Pertama kali aku dengar puisi ni pada satu pagi kat radio ikim.fm dan aku terus jatuh cinta . No wonder cikgu aku dulu pernah kata  , kalau aku terus belajar confirm aku masuk kelas sastera . Budak sastera memang suka bermain dengan ayat gitu .

Masa sekolah aku suka berpuisi , buat puisi dan mendeklemasikan sajak . Jap , sekarang aku dah lupa apa beza puisi dan sajak , ker sama jer ?? hahahaha …kesian aku kan …banyaknya dah lupa .

Tapi takper , sekalipun bakat puisi aku dan terendam tapi aku masih tetap suka dengar dan baca .

Puisi ni satu bait kata yang susah nak dihuraikan tapi ko faham apa maksudnya . Ko kena guna daya imagnasi yang digabungkan bersama realiti untuk difahami .

Nampak ? susah kan nak faham…..? hahahaha

So aku harap korang enjoy menikmati dan memahami Puisi yang aku ambik dari blog Kembara Bahasa iatu blog Ketua Pengarah DBP .

aku-adalah-tulisan-yang-mati-dibunuh-oleh-bangsaku-sendiri

Jawi Warisan Leluhur

Dengan angin dari tanah suci
nan datang membawa kesegaran
dengan angin dari tanah Nabi
nan sampai mengalih paksi perubahan

Dikau pendukung obor Risalah
Dikau penyebar kalam Allah
Dikau peneguh sendi akidah
Dikau pembentuk umah adabiah

Buah tangan bangsa cendekia
Mekar di jambangan persuratan nyata
Akidah, syariat, tasawwuf terpadu mesra
Terlakar utuh di paparanmu duhai aksara

Susastera nukilan pujangga bestari
Hikayat, ceritera dan segala peri
Dalam olahan prosa dan puisi
Subur tumbuh membentuk manusiawi

Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri
Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf al-Singkili
Syekh Abdul Samad al-Falembani, Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari
Syekh Daud al-Fatani, Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji
serta barisan ulama’, pujangga dan karyawan sejati
membina rupa dan jiwa tamadun merentas sempadan negeri
di alam Kepulauan Melayu seluruhnya terbentuk bangsa Jawi
bangsa nan islami dan kukuh makna diri
dengan bahasa dan aksaranya yang memancarkan peribadi bestari
dalam warkah dan perjanjian dengan pelbagai kuasa dunia turut terpateri

Kini masihkah dikau di puncak mercu tamadun bangsa?
Masihkah dikau dihormati sebagai penyuluh perihal agama?
Masihkah dikau diangkat untuk melakar khazanah karya?
Masihkah dikau digilap untuk menopang wajah dan citra?

Duhai Jawi warisan leluhur
Mengapatah nasibmu menjadi punggur?
Di bumi Melayu dikau tak subur
Mungkinkah kelak dikau terkubur?

Ayuhai rakan ayuhi taulan
sekalian penguasa sekalian cendekiawan
Di tangan kita terletak peranan
Memekarkan Jawi di persada zaman

Usah kelak disesali nasib sejarah
Usah kelak ditangisi dengan air mata darah
Andainya kita tidak segera melangkah
Membulatkan azam memastikan Jawi bermaruah

~Kembara Bahasa~
Sesudah Subuh, 6 Jun 2011

Biodata Ketua Pengarah DBP

Ketua Pengarah DBP, sebelumnya Profesor Bahasa di UPM dan UM, Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies University; penulis buku ilmiah, buku umum dan buku teks; perunding bahasa di dalam dan di luar negara; pernah menjadi Profesor Tamu di Universiti Frankfurt, Jerman dan Universiti Sumatera Utara dan pemakalah di pelbagai persidangan, termasuk di Australia, Belanda, Cambodia, Indonesia, Jerman, Korea Selatan, Perancis, Republik Rakyat China, Singapura, Sri Lanka, Thailand, United Kingdom.

Categorized in: