Assalamualaikum and hai gais ! first sekali aku nak ucapkan Alhamdulillah atas kejayaan dan usaha aku memperbaiki rekod peribadi aku setiap hari.
Ceritanya begini, bebrapa hari lepas dalam jam 6:30 petang aku terpaksa kayuh basikal sendirian selepas partner aku pergi tinggalkan aku sebab aku tersangatlah lembab.
Walaupun pada mulanya aku ada rasa malas nak teruskan tapi entah kenapa the end kaki aku tetap kayuh dan berkayuh hingga membawa aku ke satu tempat yang bagi aku namakan Bukit Cabaran 1.
Aku sendiri dah tak ingat berapa kali aku cuba untuk berkayuh naik bukit tersebut tapi biasanya berakhir dengan aku gagal meneruskan kayuhan.
So hari tu tanpa fikir panjang walaupun aku rasa aku tak bersedia tapi aku ada semangat serta azam yang kuat untuk mencuba.
Aku hanya fikirkan takper gagal hari ini sebab aku akan teruskan mencuba sehingga aku berjaya.
Walaupun urat peha dan mula terasa sakit dan ketat aku tetap kayuh. Sampai sahaja ke puncak mulut aku terus ucap Alhamdulillah , rasa bangga dengan kejayaan tersebut tak terungkap rasa puasnya.
Sungguh aku bersorak sendiri dengan rasa syukur ke hadrat illahi kerana menganugerahkan aku dengan kudrat dan semangat.
Rupanya itu adalah persediaan mental dan fizikal yang Allah siapkan untuk aku sebelum aku menghadapi ujian yang seterusnya.
Walaupun aku redha dengan ujian yang menimpa tapi sedikit sebanyak tempiasnya tetap terasa. Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur kerana aku tahu ujian ini adalah tandanya Allah sayang pada aku.
Semoga ujian ini dapat meningkatkan lagi rasa sabar dan keimanan aku hingga ke akhir hayat.

Apabila kita melihat orang yang diuji bukan hanya mereka sahaja yang diuji tetapi kita yang melihatnya juga teruji sama.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Ayat al-Quran itu menjelaskan fitrah orang beriman pasti akan diuji Allah SWT. Bagi memastikan iman seseorang hamba benar-benar kukuh kepada Allah SWT, maka ujianlah yang dapat menentukannya.
Ujian bukan saja dirasai orang yang lemah dan miskin, ia juga melanda orang yang kuat dan kaya. Itulah fitrah kehidupan yang ditentukan Allah SWT.
Tahniahhhh…
Tahniah Kak dila. Berapa harga basikal tu? Kita pun ada plan nak beli basikal tapi tak beli lagi, tengah nak kumpul modal. hihi
Congratsssss 🙂
Adi Channel recently posted…Resepi Brownies Kukus Cream Cheese
terbaik kak,kuat semangat….