Sebab terlalu lama aku kena cirit birit makanya sampai sekarang orang masih ingat aku masih cirit birit , walhal aku dah buat kenyataan rasmi kat Facebook yang aku dah pulih dan ok seperti sediakala. Tulahh , lain kali set’lah see first, barulah tak terlepas info2 penting mengenai diri aku.
So sekarang ni mesti korang nak tahu kan apa yang aku buat dan makan sehingga aku kena cirit birit yang agak lama dan apakah ubat atau petua yang telah memberhentikan cirit birit dan menyembuhkan aku.
Mulanya aku ingat pasal kopi luwak yang aku minum masa lawatan ke Bandung. Tapi orang lain pulak assume pasal aku tak jaga makan masa aku kat sana.
Last- last baru aku tahu apa punca sebenar.
Air !
Yup gaiss , air adalah punca kesihatan. Bila aku kenang balik masa kat hotel aku rebus air paip dan buat teh tanpa cek kondisi air tu. Pastu bila air dalam heater tu dah sejuk aku nak tuanglah dalam botol kosong. Sekali aku tuang , tu diaaaa aihhh dia keruh giler. Samada air tu sendiri yang kotor atau heater tu yang kotor. Walhal aku dah kocak dulu dalam heater tu beberapa kali sebelum guna.
So itulah puncanya aku kena cirit birit sampai 9 hari. Dari ambik pil chekit teck aun , pergi klinik ambik injection dan ubat , cuba macam-macam petua dari kawan-kawan dan doctor semua aku buat.
Dari petua yang minum air tepung sahaja sampai aku minum dengan tepung-tepungnya sekali. Kalau teh tu aku rasa aku bancuh sepekat yang boleh. Air kelapa , air 100plus yang memang dah lama aku tak sentuh tapi sebab sakit aku togoklah jugak.

Last-last aku redha dan minta Allah bagi aku kesembuhan kalau aku layak.
Kebetulan pulak masa aku dah balik dari Bandung Selangor kena gangguan bekalan air selama 3 hari sebab ada pencemaran di loji Semenyih.
Dengan aku cirit biritnya. Faham-fahamlah susahnya nak kena pergi toilet banyak kali. So dengan cara aku kurang makan kurang minum kurang gerak jer yang dapat jimatkan air.
CUCKOO MEMBANTU AKU KEMBALI SIHAT
Sepanjang masa tu aku cuma minum air botol mineral sahaja. Lepas bekalan air pulih aku saja bandingkan air paip dan air penapis dari CUCKOO. Tengok gambar kat atas tu pun kau tau sendirilah yer. Itupun setelah berapa lama aku biarkan sahaja air paip terbuka untuk buang air karat.
Mandi pun aku tadah air penapis dari CUCKOO tau. Tak berani aku ambik risiko cuci muka , mandi dan kumur2 guna air yang kaler camtu. Tak sah pun buat wuduk sebab air tak mutlak.
Masa itulah aku sedar kepentingan penapis air dalam rumah. So gaiss kalau korang nak pasang korang contact jer kawan aku YB Shehan. Dia akan guide korang buat pilihan penapis air yang sesuai dengan penggunaan dan kegunaan korang seisi keluarga.
Nak order pun senang , korang just masuk jer ke link ini YB Shehan CUCKOO dan isi segala butiran yang diminta. Aku bayar pakai bigpay jer setiap bulan. Senang sangat . Nak daftar Bigpay pulak korang boleh follow link ini. Cara Daftar Dan Guna BigPay
SAKIT PENGHAPUS DOSA
Masa aku sakit tu aku memang tak boleh gerak sangat. Asal aku buat gerakkan jer perut aku akan memulas dan minta aku check in ke toilet secepatnya.
Time solat pun aku cuma buat yang wajib sahaja. Biasanya habis tahiyat akhir tak sempat baca doa aku dah melompat masuk toilet. (yer aku faham korang tengah bayangkan…)
Makan pun aku catu. Ada harinya tu aku tak makan langsung tapi aku cuma minum air sebab aku tahu camner aku punya tak selera pun air dalam badan aku kena jaga supaya aku tak dehydrated.
Sampai satu tahap, aku ke toilet tapi takder apa nak dibuang. Its like macam kau kena contraction nak meneran tapi takder apa yang nak keluar.
Seksa ? you tell me now …
Alhamdulillah sekarang aku dah ok dan sihat dan boleh menjalankan tugas seperti biasa. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Aku yakin mesti Allah ada makbulkan doa-doa korang tu untuk aku.
Terima kasih gais , semoga Allah balas doa-doa korang untuk aku tu dengan kebaikan.
Alhamdulillah… Masa kasitau dah sembuh, nina tumpang happy! Risau tau…
Nina Mirza recently posted…Mandian baby terbaik untuk Eicha |Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
alhamdulillah dah sembuh kak
ummi nani recently posted…Salam tahun baru 2020 – dah set dream board?
alhamdulillah syukur. takleh bayang saat cirit birit tu. memang menguji iman kita jugak la nak ulang alik tandas tu 🙁
umi nazrah recently posted…Manfaat dan Kebaikan Zinc Untuk Kesuburan Lelaki dan Wanita
Nasib baik sis sudah sembuh.. memang sangat penting kena dapatkan penapis air yang bagus
Alex recently posted…Cara Membersihkan Penghawa Dingin Di Rumah