Dah berapa lama aku kureng sikit aktif disebabkan deman kepialu tapioka yang menyerang aku baru2 ni….ditambah lagi dengan urusan nak settle’kan hal KWSP yang amat memeningkan kapla aku dan didi….

Semuanya gara2 AAN yang tak mengaku dia bayar kan bil spital aku dan dengan yakin dia kata dia takder resit….sampek2nya pegawai kat KWSP tu siap cakap ngan didi…” semua dah ok cuma resit  pembayaran jer takder….awak tahu resit tak….?? ” mak aihh macamlah didi tu bengong sangat….aku pun tahu jugak resit tu aper….tapi aku talifon MSIG dia kata AAN yang bayar….tepon AAN dia kata MSIG yang bayar….

Aku tak kisahlah sapa yang bayar yang penting aku nak resit…resit tahu tak…..??? menggelupur aku nak cakap sana sini mintak resit…..alih2 pegi spital pun sama gak dia tak keluarkan resit pada patient sebab bukan patient yang bayar…..jadi aku tanya kat spital tu sapa yang bayar…..dia kata insuran bayar….aku tahulah….hadoiiii….

Masa makin suntuk….resit harus dicari…..tapi usaha tangga kejayaan….sabar pasti ada hikmahnya….dengan rasa tak yakin aku talifon AAN sekali lagi…..aku tukar soalan lain pada reception tu sampai dia pening kepala…last2 dia transfer call aku pada dia punya finance……ngeh ngeh ngeh….

Akhirnya…soalan pada jawapan yang aku cari selama sebulan telah pun aku temui……ngeh ngeh ngeh……akhirnya AAN berjaya aku kuasai…..resit dapat dicari tapi kena kolek sendiri……tak kisahlah bhai janji dapat resit…..

 resit yang menjadi kontroversi 4 pejuru antara Aku…AAN…MSIG dan KWSP….

Kenapa aku perlukan resit….??? sila rujuk sini….

Ok dah taukan…..kalo sikit tu takper….ini makan ribu punya kes…..kesian didi….berkorban apa saja untuk aku yang dicintai dan disayangi…..ecehhh….hehehehe ( betul apa…..) bukan aku nak mengeluh tapi itulah hakikat kehidupan…..kadang kita diuji tapi dengan cara dan perkara yang berbeza….

Pernah satu orang hamba Allah bagitahu kat aku….semasa aku disahkan ada tumor otak benigna… dia kata suami aku rasa cam gelap dunia….takut sangat apa2 berlaku kat aku….tapi dia kata dia tak nak tunjuk depan aku…dia kena kuat dan tabah untuk aku supaya aku tak terasa sangat….dia kata dia akan cuba sedaya upaya untuk aku menerima rawatan yang terbaik supaya aku sembuh dah selamat…..

Tapi memang betul…..dia adalah orang yang paling tenang…dia tak tunjukkan langsung pada aku rasa cuak atau sedih atas ujian yang menimpa……yelah aku tengah takut….kalau dia takut aku pun mungkin akan lagi takut…..aku tak dapat membayangkan macamana perasaanya bila aku menangis teresak-esak dipangkuannya ketika aku menahan sakit kepala yang amat sangat…..kalau aku tahu dia akan rasa sedih jugak aku takkan menangis…..masaalahnya aku tak tahu…..yang aku tahu dia tak pernah meluahkan atau menyatakan bertapa bimbangnnya hati dan perasaannya pada aku…..

Aku tahu pun sebab ada orang bagitahu…kalo tak mahu aku ingat dia langsung tak berperasaan…hati kering dan dingin ibarat iceberg……tapi dari aspek perbuatan aku tahu…..dia benar cinta dan sayangkan aku…….

( walaweiiii….mahu ada yang muntah kot ketika ini…..ngeh ngeh ngeh…..)

So…so….lagi tiga minggu baru dapat result dari KWSP…..kalo rajin….tolonglah doakan semoga urusan ini akan diproses dengan cepat dan berjaya dengan jayanya……

Peace….

Categorized in: