Kadang bila tengah datang mood nak menonton movie dekat Netflix memang aku akan marathon beberapa movie. So gais inilah 5 movie dekat Netflix yang suspen dan mendebarkan yang aku dah tonton. Jujur review dari aku yang dah menonton.
Walaupun best tu subjektif, tapi oleh kerana aku mampu tengok sampai habis tanpa skip, itu bermakna movie tu best. Dan movie yang aku tengok ni bukanlah semuanya yang new release tapi ada yang dah tayang tahun 2009 lagi, tapi aku jer yang baru rasa nak tengok.
So jom kita tengok senarai-senarainya.
BACA : 5 MOVIE TERBAIK NETFLIX WAJIB TONTON
1. Bird Box
Tahun Ditayangkan : 2018

Cerita ni walaupun dah lama ada dekat Netflix tapi aku jer yang baru tengok. Hampir terbawa-bawa jugak tak nak buka mata sebab takut kena pukau. Hahaha
Apapun menarik sangat cerita ni. Maklumlah pelakon dia Sanda Bullock kot.
2. The Weekend Away
Tahun Ditayangkan : 2022

Awal-awal aku bagitahu yer cerita ni tak sesuai untuk tontonan anak-anak bawah umur. So kalau nak tengok pastikan anak-anak dah tidur. Takderlah banyak atau teruk sangat cuma ada benda yang tak sepatutnya ditonton.
Cerita ni bagi aku best sebab dia sendiri tak sangka orang jahat yang sebenarnya ialah orang yang paling dia percayai dan sangat dekat dengan dia. Plot twist dia pulak sentiasa berganti tapi memang endingnya surprise sangat.
3. Sweet Girl
Tahun Ditayangkan : 2021

Yang ni bagi aku agak sedih. Selama ni ingat bapaknya yang fight. Rupa-rupanya diri dia sendiri. Macam biasalah, nak tahu jalan cerita dan ending dia memang kena tengok sendirilah yer.
4. The Woman In The Window
Tahun Ditayangkan : 2021

Dah beberapa kali aku klik tajuk cerita ni nak tonton tapi mesti tak jadi sebab macam bosan jer. Tapi satu malam tu aku gagahkan diri jugak untuk cuba tengok.
Bila dah tengok memang best. Dia punya gelabah dan overthinking tu kadang buat kita pun jadi gelabah sama. Dalam masa yang sama kesian pun ada. Plot twist dia hujung-hujung baru tahu.
Kisah Anna Fox seorang doktor psikatari kanak-kanak tapi mengalami penyakit “agoraphobic” iaitu penyakit takut keluar rumah. Dalam rumah tu hanya ada dia dan penyewa bilik bawah tanah bernama David.
Nak tau apa yang berlaku sebenarnya kenalah tonton sendiri.
5. Case 39
Tahun Ditayangkan : 2009

Aku tengok cerita ni sebab pelakon dia ialah Renee Zellweger. Kalau korang pernah layan Bridget Jone’s Diary mesti tahu lakonan dia memang best. Memang cerita ni dah lama tayang iaitu pada tahun 2009 tapi aku jer yang baru tengok.
Cerita ni aku ingatkan biasa-biasa sahaja tentang penderaan kanak-kanak . Rupanya berkaitan dengan perkara mistik jugak. Sudahnya aku tak jadi nak kesian dengan budak yang dia selamatkan.
So itu sahaja 5 movie dekat Netflix yang aku sempat tengok dan nak kongsikan dengan korang. InsyaAllah lepas ni aku nak kongsi lagi movie yang underrated tapi sebenarnya best untuk ditonton.
FOLLOW & SUBSCRIBE
Facebook : Saidila Abdul Rahman Instagram : Saidila Youtube : Saidila Lifestyle TikTok : saidila79
Okay, weekend boleh tengok cerita-cerita ni semua. KADANG pening juga kepala tak tahu yang mana best. Terima kasih berkongsi.
WOW! Bestnya ada list ni. nanti kalau ada kesempatan bolehlah layan Netflix jap