Aku dah move on ok , cuma bila ter’tengok balik gambar kejadian baru-baru ni akhirnya aku terpaksa akur yang aku ni sebenarnya memang cantik orangnya . **ehhh nak muntah gi jauh-jauh yerrr …ahahahaha

wajah sehari sebelum make over…
14 tahun dah berlalu , itulah kali terakhir aku menconteng arang ke muka Pak Maun ..ehhh tak…itulah kali terakhir aku bersolek . Habis majlis sanding belah dd , sejak tu aku dah tak sentuh make up .
Barang make up yang dibeli pun semakin lama semakin expired . Kalau lipstick tu jangan ceritalah , memang jadi mangsa pertama anak-anak . Bedak-bedak padat pun dan jadi bedak bederai , foundation pun dah jadi beku dan bau tengik .**sedeyyy
Last year aku make up gak tapi aku masih dalam mood cuak dengan make up , makanya kecantikan aku agak terbatas di situ . Tapi tahun ni sebab dah dapat sponsor MUA yang best maka aku lebih bersikap terbuka untuk menadah muka kepada MUA yang terlibat .
Kemunculan aku pun disambut dengan sorakkan kawan-kawab blogger yang memang surprise sangat dengan perubahan aku . Kalau diorang tak sangka aku lagilah tak percaya . Dan-dan aku rasa nak nyanyi lagu “asalamualaikum ustazah”
Hahahaha ok ok …kang betul2 ada yang muntah hijau kuning pulak baca entry aku nih . **kuikuikui
Dari Saidila Bertukar Jadi Shila Amzah
“wahhh moksu lawanya macam shila amzah “ kata anak buah aku kat dalam group wasap . Pastu kat fb pun ada yang kata benda yang sama . Aku apalagi , naik tocanglah weihhh , bukan selalu kot orang nak belanja puji cantik macam artis , kan kan kan ?

comel dan cantik berpisah tiada…ahahaha
At least bukan aku yang mulakan dulu gelaran nih , korang-korang jugak yang bagi gelaran nih pastu korang jugak yang nak muntah …haishh tak paham aku .
Orang dah panggil Shila Amzah takkanlah aku nak marah… yer dak ? nak tak nak terpaksa terima dengan redha dan ahti yang terbuka .
Dan yang paling terbaru lagi ada orang kata muka aku ada iras macam Lana Nordin , tak kenal sapa Lana Nordin ? sila google yer makcik …jangan nak kekwat angattt….ahahahaha
Tapi tu semua sebab make up , kalau tak make up jadilah aku seketul Saidila comel yang korang suka sangat tu . **ekekekeke
MUA Yang Berbakat Dan Berpengalaman
Oh yer…kali ni aku tak banyak cakap dan tak banyak kata “jangan” pada MUA . Kiranya aku pasrah dan tadah jer muka dia nak warnakan muka aku jadi macamana .
Tapi awal-awal aku dah bagitahu , mekap ni untuk sesi photoshoot outdoor untuk raya .
Make-up pun kena sesuai keadaan tau , cam aku punya make-up tu MUA buat khas untuk outdoor photoshoot bertemakan raya .
Memang tahan seharian , walaupun aku ke sana sini merayap ditengah panas tapi make-up aku maintain cun , tak cair , tak retak dan tak bercapuk .

waktu ni dah habis sesi photoshoot..tapi make up maintain
Perasaan aku jer rasa muka aku dah berpeluh tapi bila aku tanya kat kawan ada peluh tak ? diorang kata takder . Wahhh siyes mehhh ? no wonder make up aku maintain sampai petang .

ku rela dibenci…..lalalalala
Ada tu dia mekapkan seorang india dalam tempoh 20 minit jer , tapi hasil dia bagi aku sangat wow ! almaklumlah , dia MUA yang dah berpengalaman hampir 8 ke 9 tahun gitu .
Yakin dengan MUA Yang Di Pilih
Dan lagi satu sebenarnya rasa keyakinan terhadap MUA pun boleh mempengaruhi hasil akhirnya . Dan itulah yang aku lakukan . Aku biarkan MUA menjalankan tugas dia . Apa yang dia cakap semua aku iyerkan sahaja .
Aku bertenang dan tak minta MUA untuk rushing sebab aku tahu bukan mudah nak lebih mencantikkan orang yang dah sedia cantik cam aku ni . **kuikuikui
Dan hasil dia memang meletopsss gitu . Kalah Anugerah Meletop Era yang aku tak pernah tengok tu .
Kalau kawan-kawan aku pun kata mekap aku hari tu cun namateyyy ( apahal aku terikut-ikut perangai si pentaksub KJ nih ? ) apa agaknya kata dd yer ?

selfie bersama pentaksub Shila Amzah…ahahahaha
Oh baru ingat , dia ajak aku balik cepat jer , tapi aku jer tak layan . Jadah apa nak balik dah cantik-cantik gini kan ?
So aku lepak kat bawah pokok ngan kawan-kawan sekepala sambil makan brownies Abam Korie yang sedap namateyyyy tu dan sekut K.Rogers yang dibawa khas oleh Encik Amin Jamri .

Shila suka brownies Abam Korie tau….omnomnom

k.rogers cookies kegemaran aku ialah cornflake & cereal , memang sesuai untuk buat biskut raya
MUA by Ila Hamzah
Ok cukup bab perasan-perasan tu , sekarang tibalah masanya untuk aku memperkenalkan MUA yang akan sentiasa menjadi pilihan aku selepas ini …jeng jeng jeng !!! dia ialah MUA Ila Hmazah !!! **yeayyyy tepuk tepuk

Shila Amzah dan MUA Ila Hamzah …nama pun lebih kurang jerrr patutlah serasi bersama
Dialah MUA yang bertanggungjawab menjadikan aku cantik jelita macam Shila Amzah, yang kata macam nak pi menikah pun ada . Sorang BFF aku pun ada cakap , mekap aku sebijik macam waktu aku menikah dulu .
No wonder dd pandang aku berkelip-kelip macam lampu otomen namateyy dan bagi signal ajak balik . **ker perasaan aku jer….? ekekekekeke
Apapun terima kasih banyak-banyak kepada MUA Ila Hamzah selaku MUA of the day , Mawarni dan Kak Laila yang bersusah payah mencarikan sponsor MUA untuk sesi Photoshoot Raya KBBA 2017 kali ni yang berlokasi di Muzium Warisan Melayu , UPM Serdang dengan kerjasama dari Photog Wan Izhar Abu Bakar .
Kelas Make Up Personal
So …korang dah nampakkan apa itu the power of make-up …..macam sailor moon gitu ….bila di cakap Make – Up terus dia berubah…dari skirt panjang terus jadi pendek .
Dek kerana ada yang berkenan ngan make up aku ni , maka aku nak koba’lah kat korang korang nombor contact MUA Ila nih , kalau korang nak dapatkan sentuhan ajaib MUA ila ni cepat-cepat salin dan save nombor beliau .
Selain dari makeup kan orang , MUA Ila pun ada buat kelas make-up personal pada siapa yang berminat nak belajar .
Pakej Zero to Basic : Rm150 ( sesuai untuk yang tak tahu apa-apa dan nak makeup untuk diri sendiri )
Pakej Basic to Advance : Rm250 ( yang ni sesuai untuk yang bercadang nak jadi MUA )
Kelas bermula dari pukul 12 tenghari sehingga 5 petang . Masa kelas ada makan , habis kelas korang akan dapat gift dan sijil tamat belajar dari MUA Ila .
Pertanyaan & Keterangan Lanjut Sila Hubungi
Phone : 011-21124637
Facebook : Ila Hamzah
Instagram : @m.u.a_byilahamzah
Sehari dua balik dari sesi photoshoot terus aku cuba nak mekap sendiri , jadi tu jadilah jugak cuma tak semenggah jer sikit . Hasil dia kan….hurmm korang tengoklah sendiri
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

gotchaaaaa !!! ahahahaha
Hahaha…
Punyalah feel baca cerita Shila Amzah.. tiba2 rasa terkejut pula tengok gambar bawah sekali tu..
anuar recently posted…Senarai Pemenang Tak Rasmi Contest SEO Belajar Buat Blog
Yg last tu baru cun namateyyyy
Hahahahha mengong dila. Tp mmg cantik. Nampak beerseri and natural
hahahahahaaahahaaahaaaa…. adoiiiiii
Hoihhhhhh terkujat tgk gambaq last tu! Ngekkk aaa kak long hahahhahaha
hahaahahahahahaahahah…i love la kak long. I love bcoz u lawak
baru nak puji cantik.. tengok gambar last.. Allahu, cantiknyaaaaa. hahaha