Mencegah lebih baik dari merawat sebab tu bila semakin usia meningkat ni kita patut dah kena lebih menjaga kesihatan diri sendiri. Kerja aku sebagai seorang tour leader lagilah membuatkan aku kena lebih menjaga kesihatan diri supaya dapat memberi perkhidmatan yang baik.

Selalunya seminggu dua sebelum ke mana-mana trip aku akan pastikan aku ambil makanan kesihatan ataupun supplement dengan secukupnya suapaya tidaklah sampai waktu kena pergi aku jatuh sakit sehingga tak dapat menjalankan tugas dengan baik.
Antara produk kesihatan yang aku ambil kini adalah produk keluaran GKB. Ia bukan sahaja berkesan tetapi mudah untuk juga diambil dimana-mana walaupun semasa travel.
Actually aku memang dah lama nak consume salah satu produk GKB ni iaitu Lactobacillus Plantarum GKM3. Semuanya bermula sebab terpengaruh dengan TikTok punya review, sebab tu aku terus yakin nak mencuba.
Bagi yang nak tahu kenapa dan apa istimewanya produk tu ? sila teruskan membaca.

1. GKB Probio+ = Untuk Memperbaiki Usus
Korang yang ada masalah lemah usus tu memang aku sangat syorkan untuk korang ambil produk GKB Probio+ ni. Masa sebelum aku kenal Probio+ ni nak makan apa-apa masa travel memang aku kena fikir panjang. Silap makan memang meragamlah perut nanti. Jadi aku sangat berhati-hati untuk makan apa sahaja sewaktu travel, nak-nak bila tengah bawa peserta.
Masa bulan puasa ni aku ambil Probio+ selepas berbuka dan juga selepas sahur. Biasanya pagi-pagi perus suka meragam. Kadang sampai dah tak ada apa yang nak dibuang. Lepas aku ambil Probio+ ni masalah sakit perut pagi-pagi hilang terus. Walaupun kerap ke tandas tapi ia buang apa yang sepatutnya dan taklah sampai level cirit birit macam biasa.

Untuk pengetahun korang lagi , GKB Probio+ ni rupanya ada mengandungi 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik yang berfungsi dengan aktif. Ia boleh membantu :
- membantu melancarkan sistem pencernaan
- mengurangkan sembelit dan cirit-birit.
- memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus
- membantu penyerapan nutrien daripada makanan
- mengekalkan keseimbangan mikroflora usus
- meningkatkan imuniti.
Orang yang mengalami gejala sembelit dan senak perut yang ringan juga disarankan untuk mengambilnya.
Cara nak consume juga sangat mudah. Boleh makan terus dari sachet atau bancuh dengan air. Tapi jujur kata aku lebih suka makan terus dari paket. Rasa dia memang sedap sangat. Nasiblah cuma boleh ambil sehari 2 kali sahaja.
2. GKB Probizymes = Untuk Mengurangkan Gastritis
Bila dah makan banyak-banyak mesti perut rasa sebu dan senak kan ? Nak-nak selepas berbuka. Maklumlah dah sumbat macam-macam baru sedar perut tak besar mana. Alhamdulillah, sekarang aku lepas berbuka jer terus akan ambil satu sachet GKB Probizymes untuk elak kembung perut. Jadi nak beribadah juga jadi lebih mudah.

Bila dalaman perut kita ok, badan pun auto jadi ringan. Bagi korang yang ada masalah perut seperti gastrik dan kembung perut korang boleh juga mencuba GKB Probizymes kerana ia telah diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan juga mampu mengurangkan simptom asid refluks dengan berkesan.
Cara nak consume juga sama cumanya yang ni ambil sekali sehari sahaja selepas makan.
3. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus = Untuk Memperbaiki Kulit
Berita baik untuk kaum wanita, since aku dah mula consume Lactobacillus Rhamnosus Plus ni barulah aku nampak ada sinar harapan pada kulit aku. Selama ni aku hanya mencari penyelesaian masalah kulit kering dan sensitif aku ni dengan produk luaran sahaja. Walhal kesihatan dari dalaman pun kena ambil kira juga.

Bila aku baca bertapa banyak kebaikkan mengamalkan Lactobacillus Rhamnosus Plus barulah aku rasa lebih yakin yang kulit aku selepas ini pasti akan lebih baik dari yang sebelumnya.
Kerja sebagai TL ni kulit memang akan terdedah dengan cuaca panas. Sampai satu tahap jadi kering sangat-sangat. Sebab tu bila balik jer habis trip aku akan cepat-cepat rawat kulit muka aku yang dah sunburn. Kadang tak sempat nak pulih dah kena pergi trip lagi. Thats why aku rasa aku sangat-sangat perlukan Lactobacillus Rhomnasus Plus ni untuk penjagaan kulit dari dalaman.
And percaya tak masa aku tengah consume Lactobacillus Rhamnosus Plus ni muka aku tengah naik jerawat. Yang buat aku rasa amazing ialah tak sampai seminggu consume, tahu-tahu jerawat dah kempis. Kalau tidak memang berbulan jugak nak hilang jerawat.
Selain dari baik untuk menjaga kulit ia juga boleh mencegah jangkitan pada alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Produk ini amat disambut baik olen wanita.
Cara nak consume pun sangat senang. Mula-mula dulu aku bancuh dengan air. Tapi sekarang aku lebih suka makan terus dari sachet. Koyak dan kemam sahaja dalam mulut. Lagipun aku sukakan rasanya yang macam ada rasa yogurt. Nak bawak travel ke mana-mana pun mudah sebab dalam pack kecil-kecil.

4. GKB G-Pro Gold = Untuk Mengurangkan Sembelit
Gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi, mudah menyebabkan sembelit. GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus.
Macam aku yang selalu travel ni sembelit ni boleh bikin mood kita rosak. Nak makan pun jadi tak berselera. Tapi lepas dah beberapa kali ambil G-Pro Gold ni selepas makan, tak ada dah masalah sembelit which is itu menandakan usus kau dlam keadaan sihat.

G-Pro Gold juga direka khusus untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan juga sembelit.
Probiotik yang membiak dan memetabolismekan dalam usus akan meningkatkan ph dan rembesan usus, bagi membantu mengurangkan bakteria patogen. Dengan itu ia meningkatkan kemampuan fungsi penghalang usus dan sekaligus mengurangkan kejadian keradangan usus.
5. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 = Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Melangsingkan Badan
Haa inilah produk yang memang aku dah lama nak try. Boleh kata inilah produk idaman setiap orang terutamanya wanita yang ada masalah berat badan. Sebab ianya bukan sahaja boleh mengurangkan berat dan melansingkan tubuh badan sekaligus. Walaupun kau jenis yang suka makan macam-macam tapi since kenal Lactobacillus GKM3 ni aku boleh sahaja makan tanpa rasa bersalah.

Produk ni amat popular dekat TikTok tau sampai ada satu farmasi ni masa aku wasap nak beli dia kata kena tunggu diorang restock sebab dah sold out. Dan review dari orang ramai pun semua kata ianya berkesan.
Almaklumlah, dah masuk umur 44 ni lagilah aku kena berhati-hati memilih makanan sebab risau bukan sahaja lemak berkumpul tapi paling takut kalau kolestrol tinggi. Selain dari itu ia juga berfungsi untuk ;
- mengurangkan penyerapan kalori
- membantu mengurangkan berat badan
- menjadikan badan lebih langsing
- meningkatkan tenaga
- membantu sistem penghadaman
- mengurangakn kesan kerosakan kulit
- meningkatkan kelembapan kulit
Cara consume juga mudah, ambil 1 kapsul sehari selepas makan.
Produk Untuk Penyakit Alzheimer
Selain produk probiotik, GKB juga telah mengeluarkan produk kesihatan berasaskan cendawan. Penyakit Alzheimer adalah salah satu punca utama ketidakupayaan dan kebergantungan pada orang lain bagi warga emas di seluruh dunia.
Menurut kajian klinikal daripada Grape King Bio, sebatian aktif yang diekstrak daripada lion’s mane mushroom mengandungi bahan aktif Erinacine A, yang diketahui boleh meningkatkan daya ingatan, mencegah penyakit Alzheimer dan menjadi makanan kesihatan untuk otak, serta memberikan harapan baru bagi orang yang mengalami penurunan fungsi otak.
Bagi yang bertanya dimana nak dapatkan produk keluaran GKB ni korang boleh dapatkan di Alpro Pharmacy dan farmasi-farmasi besar di seluruh Malaysia.
Apakah Kelebihan Produk GKB
GKB memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TOF, HALAL, sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/lEC TAF 17025 bagi memastikan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap tertinggi.
Kelebihan utama probiotik GKB adalah, ia dihasilkan melalui teknologi paten lapisan pelindung pelbagar antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya bagi memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. Selain itu, probiotik yang bentuk granul ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik, sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Untuk sebarang pertanyaan dan juga maklumat lanjut mengenai produk boleh ke :
Website : www.mygkb.com
Facebook: www.facebook. com/mygkb
Instagram: www.instagram.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
Youtube : https://www.youtube.com/@mygkb01
RED 1D : 1318211221 (GKB 集康宝)
Platform Jualan Rasmi GKB : Semua farmasi utama di Malaysia, termasuk
Central : Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka : Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang : Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak : Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
East Coast : Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern : Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah : Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak : Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy
Untuk senarai terbaru farmasi sila lawati : https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188
Best sangat GKB ni kan kaklong. Cx pon consume tau
Ramai kata bagus produk ni, boleh turunkan berat badan jugak. Teruja nak cuba!
Tertarik nak cuba GKB Probio+. suka travel tapi perut terkadang sembelit karna makan tak teratur. Nice post..
Balqis Ayun recently posted…Waspada! Mengenal Efek Samping dan Bahaya dari Cream NRL