Haaa habislah siapa yang dah beli air fryer tu mesti gelabah kan ? Yang belum beli pulak mesti akan keluar ayat cliche gini “nasiblah tak teringin nak beli…”
Aku sendiri sedang riki-riki air fryer kat PG Mall. Nak memudahkan kerja masak-masak kononnya. Tapi bila baca macam ni rasa takut-takut berani jugak.
Ok pada yang dah beli dah guna tu tolong jangan panik yer gais. Jangan baca tajuk jer tapi bacalah juga isi kandungan yang ditulis. Penat orang-orang terpelajar buat kajian tapi kita malas nak membaca.

Belum ada bukti yang menunjukkan penggunaan Air Fryer boleh menyebabkan kanser ke atas manusia. Sememangnya semua perkara di dunia ini ada baik dan buruknya.
Jika kebaikan lebih banyak daripada keburukan, maka baiklah perkara tersebut. Proses kejadian kanser bukan semudah 1+1 jadi 2. Banyak faktor yang terlibat dan prosesnya sangat kompleks.
Syukur kepada Tuhan yang mencipta sistem badan manusia yang sangat cekap memulih dan memelihara sel-sel secara semulajadi walaupun sepanjang masa terdedah kepada penyebab kanser di udara,daratan dan makanan.
Di samping faktor semulajadi, terdapat gaya hidup dan makanan yang diambil oleh manusia boleh bertindak sebagai penawar ataupun pelindung kepada serangan agen penyebab kanser.
Air Fryer ada kebaikannya seperti boleh mengurangkan pengambilan minyak dan kalori di dalam makanan.
Keburukannya adalah jika makanan berkanji dan berasaskan tumbuhan (kentang, roti, bijirin,kopi,buah kering dll) dipanaskan pada suhu lebih daripada 120 darjah selsius dalam masa yang panjang boleh menghasilkan satu bahan dikenali sebagai Acrylamide.
APAKAH PENCETUS BAHAN ACRYLAMIDE ?
Walau bagaimanapun Acrylamide ini bukan semestinya dihasilkan dengan Air Fryer sahaja, apa sahaja kaedah pemanasan boleh menghasilkannya termasuk dengan dapur arang sekalipun. Acrylamide akan dimetabolismakan kepada glycidamide yang dikatakan boleh merosakkan baka (“mutagenic”).
Banyak lagi bahan makanan yang mengandungi Acrylamide seperti jus prun,minyak zaitun hitam, buah prun kering, buah pear kering dan lain-lain.

Ia juga ditemui di dalam asap rokok serta digunakan di dalam industri membuat kertas, fabrik, pemekat dan pewarna.
Persoalannya benarkan Acrylamide boleh menyebabkan kanser? Jawapannya Ya jika diberikan dalam DOS YANG TINGGI kepada TIKUS. Ada dua kata kunci iaitu DOS YANG TINGGI dan TIKUS.
Itupun melalui kajian makmal dan melibatkan 2-3 jenis kanser sahaja (daripada lebih 150 jenis kanser).
Walau bagaimanapun setakat ini BELUM ADA kajian ke atas manusia yang mengesahkan kebenaran ini.
Malahan semakan ke atas banyak kajian “case control” dan epidemiologi BELUM LAGI MENEMUI BUKTI KUKUH bahawa Acrylamide boleh menyebabkan kanser ke atas MANUSIA.
Kajian terhadap pekerja-pekerja industri makanan yang terdedah kepada Acrylamide (2 kali lebih tinggi daripada tahap biasa) mendapati tidak ada kaitan antara bahan ini dengan kanser.
Kenyataan ini diakui oleh semua pertubuhan kanser termasuk Pertubuhan Kanser Amerika dan National Cancer Institute.
Mungkin metabolisma Acrylamide di dalam tikus berbeza dengan manusia.Tambahan pula kuantiti Acrylamide yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan makanan termasuk dengan menggunakan Air Fryer jauh lebih rendah daripada yang diberikan kepada tikus di dalam kajian makmal (ekstrak Acrylamide yang ditulinkan).
Acrylamide juga dikaitkan dengan masalah saraf tetapi kesan ini hanya boleh berlaku jika kuantiti yang diambil lebih daripada 500 kali lebih tinggi daripada purata pengambilan.
AIR FRYER SELAMAT DIGUNAKAN
Kesimpulannya, orang ramai tidak perlu risau menggunakan Air Fryer untuk memasak dengan syarat menggunakannya dengan betul dan bersederhana dalam semua segi.
Jangan hari-hari makan kentang goreng (kalau tanpa Air Fryer pun tak elok ambik kentang goreng banyak2), jangan ambil garam berlebihan, memasak jangan sampai terlalu garing (perang kehitaman), jangan makan dalam kuantiti yang banyak dan pastikan makanan mempunyai nutrien yang cukup serta seimbang.
Air Fryer boleh digunakan untuk memasak banyak makanan lain yang tidak berkanji ataupun kurang kandungan kanjinya.
Dengan amalan hidup sihat, tidak merokok, tidak minum alkohol, tidak mengalami kegemukan, mengambil banyak sayuran/buah2an, bersenam dan lakukan ujian saringan, maka anda akan dapat menurunkan risiko menghidap kanser walaupun menggunakan Air Fryer.
Dengan amalan ini, Air Fryer akan menjadi salah satu alat memasak yang baik untuk anda, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk tujuan mengurangkan pengambilan lemak dan kalori.
Sumber Artikel : Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor
Yang belum ada dan tengah berkira-kira nak beli air fryer yang bagus dan boleh bayar ansuran korang boleh hubungi Pak Web Sutera. Aku rekemankan sebab beliau Trusted Seller.
fuhhhh! nasib hahaah siapa yang suka baca tajuk je confirm akan fikir macam-macam. Khai sendiri pengguna air fryer tegar sebab cuba nak kurangkan penggunaan minyak dan senang untuk masak. bila dah baca ni rasa lagi yakin untuk guna. tq sis for sharing!
alhamdulillah selamat. guna air fryer ni memang jimat masa, letak bokeh tinggalkn je. senang kerja
Yupe! Air fryer has been proven time and again that it is safe to be used for the preparation of our food.
Tekkaus recently posted…Samsung Galaxy M62 with 7,000 mAh Battery For Only RM1,599
Ramai yang terus jump to conclusion bila baca tajuk tu kan. Kata kuncinya adalah bersederhana kan. Thanks for a lengthy explanation
kontroversi betul tajuk yer. bahaya kalau orang yang jenis baca tajuk jer kan pastu trus judge. nasib huda baca sampai habis. baru jer masak ayam panggang guna air fryer tadi
huda halid recently posted…Memori Hari Pertama Persekolah Adik Hakim Darjah Satu.
Last year start pakao air fryer. Ada baca juga pasal penyebab kanser tu. Yg penting pakai ikut cara yg disarankan terutama kentang. Mmg memudahkan kerja masak. Cepat!
Haha tajuk uols memang mengundang kan? Kita tak trigger sbb dh biasa dgn hal2 mcmni. Dulu microwave pun org ckp bahaya. Tapi as years go by technology pun makin canggih. So insyallah xde apa. Hahah thanks for the info ya
Air Fryer ni dah macam microwave dulu, pun orang viral kata tak bagus.. Tapi bukan kita guna selalu pun kan.. sesekali aje.. Sis guna AF untuk yang frozen aje biasanya, lain-lain guna kaedah biasa hehehe..
Sis Lin recently posted…CUACA DI PASIR GUDANG PANAS TERIK !
Fuhhh nasib baikk…..mmg ada plan nak beli airfryer ni tapi bila baca tajuk terus rasa risau…bila baca konten dia alhamdulillah rasa yakin nak beli airfryer
Yes betul i m using air fryer to fry my food coz i use very little oil and its healthier. However, like what you said not every day i eat fried food, so ok lah.
Sunshine Kelly recently posted…How to Choose the Right Vanity for Any Bathroom
Takde air fryer. Tapi salah satu wishlist jugak ni. Tapi jarang masak. Tapi tkpela, nak jugak masuk wishlist. Haha
Nakal tau kak long ni! Memang kena baca sampai habis kannn
Nina pun tengah usha usha Air Fryer kat PGMall. Nak kurangkan pengambilan minyak dan makanan bergoreng ala deep fried tu.
🙂 kalau dulu, Nell akan percaya bulat2 on the title… sejak rajin membaca ni, i am more interested with the points dari baca title jer 🙂 thanks for sharing this great information! something that everyone needs to know more about it..
Ada dengar juga dari berita yg di share oleh ben. Tapi baca dari dilla tulis ni.. baru paham.. bagus informasi.macam ni dikongsikan
Air Fryer ni masih ok lg compare tu microwave. Sebab gelombang yang digunakan berbeza. Kalau microwave memang ye ada research dibuat. Lagi satu, bekas makanan yang mereka guna untuk memanaskan makanan dalam microwave juga memainkan peranan. Kita masak dalam air fryer sangat natural. Siap ada pengudaran keluar kat bahagian atas. Less oil dan sedappp. Hahaha. AF adalah diantara peranti yang saya beli dan puas hati. Pelaburan yang bagussss.