Entry ni saja jer laa pasal eniberseri aku dengan dd yang jatuhnya pada hari ini. Untuk pengetahuan korang , tak nak tahu pun takper tapi tetap gak aku nak bagitahu yang aku dengan dd telah dinikahkan oleh tok kadi kat pejabat agama petaling pada 11 Julai 2003.
Selalunya aku tak pernah pun sibuk nak celebrate , apatah lagi nak wish kat khlayak ramai. Cuma tahun ni aku rasa nak buat camtu sebab macam nak simpan kenangan dalam media sosial. Kan kat FB diorang selalu ada throwback tarikh sekian2. So aku plan up tahun ni, tahun depan kang ko tinggal share jer. Dah jimat masa weihhh.

No celebration, no partys , no present no no no no. Bagi aku asal perhubungan tu ok , just nice jer perjalanan dia jadilah. Celebration tu hanyalah pilihan dan kadang aku tengok orang yang nak celeb gempak2 dan secara berlebihan ni lebih kepada nak sedapkan hati sendiri jer.
Ataupun mungkin nak tunjuk kat seseorang yang “aku bahagia ni weihh dan aku ada pasangan yang sangat membahagiakan aku, harap semua faham yang aku sedang bahagia..tolong jangan sondol” agaknyalah yerrr.
Walaupun macam terlalu struggle pulak nak tunjuk kebahagiaan . Tapi mungkin itulah maknanya effort bagi seseorang. Lain orang lain caranya. Dah aku raikan semua cara.
Aku dengan dd pulak dah lama decide untuk tidak terlalu menjadi pasangan yang terlalu sweet dimata orang tapi belakang macam pasangan perang dunia ketiga. Biar sweet2 itu kami yang rasa. Aku pernah kata kat dd “bang kita jangan buat macam orang lain yer, rasa nak bagi apa2 bagi jer , tak perlu tunggu hari istimewa sebab bagi mama hari2 pun istimewa asalkan kita masih bersama..” dan dd pun “yer lagi senang macam tu….”
Kalau boleh aku nak camnilah , tahu2 eh dah nambelas tahun kita menikah yer bang. Tahu2 ada jer hadiah dan tahu2 aku nak jadikan penapis air cuckoo sebagai ikon hadiah ulang tahun perkhawinan kami. Aku order dd bayar. Ahaha hebat tak ?

Tak perlu nak spend duit yang bakal habis dalam masa semalam , modal tak balik lagi esok lusa dah gaduh pasal hal remeh temeh. Tu belum tambah bab mengungkit. Aku buat surprise untuk kau maka kau wajib buat balik surprise untuk aku. Masing-masing nebes setiap tahun nak bagi hadiah apa pada pasangan masing-masing. Kalau tak akan timbul isu tidak menghargai pasangan. Benda setahun sekali nak berkira.
Bagi pasangan yang faham tak apalah. Yang tak faham biasanya perempuan, mengungkit jer kerjanya. (Hahaha demm dalam masa yang sama aku macam mengata kat diri sendiri pulak)
Walhal tak cukup ker hidup bersama selama yang ada tu ? Sumpah aku pening.
Aku sendiri pun tak reti nak bina ayat potong kaki nak bagi ke dd , dan dia pun sama.
Tapi yang pastinya bila mata bertentang mata adakah kau terasa , cinta kian memekar dihati kita, kau istimewa paling utama yang satu betapa manisnya senyumanmu. Debaran penuh makna kelu tidak terkata , Sering kali terjadi bila kau disisi , namun yang pasti membuat ku jatuh hati
Oh! manisnya, manisnya senyumanmu
Ok tamattt
Nota : pedih mata ? sakit hati ? ada aku kisahhh…ahahahahaha
olololo.. sweet habis yg ni.. magic spray mana???
hahahaha kuanghajo betul orang tua garang nihhh
“Saya bayar je” ayat paling best drpd suami hahahahaa
Mama Kembar Tiga recently posted…Jom Amalkan Pemakanan Sihat dan Berdiet Dengan Surya S Great Grain!
ecececece— entri khas
Atie Adnan recently posted…ODEN HALAL MAKAN TANPA WAS-WAS DI TEKUN MART TBS
Thanks for sharing,.