Assalamaulaikum and hai gais ! Entry kali ini santai-santai jer. Aku cuma nak kongsi dengan korang 5 movie terbaik 20202 di Netflix 2020 yang wajib tonton sebab aku rasa ianya best.
Kalau biasanya orang review movie satu-satu tapi aku review harung sekali 5 filem + 1 filem sebagai bonus .
BACA : 5 MOVIE NETFLIX YANG SUSPEN DAN MENDEBARKAN
Lagipun aku bukan nak cerita dari mula sampai habis movie ni semua just bagi teasar jer. Selebihnya korang tengoklah sendiri sambil makan popcorn.
OLD GUARD

Cerita ni mengisahkan pasal 4 orang askar yang tak mati-mati walaupun usia diorang dah beratus tahun. Dan diorang juga tak tua-tua.
Diorang sentiasa melakukan misi menyelamat tanpa mendedahkan diri kepada umum.
Satu hari diorang kena perangkap dengan satu misi. Ada syarikat ni nak tangkap diorang dan kaji diorang untuk mengaut keuntungan.
Cerita ni juga meminta kita supaya kita jadi seorang yang setia kawan , tidak mengkhianati persahabatan apatah lagi kepercayaan.
ENOLA HOLMES

Macamana abang macam tulah adiknya. Enola Holmes ni rupanya adik kepada Sherlock Holmes. Sapa jer tak kenal Sherlock Holme, seorang penyiasat yang sentiasa berjaya menyelesaikan kes-kes besar dan misteri.
Enola Holmes juga berada didalam dilema samada nak terus mencari ibunya yang menghilangkan diri pada pagi hari jadinya yang ke 16 tahun dulu ker atau nak bantu menyelamatkan lelaki misteri yang baru dia kenal didalam keretapi tetapi menjadi sasaran untuk dibunuh.
Best part pasal Enola Holmes ni sebab walaupun dia perempuan dan masih muda tapi ilmu pengetahuan dia sangat luas. Bijak itu semestinya. No wonder Sherlock sangat berbangga dengan adiknya.
PASAL KAU – ALL BECAUSE OF YOU

Movie yang bergenre RomCom ni adalah filem ketiga arahan Adrian Teh selepas PASKAL dan Wira. So kalau nak tengok watak-watak sado , garang dan serius dalam PASKAL dan Wira bertukar karekter korang wajib tengok cerita nih.
Kalau korang rasa korang tengok trailer jer korang dah boleh tahu jalan ceritanya camner korang memang silap besar. Memang jalan ceritanya sangat unpredictable.
Aku rasa ini satu-satunya filem Melayu yang aku tak rasa macam tengok filem Melayu. Memang smooth dan sampai pada urat kelakar aku dari mula sampai akhir.
Tapi sebelum tu korang kena tengok dulu cerita PASKAL dan Wira. Barulah lepas tu baru korang tahu dan faham apa kaitan semua watak tu dalam cerita PASAL KAU atau dalam bahasa inggerisnya All Because Of You.
Kalau tak korang tak akan faham punchline-punchline yang disebut sebab korang akan blur dan rasa macam tak kelakar. Tapi kalau korang dah tengok 2 filem tu terlebih dahulu baru tengok cerita ni serius korang akan bantai gelak giler-giler macam aku.
Lokasi penggambaran filem ni dibuat di Desaru Coast. Tsumpahh lawaaa giler tempatnya.
EXTRACTION

Apa yang kau nak buat bila kau diupah untuk satu misi bahaya untuk selamatkan anak seorang pengedar dadah. Tetapi dalam masa yang sama orang yang upah kau tu jugak mengupah orang lain untuk membunuh kau.
Lepas kau dapat tahu kau tak akan dapat bayaran dari kerja kau yang bahaya tu adakah kau nak balik dan selamatkan diri sendiri atau kau tetap nak teruskan menyelamatkan nyawa seorang budak yang tak bersalah tapi menjadi mangsa hanya sebab bapak dia pengedar dadah terbesar dan banyak musuh.
Itulah yang berlaku pada Tyler dan kumpulannya. Paling tak boleh blah bila dia rasa dia dah selamat sebab ada kawan di kawasan bergolak sekali rupanya kawannya belot pada dia.
PROJECT POWER

Cerita ni aku baru jer habis tengok. Kisah seorang budak perempuan bernama Robin yang masih bersekolah dan terpaksa jual sejenis pil yang ada power sebab nak tampung kos rawatan emaknya yang sakit.
Pil yang dia jual ni kalau sapa makan dia akan dapat kuasa seperti jadi halimunan , kebal dan ada kuasa seperti ais dan api atau jadi besar dan kuat macam hulk.
Satu hari Robin kena culik oleh seorang lelaki yang juga bekas askar yang sangat ganas bernama Art. Robin di ugut supaya dia dedahkan siapa yang bekalkan pil power tu pada dia.
Rupanya pil power ni di extract dari seorang budak perempuan bernama Tracy yang di culik dan digabungkan dengan gen haiwan dan tumbuhan dan Art pula sangat terdesak untuk mencarinya Tracy atas sebab yang sangat penting.
Nak tahu kesudahan semua cerita ni kenalah tengok sendiri, barulah syok.
Ok yang ini movie bonus aku nak suruh korang tengok sebab boleh kata best jugaklah.
PEPPERMINT

Nama movie macam makanan jer kan tapi takder kena mengena langsung pun. Cerita dalam movie ni ada banyak persamaan dengan movie-movie yang pernah aku tengok.
Tapi dah nak habis cerita barulah nampak plot twist dia.
Kisah seorang wanita biasa yang berusaha untuk membalas dendam pada orang yang bunuh suami dan anak dia. Waaupun dia tinggal kat kawasan mundur dan kawasan hitam tapi kawasan tu sangat aman sebab penduduk kat situ anggap sejak dia hadir kat kawasan tu jenayah jadi kurang.
Walaupun dimata undang-undang perbuatan dia merompak dan membunuh orang jahat adalah salah tapi dimata netizen dia adalah hero.
Apa yang buat dia jadi lebih tekad dan nekad nak balas dendam sendiri adalah sebab ketidakadilan undang-undang yang gagal menghukum penjenayah yang sebenar tapi dilepaskan sebab peguam, polis, hakim semua makan rasuah.
So itu sahaja perkongsian pasal 5 filem + bonus 1 filem wajib tonton di Netflix yang aku rekomen untuk korang semua tengok. Paling penting semua movie ni sesuai untuk ditonton oleh korang seisi keluarga sebab takder adegan atau scene yang tidak-tidak.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle TikTok : saidila79
Sekarang memang banyak movie best best kat netflix, i baru jer tonton EXTRACTION so entertaining and thrilling.
Sunshine Kelly recently posted…How To Setup IGLinks & Why It’s Useful for Influencer?
ooo patut lah senyap… dok pulun tengok netflix hahahhaah
azni recently posted…Homestay Bagas Zakariah, Ekspektasi Vs Realiti
haah kak enjoy sendiri jer kat rumah …
Hahahahahahahahahahahahahahahqhahahahahaha
Cerita kat netflix best2.. Tapi tu la.. Tak langgan lagi netflix ni
kalau memang ada yang tengok ok jer langgan kalau tak baik tengok tv biasa
Bestkan kak. 4 filem di Netflix Ruby dah tengok. Project Power je belum. Nanti nak tengok malam ni. Sambil makan satay. Hahaha. Movie night..
Ruby recently posted…Kedai Rasmi Moodboard Menampilkan Kasut Keperluan Harian, Jom Beli Di Shopee Dengan Serendah RM 1
alaa banyaknya movie best kat Netflix. tapi tu la belum langgan lagi haha. rumah pun takdak tv, org dalam rumah ni bukan tengok tv sangat hehe
Enola holmes tu dah tengok dah. Memang terbaik cerita dia . Tak bosan sama macam tengok Sherlock juga
Semua belum nengok dan belum lagi dapat nak ngadap nengok tv dek sebab si anak duk laaa melayan Korea memanjang…arghh steresss omakk oiii..
Sis Lin recently posted…BETUL KE MIMPI DI PATUK ULAR BERMAKNA KITA DI SIHIR?
Banyak pula movie2 yg menarik kat netflix ni. Skrg tercari2 lg masa lapang nak tgk movie..skrg sibuk sikit..nanti x busy baru nak layan nanti
semua belum tgok kecuali pasal kau tu je… nanti nak langgan n n tengok la citer lain. nampak macam wow je.
Wahh bestnyaaa. Teringin nk enjoy tgk movie di netflix tp apakan daya ada ank2 kecik ni . Tv rumh depa yg control dri pgi sampai mlm tgk kartun. Btw ramai kwn2 bgtau jgk movie netflix best2. Yg berkesempatan bolehla lyn tgk netflix
Woww macam menarik je citer ‘Pasal Kau’ naknjugak tengok camna lawak Hairul Azrin tu hehehe.. Alang alang kita sapot local kan …
dalam banyak-banyak list ni baru tengok enola je yang lain belom hahaha
omg i love this post so much, thanks for sharing! i was just gonna google for movies to watch on netflix, you have really picked all the best ones 🙂
Project Power tue catches my eye.. Suke tengok cite genre ni.. Okay let’s do it, over the weekend
PKPB ni memang semua movie habis katam kat Netflix tapi yang lima ni kita tak pernah tonton lagi hehehehe nanti akan buat third round lah hehehehehhe kita mungkin akan lama lagi kat rumah ni…
Mahamahu recently posted…SHARIFAH SHAHIRA JUMPA RAHSIA BANTU SAKIT LUTUT IBUNYA
Wahh movie melayu pon ada dalam list. Nampak menarik ni. Kalau free nanti nak layan lah kejap. Tq sharing cite best.
wah terbaek nii.. boleh bookmark.. nanti nak tengok movie ni dengan hubby.. itu je masa berharag boleh dok langut movie sama-sama dengan hubby .. heheheh
[…] Download Image More @ saidila.com […]
Siapa yang suka layan cerita bersiri, citer prison break ni paling best setakat ni sebab suka scene2 diaorg nak melepaskan diri dr penjara dan penjenayah. mmg rs tak nak stop tengok.
tapi..kalau tak mau tengok yang panjang2 macam prison break, boleh layan citer Lupin. Pendek sahaja siri dia, tp bijaksana jugak…yang penting ko kena sentiasa dgn remote sebab ko kena jadik FINAS (potong sendiri babak2 tak masuk akal okay!)
[…] Baca : 5 Movie Netflix Wajib Tonton […]
[…] BACA : MOVIE TERBAIK NETFLIX WAJIB TONTON […]