Asalamualaikum dan hai semua. Haa entry kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal trip domestik aku yang pertama pada tahun 2019 di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Trip kali ini juga adalah trip kerjasama Tourism Malaysia Wilayah Utara dengan pengamal media sosial seperti bloggers , agensi perlancongan dan juga akhbar tempatan.

Aktiviti 2 hari 1 malam yang aku lalui bersama 3 blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ayu , Fareez dan juga Afiq sangat berilmu dan bermanfaat.

Nak aku explain balik secara tepat susahlah sebab takut salah fakta jer. Sebaiknya kalau nak tahu jugak better korang spend masa sikit untuk join trip ke Taman Negara ni.

Ok sambung, kalau sebelum ni ada jer yang rasa cemuih sebab aku asyik cakap Melbourne lawa dan best. Tapi selepas aku mengikuti program Balik Pulau Nature Xploration ternyata Balik Pulau jauh lebih best dan osem dari Melbourne. Dan2 hati aku berbunga bangga dan bersyukur sebab aku baru sedar yang rupanya kat Malaysia ni banyak tempat2 cantik dan menarik untuk dilihat.

Walaupun hati aku masih tak puas lagi nak bermonolog tentang keindahana Balik Pulau tapi aku rasa baik aku sambung cerita dengan korang apa aktiviti yang aku buat sepanjang 2 hari di Taman Negara Pulau Pinang.

Kalau ikutkan macam tak puas jerkan sebab 2 hari. Tapi aktiviti kami memang padat dan tak ada ruang untuk membuang masa langsung. Walaupun adakalanya hujan tapi semua itu bukanlah halangan untuk semua peserta berhenti dari meneruskan aktiviti.

Untuk pengetahun korang, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan lokasi-lokasi yang berpontesi seperti Balik Pulau sekaligus menarik minat pelancong dalam dan luar negara untuk datang berkunjung.

So gais korang dah sedia ker nak memulakan pembacaan ? kalau dah jomlah kita.

Hari 1 ( 23 Oktober 2019 )

Alhamdulillah perjalanan kami semua dari Kuala Lumpur hingga ke Pulau Pinang berjalan dengan lancar dan selamat. Terima kasih kepada founder kami iaitu Ben Ashaari dan juga ahli KBBA9 kerana membiaya perjalanan kami berempat supaya kami gembira dan selesa disepanjang trip.

  • CEMACS

Selepas bersarapan dan mendengar taklimat mengenai aktiviti. Kesemua peserta menaiki bot menuju ke CEMACS@USM. Nama penuh CEMACS ialah Centre for Marine and Coastal studies (CEMACS).Dalam perjalanan kami dihidangkan dengan keindahan tumbuhan semulajadi seperti Hutan Pamah dan Bukit Dipterokap dimana terdapat banyak batu-batu besar yang kelihatan seperti kepala buaya , kepala penyu dan juga seekor arnab.

Sampai jeti kami disambut mesra oleh oleh kakitangan CEMACS@USM. Kat sini juga kami semua diberi penerangan tentang kajian merreka terhadap hidupan laut disekitar perairan Pulau Pinang. Banyak yang aku belajar terutamanya tentang habitat dan jenis-jenis Dolphin, cara nak bagi pertolongan cemas jika disengat Jellyfish, dan melawat muzium Batu Karang.

Masa lawatan ke makmal kami semua terperanjat bila dapat tahu ada bahan plastik ditemui padda ikan. Hal ini amat menyedihkan sekaligus menakutkan.

No wonder sekarang dah ramai yang mula tak makan ikan sebab ikan dah mula makan plastik yang kita buang dan kita pulak kembali makan ikan-ikan tersebut. The end perbuatan buruk manusia yang suka buang sampah plastik ke dalam sungai yang buruknya kembali kepada kita juga.

Dalam memikir masalah hidupan marin, kat sini juga aku berpeluang menyentuh sendiri hidupan-hidupan yang rare seperti Tapak Sulaiman , Timun Laut , Gamat dan juga menyentuh Obor-Obor.

first time pegang Tapak Sulaiman , kuning2 tu kaki dia
sapa tahu ini apa ?
lawa kan obor2 ni

Lagi satu yang aku belajar dengan staff kat situ ada beberapa cara nak rawat kulit yang terkena sengatan obor-obor. Pertama guna cuka dan keduanya boleh guna Coke. Caranya balut dulu tempat kena sengat tu kemudia baru tuang cuka atau Coke. Cumanya kalau Coke tu lepas siram kat tempat sengatan bolehlah bakinya kau minum. Tapi mana yang guna cuka tu tak payahlah yer kecuali cuka yang kau guna tu cuka epal tambah madu letak ais. Sedapp oiii !

Pendek kata serius tak puas berada dikawasan CEMACS, rasa nak repeat dengan anak-anak pulak sebab ada antara mereka sangat berminat dengan kajian hidupan marin. So pendedahan dan lawatan seperti ini pastinya akan memberi pengalaman yang hebat buat mereka.

  • TELUK KAMPI

Selesai lawatan di CEMACS kami kembali menaiki bot dan menuju ke Teluk Kampi. Kat sini korang boleh lakukan aktiviti berkhemah dan juga hiking. Touchdown jer bot di Teluk Kampi hujan pun turun. Tapi sangat elok sebab memang dah samapi masa nak lunch. Sambil lunch aku ambil peluang untuk berbual dengan peserta-peserta lain. Selesai lunch elok jer hujan pun berhenti. Allahu sesungguhnya perancangan Allah lebih sempurna.

gaya abang2 panjat pokok taugeh

So kami pun teruskan perjalanan melihat tapak pekhemahan di Teluk Kampi sambil mendengar maklumat mengenai pokok-pokok dan hutan oleh kedua nature guide yang berpengalaman dan berpengetahuan luas.

  • PANTAI KERACHUT

Selesai lawatan kat Teluk Kampi kami kembali menaiki bot menuju Pantai Kerachut dimana disitunya terletaknya Pusat Konserversi Penyu dan juga Tasik Meromiktik .

Pusat Konserversi Penyu

Sebenarnya kerana trip ini aku baru tahu yang kat Pulau Pinang juga ada pusat pendaratan penyu dan juga kawasan penyu bertelur. Dan bukan bukan calang-calang penyu yer yang mampu bertelur kat pasir Pantai Kerachut ni sebab pasir kat sini sangat kasar dan senang berderai.

pasir kat sini special sebab sebiji-sebiji macam kristal
Penyu Agar yang akan dilepaskan bila tiba masanya

Dan hanya 2 jenis penyu sahaja yang biasa datang bertelur disini iaitu spesis Penyu Lipas dan Penyu Agar.

Memang seronok tengok nature guide kami Abang Ali melakonkan watak penyu bertelur. Nak tengok betul-betul penyu bertelur entah bila, at least bila Abang Ali buat gaya penyu beretelur sedikit sebanyak bolehlah kita bayangkan bertapa struggle’nya penyu-penyu tu nak bertelur.

So pada korang semua aku nak pesan janganlah korang mengada nak cuba-cuba test makan telur penyu yer sebab penyu dalam dunia ni semakin pupus. Penyu juga adalah haiwan dari zaman dinasour. Tinggal-tinggalkan pula untuk anak cucu kita lihat haiwan-haiwan ini.

paling sedih sebab nisbah anak penyu yang betul-betul selamat hanya 3 percent sahaja dari keseluruhan anak penyu yang bertelur dan menetas. Ada yang tak sempat sampai laut lagi dah jadi mangsa haiwan lain.

Lagi satu pesanan Abang Ali , if korang nak ambik gambar penyu terutamanya waktu malam sila jangan guna atau jangan on flash, sebab ia akan menjadikan penyu-penyu tersebut kehilangan memori.

Ok faham yer semua !

Kat sini juga kami jumpa signboard amaran mengenai makhluk Belian atau sesetengah tempat memanggilnya Big Foot. So kalau masuk hutan tu harap gunalah Nature Guide, bukan sahaja lebih selamat tapi banyak maklumat mengenai tempat-tempat lawatan termasuk mengenai tumbuhan hutan yang kita boleh ketahui.

mungkin mereka tengah berbincang mengenai kesahihan makhluk Belian
masuk hutan hati2 mulut jangan celupaq dan jangan tunjuk hero sangat yer
ini adalah daun antibiotik atau lebih dikenali sebagai daun kapal terbang.

Tasik Meromiktik

Tasik yang terletak di Pantai Kerachut ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas.

Di dunia hanya terdapat dua tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu 1 di Pulau Pinang Malaysia dan 1 lagi di Australia. So rakyat Malaysia mohon berbangga yer.

Menurut Abang Ali, kali terakhir berlakunya fenomena air masin dan air tawar bercampur adalah pada 2 tahun lepas. Ianya tidak terjadi lagi selepas itu mungkin kerana faktor El-Nino.

Habis tour kami kembali menaiki bot dan pulang ke Jeti.

  • Night Market & Night Fishing

Selepas bersihkan diri aku berehat sehingga tertidur. Mengikut rancangan asal, selepas dinner aku dan Fareez akan buat aktiviti night fishing , manakala Afiq dan Ayu pula akan buat aktiviti night market.

Oleh kerana aku yang akan memandu pulang ke Kula Lumpur pada esok harinya maka aku disarankan untuk tidak membuat apa2 aktiviti supaya aku dapat rehat yang cukup.

So tamat sudah pengembaraan aku pada hari pertama. InsyaAllah aku akan updet entry untuk aktiviti pada hari kedua.

TAMAN NEGARA PULAU PINANG

Pada yang ada plan nak buat aktiviti atau nak melawat taman Negara Pulau Pinang bersama rakan pejabat atau mungkin nak buat rombongan sekolah.

Antara tarikan dan aktiviti yang korang boleh buat kat sini ialah seperti :

  • Perkhemahan
  • Pemerhatian Hidupan Liar – Spesies yang boleh ditemui adalah seperti Tupai Kerawak, Memerang Licin, Pelanduk, Tenggiling, Ular Sawa dan beberapa spesies burung seperti Helang Siput, Pekaka Belukar, Murai Batu dan Punai Tanah
  • Merentasi Titian Kanopi – Panjang titian kanopi adalah 210 meter dan terletak di Sg Tukun kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pintu masuk utamaBayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.*Ditutup untuk penyelenggaraan sementara waktu
  • Aktiviti Air – Menyusuri pantai dengan menaiki bot.
  • Berkelah – Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.
  • Memancing – Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.
  • Merentis Hutan – 2 rentis utama yang bermula dari pintu masuk utama: Rentis ke Pantai Kerachut – anggaran masa 2 jam perjalananRentis ke Pantai Teluk kampi – anggaran masa 3 jam perjalanan. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang didominasikan oleh Famili Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae.
  • Mendaki Bukit – Pendakian ke puncak Bukit Batu Hitam. Sumber air adalah takungan air hujan. Kemudahan perkhemahan juga disediakan
  • Rumah Api Muka Head – Mendaki tangga ke Rumah Api untuk menikmati panorama pantai pada ketinggian 227 meter dari paras laut.
  • Pusat Konserversi Penyu – Melawat Pusat Konservasi Penyu, Pantai Kerachut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan. Spesies penyu yang terdapat di sini adalah Penyu Agar dan Penyu Lipas. Masa lawatan adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Lawatan Tasik Meromiktik – Tasik yang terletak di Pantai Kerachut ini mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan yang mana air laut akan berada di bahagian bawah (lebih tumpat) manakala air tawar berada di bahagian atas. Di dunia hanya terdapat dua tasik yang mengalami fenomena seperti ini iaitu di Pulau Pinang dan Australia.

Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abbas,
Teluk Bahang 11050, Pulau Pinang.
Tel : 04-881 3530 / 04-881 3500
Faks: 04-881 2016
E-mel: 
tnpp@wildlife.gov.my

Categorized in: