengan aku walaupun ada yang satu kelas dengan aku dari sekolah rendah , mungkin sebab aku anak yatim pastu nakal boleh tahan jugak .
Aku rasa aku ngan kawan aku ni satu kelas …rasanyalah . Dia jadi pengawas kat sekolah , walaupun pengawas dia baik ngan aku tak macam pengawas yang lain . Ada jer diorang tu nak cari kesalahan aku walaupun memang aku salah . Dia setia teman aku waktu rehat . Dia juga selalu kaver aku time aku buat salah . Dia mungkin tahu dan faham yang aku jadi nakal sebab aku anak yatim piatu sebab takder mak bapak nak didik .
Setahun jer aku rapat dengan dia sebab naik form 2 aku ngan dia lain kelas dan aku pun berhenti sekolah awal tahun masa form 2 .
Tapi aku masih ingat dia lagi . Dia sama-sama lepak ngan aku bawah pokok sekolah time rehat sambil aku kacau orang lain . Dia tukang gelak jer . Pastu dia tegur aku kalau aku over . Masa tu aku rasa dia jer kot yang sanggup lepak ngan aku walaupun dia pengawas .
Sekarang…
Aku rasa sangat sedih sebab sewaktu dia perlukan sokongan aku tiada disisi dia . Aku jadi marah dengan diri aku sendiri dan orang-orang yang membuatkan diri dia sehingga jadi begitu .
Dari cerita aku terus jadi cerita dia . Dari cerita perjalanan blog aku terus jadi cerita bagaiman dia kehilangan sebelah mata dia . Dek kerana beberapa hari sebelum tu aku asyik kena troll maka aku pikir dia pun saja kot nak troll aku . Tapi pas aku tengok gambar dia aku terus sebak . Ditambah lagi dengan ayat ” Kawan la ngan aku….aku takde kawan…Aku nak sangat jumpe kawan-kawan lama….tapi aku malu “
Andai dulu kau rasa kau cam sampah sebab takder kawan… rupanya ada kawan kau yang malu nak jumpa kawan sebab keadaan dirinya . Hancur kot hati aku waktu tu….terus aku ngadu kat geng-geng kelab aku dan geng bff aku sebab aku nak minta diorang tenangkan aku yang macam terkejut . Tapi memang aku terkejut dan sedih . Sengaja aku buat hati sado depan kawan aku .
Kisah kawan aku ini aku entrykan sebagai pengajaran buat kita untuk berfikir . Maksud aku , banyak yang kita boleh pelajari dari kisah benar ini .
Pertamanya wajib rasa syukur dengan apa yang kita ada , walaupun kita rasa keadaan kita waktu ini adalah yang paling buruk dan teruk , tapi percayalah disebaliknya ada lagi insan yang lebih buruk dan teruk dari apa yang sedang kita hadapi .
Keduanya , jangan pernah sisihkan kawan-kawan kita jika keadaan kita sedang baik dan sempurna .
Entry ni aku publish jer dulu , kalau kawan aku tak suka dan tak izinkan kisah dia dikongsi ngan korang , aku akan delete entry ni tanpa banyak soal .
**dear beb…lagu ni aku tujukan untuk kau tau…aku harap kau maafkan aku dan insyaAllah aku akan jumpa kau juga .
pasti adahikmah kak.doakan dia.
insyaallah…semoga allah beri dia kebahagiaan sehingga ke akhir hayat
kesiannya. speechless.. hmm
YB Shehan recently posted…MAAFKANLAH AIR MUKA INI
yer…memang speacless masa awal2 tahu
alamak… sedihnya….. moga dia tabah yer…..
azni recently posted…Tabung Infaq Makan RM10
insyaAllah kak….
Tentu bestkan bila dapat berhubung semula dengan kawan lama masa sekolah dulu…. 😉
Anuar recently posted…I-GAMBANG HOMESTAY, Homestay Pilihan Terbaik di Gambang
semoga beliau tabah mengharungi liku2 kehidupan…
Suriaamanda recently posted…I G-Nius Luban – Makanan Sunnah Tambahan Untuk Anak Anda
bergenang air mata baca.. huhu
Kalau sy kat tmpt dia, xtahu lah boleh sekuat mcm tu ke tidak.
smoga beliau diberi kekuatan luar biasa utk melawan sedih perih tu semua..