Subahanallah Alahamdulillah Allahuakbar !
Semakin dekat dengan Ramadhan semakin sebak pula perasan ini. Bukan apa, dalam kita bersedia membuat persiapan dari segi rohani dan jasmani kita semua pasti dah berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik pernah berlaku dalam hidup.
Bersyukurlah andai esok kita masih ada kerana ada di antara kita tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan.
Jadi aku kongsikan sedikit petikan tazkiran sempena bulan Ramadhan ini dari Ustazah Norhafizah Musa di Radio Ikim.fm
1. Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini
2. Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah “Ramadhan Kareem” dan orang yang mendengar pula menjawab “Allahu Akram” yang keduanya bermaksud “Ramadhan Mulia” dan jawapannya ” Allah lebih Mulia”
3. Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati. Contohnya “Ya Allah aku berpuasa ya Allah, terimalah puasaku ini, aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah”
4. Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.
5. Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu. Hiasilah diri dengan AMALAN dan TAQWA .
Ramadhan Kareem untuk semua pembaca setia www.saidila.com
Leave a Reply