Asalamualaikum ,
Hai korang , entry kali ni sengaja aku nak sembang dengan korang pasal mekap pulak . Ehehehe cam pelik jer kan ? sebab korang pun tahu aku mana pakai mekap . Kalau korang tanya aku pasal mekap , memang jawapan aku ialah tak tahu . Setakat Foundation , Eye Shadow , Lipstick , Lip Matte , Blusher , Eye Liner semua tu aku tahulah .
Tapi kalau orang tanya pasal shading , shimmer , highlighter , contour dan tah apa-apa istilah mekap ni untuk apa ? nak pakai kat mana ? haa yang tu semua aku tak tahu .
Aku tahu pasal BB Cream ni pun sebab aku guna . Yang aku tahu BB Cream ni dia lebih kepada asas untuk kita guna selepas mencuci muka dan sebelum nak tempel lain-lain mekap kat muka macam Foundation dan segala mak nenek bedak yang korang ada . ( kalau tanya aku pasal bedak apa bedak pun aku takder…ahahaha )
Apa Itu BB Cream ?
Makna BB tu ialah “Blemish Balm” atau “Beauty Balm” .
So memang tepat dengan namanya sebab berfungsi untuk menutup cela pada wajah secara natural dan ditambah pula dengan kandungan SPF ( Sun Protection Factor ) 35 PA +++ yang mampu melindung kulit wajah dari sinar UVA dan UVB penyebab kanser kulit . ( perghh seram oiiit )
Tapi kalau korang tu sejenis orang yang macam aku , jenis nak cepat dan tak suka mekap tapi dalam masa yang sama nak cover muka dari sunburn , cela dan biar nampak helok , inilah jawapannya .
BB Cream SPF 35PA +++ dari Cosmoderm .
Akibat Salah Memilih BB Cream
Sebelum ni aku ada jugak cuba beberapa jenama bb cream yang ada dipasaran . Yang biasanya bb cream yang aku guna tu akan buat muka aku jadi berkilat dan aku kena pakai bedak untuk cover sikit effect kilat tu . Mungkin ada orang suka muka nampak glowing dari jarak 100 meter . Tapi aku orang yang berbeza . So aku kena cari yang sesuai dengan kehendak aku .
Lagi satu yang paling aku tak berapa suka ialah jenama bb cream yang aku pernah cuba sebelum ni , ada yang buat muka aku rasa ketat dan rasa tu akan buat aku jadi tak selesa .
Walaupun aku memang tak suka bermekap tapi taklah sampai aku anti dengan semua produk mekap . Paling-paling pun aku nak orang tengok kulit aku biar nampak helok sikit , tak berminyak dan masih cantik secara natural .

natural look + natural beauty = i love Cosmoderm
BB Cream Yang Sesuai Digunakan Siang Dan Malam
Ok ni aku nak tanya korang . Biasanya korang gunakan BB Cream ni waktu siang sahajakan ? tapi aku tak . Aku gunakan BB Cream ni siang dan malam .
Selain mampu menghalang sinaran UVA dan UVB , BB Cream yang aku guna ni juga jenis oil control . Oh yer lupa plak aku nak bagitahu yang kulit aku jenis kombinasi berminyak .
Korang percaya tak yang aku duduk dalam rumah pun aku guna BB Cream . Walaupun aku tak keluar kemana-mana . Tapi setiap tengahari tu aku kena keluar jugak ambik anak-anak kat sekolah , so berbaloilah aku guna , kan kan kan ? ehehehe .
Maka , apatah lagi kalau nak kena buat aktiviti luar yang sememangnya akan mengeluarkan peluh contohnya bersenam a.k.a berzumba atau merayau atas kapal di tengah laut dibawah panas terik mentari . Tanpa BB Cream ni aku yakin hari tu kulit aku pasti akan sunburn dan memerah macam udang kena bakar .
Untuk bb cream bagi kulit normal atau kering , korang boleh ikut tips dari Mommy Hannah Damia dan Ariq Emir ni .

sebab ada BB Cream SPF 35PA +++ inilah aku boleh selamba berjemur atas KD GAGAH SAMUDERA tanpa rasa perit muka sewaktu berlayar melalui Selat Melaka dengan kelajuan 11knot
5 Sebab Kenapa Perlu Pilih BB Cream SPF 35PA +++ Cosmoderm
Ini pula antara 5 sebab korang kena tahu kenapa aku pilih dan suka pakai BB Cream SPF 35 PA +++ dari Cosmoderm . Selain dari ianya kosmetik yang HALAL , 5 sebab yang aku nyatakan dibawah ini harap dapat beri korang sedikit panduan memilih BB Cream yang sesuai sebagai :
1. Pelembab – mampu menjadikan wajah jadi lembab sentiasa
2. Bedak Asas – boleh dijadikan sebagai foundation jika guna bb cream yang berwarna
3. Tabir Suria ( sunblock ) – itulah fungsi SPF PA +++
4. Kawalan Minyak – sangat berkesan bila buat aktiviti luar
5. Anti Jerawat – fungsi bahan TTO yang terkandung dalam BB Cream
Bahan Kandungan : Tea Tree Oil, Jojoba Oil, Cinnamon & Glutathione
Pilihan Warna BB Cream : Nude 01( tiada warna – sesuai untuk lelaki dan wanita ), Natural Pink 02 dan Natural Beige 03
Cara Penggunaan : Tak perlu gunakan span khas , sapu dan ratakan pada wajah dengan menggunakan jari sahaja . Mudah dioles sekata pada keseluruhan wajah . ( takkan ada isu bercapuk )

warna pilihan aku dalam koleksi tapi lepas ni nak beli yang natural pink pulak
Pendapat Kawan-Kawan Mengenai BB Cream Cosmoderm
Bila kawan-kawan nampak aku updet pasal BB Cream Cosmoderm , terus diorang respon pendapat masing-masing . Tu yang aku rasa terpengaruh jugak nak beli lagi satu tiub BB Cream warna natural pink code 02 .
Antara Manfaat Dan Fakta Lain Mengenai BB Cream SPF 35PA +++ Cosmoderm
So , selain dari mampu melindungi kulit dari pencemaran udara yang merosakkan kulit , ianya juga :
- kaya dengan anti-oksidan
- kandungan SPF 35 PA+++ yang mampu membantu menghalang selaran matahari , pigmentasi dan mencegah terjadinya kanser kulit yang berpunca dari sinaran UVB dan UVA
- sangat mudah digunakan dengan cepat ketika bergegas di waktu pagi dan menambah seri diwaktu tengah hari
- BB Cream tiub kuning mengandungi Vitamin E sesuai untuk kulit normal dan kering,
- BB Cream tiub hijau mengandungi Tea Tree Oil untuk kulit kombinasi dan berminyak
Kajian The Skin Cancer Foundation menyatakan bahawa SPF 15 atau lebih tinggi sangat diperlukan untuk memberi perlindungan yang cukup . Sebagai contoh , jika seseorang menggunakan sunblock dengan SPF 15 , kulitnya akan mengambil masa 15 kali lebih lama untuk memerah daripada orang yang tidak menggunakan sunblock .

sapu BB Cream Cosmoderm yang mempunyai SPF 35 PA +++ sebagai pelindungan dari sinar UVA UVB sebelum memulakan aktiviti pantai
Jika SPF 15 dapat melindungi 93 persen dari sinar UVB matahari, SPF 30 pula mampu melindungi wajah sehingga 97%, dan SPF 50 pula mampu melindungi wajah sehingga 98%. Lagi tinggi bacaan PA +++ lagi bagus untuk perlindungan kulit .
So , jujur aku katakan yang satu tiub BB Cream SPF 35PA +++ dari Cosmoderm ini memang sangat perfect untuk digunakan setiap hari , setiap masa dan untuk seiap aktiviti tak kira dalam rumah atau diluar rumah .

Walaupun di Korea cuaca sejuk tapi aku masih gunakan Cosmoderm BB Cream SPF 35PA +++ ini sebagai pelindung wajah dari sinaran UV . ( BB Cream tiub kuning ni sesuai untuk orang kulit normal dan kering , tapi aku belasah guna sebab aku rushing nak kejar tour leader kat istana Gyeongbokgung )
( Video ) Rutin Penjagaan Wajah Menggunakan Produk Cosmoderm
Sebagai bonus ( ahahahah bajet hot gitteww ) , aku sediakan untuk korang sedikit bebelan dan penjagaan kulit wajah menggunakan produk Cosmoderm , dari aku gunakan BB Cream sebagai pelindung pastu bersihkan muka dengan Makeup Remover ( yang ni tunggu aku updet next entry tau ) dan pengganti krim malam iaitu Vitamin E Cream 3000 i.u .
Cara Nak Dapatkan Produk
Untuk info dan pembelian BB Cream Cosmoderm korang boleh terus ke :-
Website : www.cosmoderm.com.my
Untuk sebarang updet , pertanyaan dan testimoni pula , korang boleh follow :-
Instagram : @cosmoderm
Facebook : Cosmoderm
#saidiladotcom
#kbba9
#cosmoderm
#cosmodermhalal
#ilovemyskin
#cosmodermtestimoni
#cosmodermreview
Selamat Mencuba !
Nina pun pakai BB Cream cosmoderm. Suka serasi dan paling best halal
samalah kita….kita dah ada koleksi dua kaler
Beli kaler natural pink tu kak long…beli beli hehehe. I love Cosmoderm too!
haaa yg kaler tu nanti nak cuba
Kecik comel je senang nak bawa travel
kan …senang nak guna bila2 masa
Haida pn dh mula pakai balik BB cream ni
wahhh bagus tu…pakai jer terus , so far ini yg terbaik dan sesuai untuk kulit akak
suka bb cream dari cosmoderm. bau pun wangi jee
haaa betul tu min…bau pun sedap jerr
Wowwww woww wowww kita pon guna BB CREAM gak.. hehehe best guna yg ni..
ai tahu…sebab lya beli dengan ai…tqqq tauuu
BB Cosmoderm memang best, wajib ada!
wajib sebab selain jadi bb cream dia boleh jadi foundation dan ada fungsi sun protection
Nak cari warna coklat tu la..
warna beige tu nad code 03
Wow .. kecik-kecik berbisa ..
kecik2 tapi berkesan dan banyak kelebihan
Wow! Felolessssss muka kak long..
ploles tu bonus
Nak basuh bb cream ni kena guna make up remover ke?