Semalam….aku melihat sesusuk tubuh tua sedang berjalan pulang membawa beg plastik merah….aku tahu dalam plastik tu ada barang2 seperti sayur dan ikan….dari kejauhan kulihat tiada siapa sudi memberhentikan kenderaan untuk menumpangkannya…..hati aku terasa sedih….lantas terbayangkan jika itulah mak aku atau nenek aku….ahhh sedihnya….
Selepas aku membayar harga nasi lemak yang aku beli untuk anak2ku….ku pulas deras minyak motorsikal dan aku pun sampai ditepinya….lalu ku tanya….
Aku : “nek…nenek nak balik…
Nenek : “ia nak…
Aku : “rumahnya kat mana nek…meh saya hantarkan…..
Nenek : “jauh kat sana tu nak…..
Aku : “takperlah ….jom saya hantarkan…..
Nenek tua itu perlahan-lahan membonceng motorsikal aku yang buruk tapi masih setia berkhidmat tanpa banyak masaalah…..Aku melepasi simpang Jalan Berjaya….dia kata depan lagi…..Lalu sampai ke simpang Jalan Bahagia….dia kata depan lagi…..aku melepasi pula simpang Jalan Bersatu……dia kata depan lagi…..dekat nak simpang Jalan Pusara….baru dia kata…..”har…dekat dengan pokok pinang tu rumah nenek…..” Aku hampir tak perasan akan rumah nenek tua tu….sebab dilitupi dengan semak samun yang meninggi…..Aku hampir tak terkata….kerana……( nanti aku upload gambar rumah nenek tu…)
Sebelum nenek tu masuk…aku tanya2 lah nenek tu…..
Aku : ” nek….nama nenek siapa…..?
Nenek : ” rokiah…..
Aku tanya lagi……
Aku : ” nek tinggal dengan siapa…..
Nenek : “anak nenek…tapi dia sakit…..
Aku : “ohh..kenapa nenek pergi kedai jauh sangat…..
Nenek : “nenek nak beli sayur….kedai sini takder sayur….
Lepas nenek rokiah tu ucapkan terima kasih dan bersalam-salam…..aku pun pulang dengan hati yang girang kerana nenek rokiah telah selamat pulang ….
*
*
*
*
*
*
Nota Aku : sebenarnya ada lagi cerita nenek rokiah ni……..besok aku publishkan cerita nenek rokiah episod ke-2……nantikan
Comments