Nak tak nak terpaksa sedih jugak .
Lepas arwah mak aku meninggal , rumah peninggalan kena rampas dengan jiran penipu dan zalim , saudara mara tak nak bela , maka tercampaklah aku di sebuah asrama anak-anak yatim . Waktu tu akulah penghuni asrama anak yatim yang paling kecik sekali . Seawal umur 3 tahun aku dah kena berdikari sendiri .
Lepas arwah nenek aku balik , botol susu aku dirampas dan dibuang jauh-jauh oleh salah seorang penjaga kat situ .
Apalah budak umur 3 tahun tahu buat ? apa yang mereka faham ? apa kecelakaan yang budak 3 tahun mampu bagi pada orang sekeliling mereka ?

aku masih terlalu kecil untuk memahami erti kehilanagan dan perpisahan
Bila aku semakin besar dan mula memahami ayat-ayat yang diorang kata barulah aku dengar perkataan “anak sial” ….masa kat asrama ada yang panggil aku dengan gelaran anak sial , katanya aku dihantar ke asrama anak yatim sebab aku pembawa sial pada keluarga aku .
Padahal aku tak tahu apapun makna sial masa tu ? bila arwah nenek datang melawat aku , aku tanya pada arwah nenek aku kenapa diorang panggil aku anak sial ? arwah nenek aku nangis dan peluk aku …dia kata “adik bukan anak sial dan bukan pembawa sial “
Kalau ikutkan , pengasas rumah anak yatim tu memang baik orangnya . Tapi entah kenapa isteri dan anak-anaknya selalu menentang kebaikkan dan ihsan yang dia curahkan terhadap anak-anak yatim . Pengasas asal rumah tu orangnya bukan sahaja baik tapi beriman dan berilmu . Cuma kadang-kadang dia terpengaruh jugak dengan hasutan-hasutan isteri serta anak-anaknya supaya menghukum anak-anak yatim tanpa soal siasat .
Ada satu malam tu tiba-tiba dia muncul kat asrama , tanpa soal dan bagitahu apa salah aku dia terus rotan aku secukup-cukupnya . Aku cuma mampu menangis minta ampun dan merayu mohon belas kasihan jangan rotan aku lagi .
Sampai hancur hujung rotan tu barulah dia berhenti merotan aku . Rupanya ada yang fitnah aku . Bila cucu dia bagitahu aku tak bersalah , baru dia hantar cucu dia bawak minyak gamat untuk aku sapu kat betis aku yang berbirat akibat dirotan dia .
Yang lain cuma mampu tengok aku kena rotan . Malam tu aku tidur dengan kaki yang sakit dan perut yang lapar . Esok paginya bangun aku pergi sekolah macam biasa .
Aku bukan tak pernah terfikir nak lari tapi bila ingat nenek aku jer aku terus tak jadi nak melarikan diri . Lagipun aku nak lari kemana . Aku kan masih budak-budak .
Kecik-kecik lagi aku dah kena berperang dengan emosi dan perasaan yang bercampur baur . Sedetik masa yang aku lalui macam beribu hari rasanya . Walaupun aku diperlakukan macam hamba aku tetap tanamakan sifat sabar dan bersyukur semampunya aku sebab itulah pesan arwah nenek aku setiap kali di berpeluang datang melawat aku .
Tahap hipokrit diorang memang first class terutama anak-anak kepada pengasa rumah anak yatim tu . Kalau ada wartwan datang ker atau ahli koprat datang ker atau orang -orang kaya datang nak bagi sumbangan ker , waktu tu’lahh diorang akan keluar dengan pakai topeng malaikat . Menipu orang yang datang dengan menunjukkan kasih sayang yang palsu kepada kiorang semua .
Selepas sumbangan diterima diorang kembali menjadi syaitan .
Bila di tanya bab keperluan pulak maka bermacam-macam usul dan permintaan diorang akan keluarkan . Perlukan mesin basuh untuk kegunaan anak yatim mencuci baju , tapi mesin basuh dibawa ke rumahnya dan tetap juga anak yatim basuh baju sendiri pakai tangan dan sabun cap kapak .
Minta television pulak untuk kegunaan anak yatim menonton di masa lapang . Sudahnya anak-anak yatim cuma mampu nikmati siaran dari luar tingkap . Minta peti ais’lah …tapi simpan barang-barang makanan diorang sekeluarga .
Isteri pengasas pulak lagi nauzubillah minzalik perangainya . Katalah orang sumbang 10 hamper yang ada bermacam-macam jajan . jangan harap 1 hamper nak sampai ke tangan anak-anak yatim . Dia akan simpan dan agihkan pada anak-anaknya yanga dekat dan jauh . Tiap kali ada anak yatim datang masuk ke dapur yang dijadikan pengasas sebagai tempat anak-anak yatim makan mesti dia akan kata kitorang datang nak mencuri .
Padahal dia sendiri terang-terang mencuri hak kitorang . Takder langsung 1 sisi baik yang dia ada aku pernah lihat . Yang aku tahu dia paling anti dengan aku sampai dia panggil aku dengan gelaran tuan puteri . Kenapa dia gelar aku macam tu ? nanti aku cerita yer…
Aku paling suka bila ada orang luar datang tanpa membawa apa-apa . Sebab diorang datang dengan membawa kasih sayang ., diorang akan usap kepala kitorang dan mencium ubun-ubun kitorang sambil menangis dan peluk semua anak yatim dengan perasaan kasih dan sayang . Bukankah memang itu yang nabi suruh …?
Kalau ditanya semua anak yatim dalam dunia ni..kalau disuruh pilih antara harta dan kasih sayang maka kasih sayanglah yang akan menjadi pilihan . Fitrah seorang anak yatim memang begitu .
Ada 2 kali aku pernah ikut keluarga angkat aku pulang ke rumah diorang . Masa tu aku dilayan macam anaknya sendiri , diorang bawak aku pergi beli pakaian dan seluar dalam . Tidur kat rumah diorang 1 malam sebelum esoknya aku dihantar pulang ke asrama . Walaupun masa bersama diorang singkat tapi aku berpeluang juga merasa apa itu “keluarga” .
Aku nak ikut diorang terus tapi undang-undang masa tu tidak membenarkan .
Ada satu lagi keluarga yang aku pernah ikut ialah seorang cikgu . Dia bawa aku dengan 2 orang lagi anak yatim pulang kekampung halaman’nya di Segamat . Lokasi tepat memang aku dah tak ingat . Walaupun rumah keluarga cikgu tu cuma papan tiada bekalan eletrik tapi seronoknya sampai aku tak nak balik . Mak ayah cikgu tu pun sampai minta kitorang panggil diorang atuk dan nenek .
Sebelum pulang kitorang di bekaklkan dengan buah duku dan beberapa biji buah koko .
Itulah antara kenangan manis yang aku suka nak ingat . Paling tidak aku merasa juga dilayan macam manusia .
Aku Tunggu Diorang Datang Ambik Aku
Sedap Sangat Ker Makan Harta Anak Yatim
Cita-cita Aku Yang Tak Kesampaian
Gangguan emosi betul bila saya baca.. hmmm
YB Shehan recently posted…RISAU..
Kuat & tabah sungguh awak …
Menangis saya baca entri ni. Ya Allah lindungilh anak2yatim semua di dunia dan akhirat.
Saya singgah, baca lagi. Baru tahu cerita, dari sudut penghuni rumah anak yatim. Pelik juga orang yang suka makan harta anak yatim ni.
Yati recently posted…Kisah Dua Sahabat
Apa jadi ngan pengasas famili anakyatim tu? Ishh dpt kifarah ke dak? Eeiii geram tul. Sabarlah dila yer
Azni recently posted…Bajet 2017 Malaysia
Tak tau nak kata apa, akak pernah cerita kat saya pasal ni dulu… Tapi akak memang seorang wanita yang kuat, sebab tu Allah uji kerana dia sayang akak….
Bergenang air mata baca ni. Moga Allah panjangkan umur kita, beri kesihatan yang baik pada kita, murahkan rezeki dan jauhkan anak anak kita daripada mengalami apa yang u alami dulu, Amin…
Mama Kembar 3 recently posted…Bila Anak Dah Pandai Memilih…
Saya tumpang bersimpati apabila membaca artikel ni… rupanya berat dugaan hidup yang pernah puan lalui sebelum ini.. semoga puan tabah, dan jangan sesekali menyimpan perasaan dendam di hati.. biarlah Allah yang membalas perbuatan mereka..
anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu Uber
Tersedu sedan SA baca citer dila ni…dpt bayangkan macam mana.,sedih…
sedih bila akak terbaca citer ini…Allah telah memilih dila melalui semua ini dgn seribu kesabaran…
syabas utk dila kerana masih dapat berdiri mjadi manusia pemangkin negara.. pengasas rumah ank yatim tu biar Allah sahaja yg membalasnya krn megambil sebahagian dr hak ank yatim..
akak pun punya anak2 yatim ank akak sendiri……bersabar yea dila….syg selalu..
Sedihnya baca kak.. Hmm.. Mcmtu rupanya keadaan yang orang semua tak tau
Sedihnya baca… Kuat betul akak… YaAllah! Semoga akak dikurniakan Allah rezeki dan kebahagiaan hidup yg kekal kini & selamanya. Baru saya tahu macam ni rupa sebenarnya kisah hidup di rumah anak yatim… Ingatkan semua seronok.. Huhuhhu