Bagaiman KetchUp Bermula

Mulanya aku memang blur nak paham….tapi aku nak jugak tahu apa motif sebenar team KetchUp ditubuhkan…..akhirnya aku dapat jawapan’nya.. bersama Team KetchUp yang sempat aku kenal yakni Anita dan Nicholas yang sangat baik dan sangat friendly…dan kami pun mudah mesra gitu .

FireShot Screen Capture #548 - '(61) WhatsApp Web' - web_whatsapp_coKenali KetchUp Di Sini

Nicholas terangkan pada aku yang Ketchup bagaikan platform untuk pemilik-pemilik cafe / restoran berkongsi cerita bagaimana wujudnya sumber ilham untuk mereka membuka cafe impian dengan konsep dan hiasan cafe sehingga ke pemilihan menu untuk diserapkan ke dalam konsep cafe mereka.

Memang aku tak nafikan konsep cafe diorang semua bagaikan satu karangan puisi yang digarap dengan baik lalu dibina dengan penuh perasaan….mereka juga harap cerita itu dapat dikongsi bersama-sama dengan orang ramai .

FullSizeRender-horz

Rata-rata pemilik cafe akan katakan bahawa bukan keuntungan yang diorang kejar tetapi cerita bagaimana datang ilham membuka cafe yang mereka ingin kongsi .

Secara tak langsung KetchUp akan menjadi portal utama bagi pemilik-pemilik cafe yang ingin kisah cafe mereka dikongsi dan ianya juga menjadi satu keuntungan untuk orang ramai mencari tempat yang unik yang ada kelainan dari cafe kebiasaan yang kita kunjungi ….dan aku punya peranan pula ialah menyebarkan kepada orang ramai apa istimewanya cafe mereka dan apa yang cafe mereka tawarkan kepada semua orang .

Jangan risau tentang samada cafe yang dikunjungi halal atau tak sebab team KetchUp sentiasa membuat kaji selidik terlebih dahulu cafe mana yang sesuai untuk semua jenis peringkat umur agama dan bangsa .

Serius aku sebelum ni memang tak tahu cafe mana yang sesuai untuk dikunjungi sebab takder pendedahan umum ….tapi dengan KetchUp aku dah tahu kat mana cafe yang sesuai untuk aku tuju bila tiba masa yang sesuai .

Maklumat lanjut mengenai KetchUp sila ke :
Website:  www.ketchup.com.my
Facebook: www.facebook.cmy.my/KetchUpCommunity
Instagram: @ketchup_my
Blogger Ketchup Run Dan Cafe Hopping

Melangkah ke setiap cafe pasti ianya berlainan cerita…dan aku suka dengar cerita-cerita pemilik cafe sebab dari situ aku boleh tahu bagaimana mulanya timbul ilham dan betapa dedikasinya diorang untuk mencipta ruang suasana tema cafe seperti yang mereka inginkan .

Ahad 13 Mac 2016 aku , wak hoq , syima dan wendy menjelajah ker 5 buah cafe yang terletak di sekitar Subang Jaya da USJ, ada yang dekat kitorang jalan kaki bersama dan yang jauh kitorang naik kereta bersama …pendek kata semua bersama -sama .

FullSizeRender_1

Ahoy Cafe

** Rujuk sini untuk gambar Menu

Konsep cafe ala2 kapal , memula aku ingat AHOY ni nama seseorang rupanya itu adalah panggilan dari anak kapal ke anak kapal lain yang bertemu di lautan ….diorang akan laungkan AHOY…!! sebagai tanda kita adalah kawan bukan musuh …so kalau ko sebut AHOY  tapi takder balasan AHOY  balik tu kena jaga-jagalah…kemungkinan itu lanun….huehuehue

FullSizeRender_7-horz

Aku tengok cafe AHOY ni penuh dengan keriangan sebab apa tau….banyak gambar pengunjung yang celebrate birthday party kat sini sebab konsep yang berbeza , props topi-topi kapten kelasi dan lanun pun ada disediakan bagaikan kita betul-betul berda di dalam sebuah kapal….memang seronok sangat .

FullSizeRender_9-horz

Kalau korang nak lepak hujung minggu ngan kawan sambil bergambar menggunakan props yang ada bagi aku dah memang cukup seronok…bagi aku AHOY Cafe dapat mencipta mood lepak santai dalam kapal jika itu yang korang nak .

FullSizeRender_13-horz

Hype Concept Cafe

** Rujuk sini untuk gambar Menu

Difahamkan yang pemiliknya seorang Fashion Designer , dekorasi cafe sangat-sangat simple tapi ada konsep yang tersendiri . Ilham cafe ini datang sebab dia nak ada satu tempat yang dekat antara dia dan client berbincang mengenai kerja serta menjadikan tempat kawan-kawan dan keluarga berjumpa .

hype 1-horz

FullSizeRender_26

FullSizeRender_36

Kalau cafe-cafe lain mejadikan kopi sebagai tarikan , berlainan pula dengan Hype Concept Cafe.Pelbagai jenis teh dari seluruh pelusuk negara ada disini dan kaunter bancuhan pun dinamakan dengan Tea Lab .

Yang aku paling suka ialah kek dan pastry kat sini ….ada kek Green Tea wa cakap luuu…dan Quiche dia memang mabeles dan memang terbaik dan paling laris dah tentulah Chocolate Cake .

Aboong Cafe

** Rujuk sini untuk gambar Menu

Sekali lagi aku pikir Aboong ni nama seseorang rupanya ia adalah sejenis dessert dari negara Korea . Pemiliknya pernah kesana dan dia tengok ramainya orang makan aiskrim dalam Waffle berbentuk ikan dan terilhamlah Aboong Cafe…dan akhirnya bila pulang ke Malaysia dia pun jadikan impian sebagai kenyataan….maka beruntunglah kita sebab tak perlu nak sampai Korea semata nak makan aiskrim dalam waffle bentuk ikan .

FullSizeRender_10

Masa aku datang pun memang ramai pengunjung …ada yang bersama kawan dan ada yang bersama keluarga . Aku tengok happy jer diorang tu…makan aiskrim pun kongsi sebab portion dia besar dan kalau nak makan sorang memang berbaloi sebab boleh menyebabkan kenyang .

FullSizeRender_4-horz

Memang sedap waffle tu dimakan bersama aiskrim , ada perasa vanilla dan keju dan macam2 lagi……tengah cuaca panas memang elok sangat melepkak kat Aboong Cafe

Big Mike Cafe

** Rujuk sini untuk gambar Menu

Yang ni memang perghhhhh…..konsep kapal jugak cuma yang ni kru-kru kapal agak aktif dan sado gituuuu…bebetul2 cam rasa kita tengah tengok anak kapal wat kijer sambil layan bisep ..**ehhh apa aku cakap nihh…?? hahaha

FullSizeRender_23-horz

Sebenarnya cafe ni ada cerita dia bhaii…….nama menu-menu yang terhasil daripada pengembaraan seorang kapten kapal bernama Big Mike…Big Mike ni suka mengembara dan belayar di lautan lebih kurang cam Sinbad…..

IMG_20160321_0003_NEW

FullSizeRender_24

Aku rasa yang istimewa kat sini ialah Ayam Goreng Pedas dia dan Burger Aiskrim yang sangat heaven….dan korang boleh tengok jugak aksi abam sado menyediakan minuman…memang perghh…..**tampo muka sendiri….

Meteora Cafe

** Rujuk sini untuk gambar Menu

Cafe ni boleh katakan cafe keluarga….sebab idea buka cafe METEORA ni dari abang yang seorang Chef ….bab hidangan pulak dari mak dia ….dan dijaga serta diuruskan oleh adik dia yang bernama Aishah….senang camni ….family biz ko………

FullSizeRender_31-horz

Konsep dekorasi cafe ni sesuai namanya…..kalau dongak ketas korang akan nampak lampu2 tanglung yang banyak tergantung …..rasa macam ada meteor-meteor bersepah diatas langit…cewahhhhh…acah-acah Meteor Garden gituuu…dan boleh kata semua peringkat umur sesuai sangat nak lepak-lepak kat sini dengan santai….ada section khas kalau korang nak bincang secara tertutup…

IMG_8510

Selain dari tu konsep cafe ni ada unsur retro pun yer….korang akan nampak plak-plak gambar artis lama ala- ala Marilyn Monroe dan kata-kata yang sangat catchy……mesti koranga ada senyum lepas baca….

Andai korang ulat buku….ada gak bebrapa bahan bacaan yang disedikan sambil korang menikmati signature dish dari Meteora Cafe….pastu kan korang boleh have fun ngan prop masquerade party yang disediakan untuk tunjukkan korang tengah senget tapi saling menghiburkan hati …serius memang tak boring dowhh lepak kat Meteora Cafe…

IMG_8482-horz

Pendapat aku yang suka santai-santai petang memang patut datang kat sini….sebab apa…sebab kat sini ada signature dish yang dipanggil Churros yang dihidangkan dengan dipping coklat dan sekaya….serius aku so in love gilerrr ngan Churros Meteora…..next time aku datang mesti Churros masuk dalam senari order…..lain-lain makanan pun best terutamanya Spaghetti Aglio Olio dan aku juga suka air dia……sesuatu sangat……sampai habis aku minum….

Siapa Patut Hubungi KetchUp ?

Dah tentulah pemilik-pemilik cafe yang ingin berkongsi cerita istimewa tentang cafe masing-masing…..so tunggu apa lagi…? cepat-cepat isi form yang disediakan…aku akan nantikan cerita cafe yang seterusnya …..

Jumpa lagi nantii….

Maklumat lanjut mengenai KetchUp sila ke :

Website:  www.ketchup.com.my
Facebook: www.facebook.cmy.my/KetchUpCommunity
Instagram: @ketchup_my

FireShot Screen Capture #549 - 'So why KetchUp_ I KetchUp' - ketchup_com_my_abou

Video My Ketchup Journey

Ahad , 13 Mac 2016