Haishhhh sapa punya idea’lah nih …rasa macam nak bagi pelempang pun ada . Sekauh mana kesahihan akhbar ni allahualam .

Tapi kita bincangkan jerlah , mana tau kot-kot betul . Yang pasti GST itu benar .

admin whtasapp yang gagal bendung pemyebaran maklumat tidak benar , fitnah , hasut , menipu dalam ahli kumpulan akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .

Pehhhh sukahati jer yerr dak ? jelas sangat ini bau-bau nak pilihanraya dan kes berat sebelah . Puak sana risau kalau  “tembelang” dan “kencing” diorang pecah dan diketahui semua .

Opkos pasni ramai yang nak jadi spy dalam group whatsapp . Manalah tahu kan ..kot-kot dengan cara camtu dia boleh dapat imbuhan kerana memberi maklumat walaupun sekadar perbincangan biasa sebagai rakyat marhaen .

Nak-nak kalau admin group tak bersefahaman dalam isu politik .Setengah orang anggap isu ni lawak jer kot tapi aku tahu mesti ada yang bijak ambik kesempatan cari peluang untuk nampak baik .

Cara nak selesaikan masaalah ni ialah dengan melantik semua ahli menjadi admin group .

So , kalau ada aduan semua admin akan didapati bersalah . Biar padan muka semua .

Tapi ….

Kenapa bab fitnah jer ? macamana dengan penyebaran bahan porno termasuklah cerita , gambar dan video ?

Ada satu kes dulu dalam group whatsapp dd , ada yang suka hantar gambar lucah dan video lucah tak kira masa dan keadaan .

Apa peranan admin kat situ ? ahli lain dah tegur tapi admin tetap buat derk dan simpan lagi ahli penyebar dosa dalam group .

Last-last orang yang menegur kena tegur dan kena removed dari group . Memang amazing sangat sifat manusia akhir zaman ni .

Sepatutnya ahli-ahli lain yang tak suka boleh jer boikot group macam tu dengan cara left dari group . Tapi yerlah kann , semua pun syokk sangat layan benda porno . Tak payah susah-susah google dah ada wakil setan yang hidangkan depan mata .

Kalau kau tu dah kemaruk sangat dengan benda lucah , kau layan jer sendiri tanpa perlu libatkan ahli lain .

Jangan kira bab fitnah hasut jer kecoh kerajaan nak keluarkan akta . Yang post gambar dan video lucah pun patut dikenakan tindakan yang sama atau lebih berat .

Sebab benda ni kalau tak dipantau boleh menyebabkan masaalah rumahtangga , keruntuhan akhlak dan moral , mendorong kepada berlakunya kes rogol dan sumbang mahram dan macam-macam kes jenayah seksual yang lain .

Kerajaan kena ingat , Malaysia masih mengamalkan sistem hak bersuara . Jadi kalau berbincang tentang pemimpin dan politik itu salah . Mohon kerajaan yang ada ni pergi meninggal . Kau jangan nak ber”korea utara” sangat kat Malaysia nih sampai semua pun tak boleh .

Negara ni bukan bapak kau sorang yang punya .

Kau ada hak ! aku ada hak ! rakyat Malaysia pun ada hak !

Categorized in: