Semalam punyalah rancak sembang kat group pasal citer tamil . Rasa teruja sebab dah jumpa #teamtamil dalam group iaitu Minz . Senang nak sembang lain kali . Kalau nak tahu aku memang agak ketagih layan citer tamil sebenarnya . Sejak sekolah rendah lagi . Tapi tak ingat apa citer tamil pertama aku tengok .
Biasa orang layan hindi jer kan , sebab pelakon hindi cantik-cantik dan hensem-hensem . Pastu lagu pun sedap-sedap . Berbanding tamil memang hero dia biasanya gemuk dan gelap . Bab lagu dan joget pun memang terserlah akan ketamilan diorang .
Tapi ada aku kisah ? aku tak kisah sebab aku lebih fokus pada jalan ceritanya . Paling syok layan citer tamil ni bila diorang buat kisah perjuangan hak rakyat . Camner diorang belasah menteri-menteri , pegawai polis yang korupsi dan menuntut hak juga keadilan .
Dia punya semangat memang lain macam . Terasa real walaupun hakikat sebenar negara diorang masih dikelilingi dengan korupsi . At least diorang mampu jugak bawak suara hati diorang hingga ke layar perak . Yang kita nih ? layan Gerak Khas saja sudah .
Ok’lahh jom aku kongsi ngan korang 7 Filem Tamil wajib tonton yang aku dah tonton tapi aku nak korang pulak tonton . Ada lagi filem tamil yang best tapi nak ingat tajuk tu yang payah .
1. Papanasam
– kisah dia pasal seorang bapak Suyambu Lingam ( Kamal Hassan ) yang terpaksa mereka trick untuk menyelamatkan keluarganya dari dituduh membunuh tanpa sengaja anak ketua polis yang jahat kerana cuba mencabul kehormatan anak dan isterinya .
Walaupun sekeluarga mereka diseksa oleh ketua polis supaya mengaku bersalah , Suyambu Lingam tetap dengan pendirian tidak akan membongkar rahsia mereka sekeluarga biar apapun terjadi .
Syambu Lingam ada kata yang dia cuma orang biasa , nak hidup bahagia disamping keluarganya dan tidak mahu orang besar seperti ketua polis merosakkan kehidupan diorang kerana kesilapan anak ketua polis itu sendiri .
2. Anjaan
– cerita tentang pengkhianatan antara geng mafia . Raju Bhai ( Suriya ) kembali kerana ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya Chandru . Dia cari semua orang yang mengkhianati dia dan Chandru hanya kerana kuasa . Akhirnya semua pengkhianat dapat dihapuskan oleh Raju Bhai dan Raju Bhai hidup bahagia bersama Jeeva .
3. Chennai 600028
– yang ni pulak pasal team kriket kampung dari Chennai . Kali ni diorang lawan kriket demi sahabat mereka Ragu yang bakal berkhawin dengan wanita dari kampung lain . Bagaimana sukan menyatukan mereka .
4. Apparichit
– yang ni lejen bhai , berapa kali tengok pun tetap melopong . Tak logik tulah yang best bhai .
– kisah Ambi ( Vikram ) seorang yang sangat jujur , sederhana dan taat pada perintah ibuapanya tetapi mempunyai kerendahan hati . Ambi juga tak sedar yang dia sebenarnya menghadapi masalaah multiple split personality . Dia akan bertukar menjadi Aparichit , antara split pesonality yang ganas dan kuat bila nampak ketidakadilan sedang berlaku .
Orang-orang yang bersalah akan di hukum mengikut kitab kuno yang dia baca . Ambi juga boleh menjadi Remo , seorang lelaki yang kacak , bergaya dan romantik bila berhadapan dengan wanita yang dia suka .
Apa kesudahan Aparichit bila rahsia dia terbongkar ?
5. 24
– kisah sebuah jam yang berkuasa untuk menghentikan , melajukan serta melambatkan masa . Dicipta oleh Seethu ( Suriya ) dan jam tersebut ingin direbut oleh kembar Seethu yang bernama Athreya ( Suriya ) .
– dalam pergaduhan mereka berdua , isteri Seethu mati dibunuh dan Seethu tepaksa membuat keputusan untuk menyelamatkan anaknya yang masih bayi yang diberi nama Mani . Mani berjaya diselamatkan dan dijaga oleh seorang wanita sehingga besar .
– setelah dewasa Mani membuka kedai jam dan Atrheya pula sedar dari koma . Atrheya berusaha untuk membuat jam yang sama seperti yang dibuat Seethe tetapi gagal . Akhirnya Athreya mebuat iklan pertandingan mereka cipta jam .
– itulah permulaan dimana Mani dan Athreya bertemu dan siapaka yang akhirnya dapat memilik jam yang sangat berkuasa itu .
6. Chandramukhi
– ni kisah Ganga ( Jyothika ) yang dirasuk roh Chandramukhi ( Jyothika ) selepas dia dan suaminya membeli dan berpindah ke istana Raja Vettaiyan .
– Senthil ( Prabhu ) meminta pertolongan kawannya Dr.Saravanan ( Rajinikhanth ) iaitu seorang doktor pakar psikiatri untuk memulihkan isterinya yang terganggu dengan kisah Chandramukhi .
7. Santosh Subramaniam
– kisah percintaan 2 remaja yang masih belajar di kolej . Santosh Subramaniam ( Jayam Ravi ) merupakan anak lelaki bongsu yang menjadi harapan ayahnya untuk mengikut jejak langkah abangnya . Tetapi antosh memberontak dengan caranya tersendiri .
– Depan keluarga terutama di depan ayahnya Santosh sentiasa berlakon menjadi anak yang baik dan mendengar kata , tapi bila di belakang keluarga Santosh tetap dengan perangai nakal bersama kawan-kawannya sehingga dia berjumpa denga gadis yang comel , ceria dan tak kurang nakal macam dia juga iaitu Hasini .
https://www.youtube.com/watch?v=CuVKb912hvk
Selamat menonton !!
Kat mana nak download crita ni semua kak long? Teringin plak nak tgk
Mama Kembar 3 recently posted…Mereka Bakal Mewakili Malaysia ke F1 in School Technology Challenge World Finals!
nombor 6 tu paling best …sgt menyeramkan!
Gelap dan gemuk.. Betul kah apa yg awk ckp ni..kalau x pasti sgt, jgn nk ckp pandai la bengong.. butoh
alaaaa wakk…janganlah carutkan kita wakkk….
kita peminat hero2 tamil tau ….tu cuma perbandingan jer …tapi lakonan diorang memang mantop ….kita suka diorang walaupun diorang tak hensem mana….
kannnn..best je layan tamil #1malaysia
AparAchit Tu dlm dubbing Hindi, actually Nama cerita Tu ‘Anniyan’. Cerita lain yg nk suggest, Enthiran, Sivaji the boss, I, Madras, varanam ayirAm, mattraan, jigarthanda,
…ADA Lagi but cuber tengok nie dulu mmg best
Sya nak tanya tajuk film yg heroinnya sukakan lelaki tu tp hero tu buat jual mahal padahal dia sukakan heroin tu.. Heroin tu belajar jd doktor and diaorg ada pergi kuil atas bukit klu x silap
Mana nak cari cerita tamil best yg ada subtitle sekali?
#peminatceritatamil
kumar, tau tak kat mana website yang mudah untuk download cite tamil ?
Saya pun peminat cerita tamil terutama sekali cerita penyiasatan..memang best..
Kalau dulu cerita tamil penuh dengan kisah cinta,kadangkala tak logik akal tetapu masih boleh terima..tetapi filem tamil sekarang memang no 1..jalan cerita memang best..
Nanti saya senaraikan filem yang harus akak tonton..di jamin puas hati..
Bila nak senaraikan tu?
https://t.me/FilemIndiaUtaraBaratSelatan
arwah ni baik orang nya dulu
banyak juga senarainya..
Yang no 4. Apparichit Tu Bahasa APA tak tau pulak. Tapi Bahasa Tamil Anniyan. Tapi sebenarnyalah.. gambar ini menghidupkan emosi seorang lelaki biasa .
Laki2 biasalah bila jumpa perempuan nak jadi macho/ Romeo , bila orang buat Salah Kita marah ,nak aje hentak kepala dia.
Tapi selalunya mendiam aje