Hai korang semua….entry kali ni aku nak kongsi dengan korang cara nak hilangkan bau badan atau bau ketiak….bukan semua orang perasan yang badan atau ketiak dia sebenarnya berbau walaupun muka cantik dan hensem .

Apa mau malu maaa….ini benda reality…aku sejak darjah 6 dah menghadapi masaalah bau badan dan ketiak . Selain disebabkan hormon dan aku jugak aktif bersukan…makanya lagi kuat aku berpeluh lagi pahit bau ketiak…

Tips Dan Cara Hilangkan Bau Badan Yang Kurang Enak

Lepas kena tegur dan diberi produk untuk mencegahnya sejak tu aku dah tak risau pasal badan dan ketiak berbau….kalau korang punya badan dan ketiak memang tak berbau oklah….tapi tak yah bangga sangat kot .

Ada rasa bersyukur pun cukuplah dan tak perlu nak hina-hina atau mengata orang atau kawan yang badan’nya berbau , samada dia tak perasan atau dia tak jumpa lagi produk yang sesuai untuk hilangkan bau badan’nya , kita punya hormon badan semua tak sama .

Jangan malas sental bahagian ketiak ngan loofah , tak selalu pun sesekali ok . Paling tidak boleh buang daki-daki kat bahagian berkenaan .

So aku bagi korang beberapa pilihan untuk korang cuba sendiri..dari semurah-murah produk sehingga ke semahal yang aku mampu beli .

5 Produk Penghilang Bau Badan Wajib Guna

1. Antibka – ataupun nama panjangnya “anti bau ketiak” … sejenis bedak khas dari indonesia untuk disapu pada ketiak dan badan…harga memang murah pun tak tak lebih Rm5 sebotol….paling murah aku jumpa ialah rm3.00…boleh dibeli kat kedai jamu atau pasaraya mydin.

Inilah bedak pencegah bau badan pertama yang aku guna sejak bau badan aku mula dikesan .Dah naik remaja sikit baru aku guna deodrant roll on .

antibka anti bau ketiak

2. Deodorant – yang jenis ni sangat mudah nak beli sebab ada pelbagai jenis dan jenama….ada roll on , stick dan spray . Harga ada yang bawah Rm10 sebotol dan ada jugak yang lebih sebab bergantung pada jenama .

Deodorant pertama aku guna ialah Enchanteur , bau wangi dan sedap tapi kalau korang kuat giler berpeluh memang deodrant yang korang pakai tu tak mampu halang bau ketiak korang..silap-silap lagi hangit baunya .

Dan kalau jenis kulit tak tahan silap-silap boleh gatal…nak tak nak korang kena cuba pelbagai jenis untuk tahu mana yang ketiak korang tak merengsa disebabkan pemakaian deodorant. 2 brand deodorant yang aku suka guna ialah Rexona dan Nivea dan kadang-kadang aku sebat pakai inchik dd punya Dark Forest … bau lelaki sikit tapi sedap .

deodrant nivea

3. Cream Magic Cosmoderm – yang ni bukan sahaja boleh hilangkan bau ketiak dan badan tapi bagi kesegaran dan pulihkan kembali kulit yang sensitif dan elergik . Macam akulah…kalau dah pakai deodrant jer…lama-lama kulit aku mulalah gatal-gatal .

Jadi ada harinya aku kena guna Magic Cosmoderm untuk pulihkan balik…..pakai pun sedap sebab berangin.

cream magic cosmoderm

4. Celebritylass – yang ni mulanya aku nampak kawan blogger aku up jadi aku pun nak try jugak . Harga agak mahal dalam rm90 sebotol tapi kesan dia memang bagus….sekali pakai boleh tahan 2 hari takder bau badan langsung .

Memang teruja weihhh….dia boleh pakai ke seluruh badan yang berbau bukan ketiak jer . Tapi aku pakai bergilir dengan produk lain sebab selain nak jimat kulit aku pun sensitif nanti mulalah merengsa.

celebrity lass

5. Sabun Marine Essence – yang ni terbaru aku cuba …ini sejenis sabun . Memang inilah sabun aku sekarang…. 3 ketul rm100 . Fokus cuci pada bahagian ketiak dan seluruh badan .

Aku try tak guna apa-apa untuk tutup bau ketiak dan badan …so far bolehlah tahan itupun jika seharian tak buat kerja yang boleh keluarkan banyak peluh…. kalau banyak buat kerja bau gak tapi taklah sampai bau tengik …**sabun ni pun leh putihkan ketiak…..ehehehehe

sabun marine essence hai o

Jangan Biarkan Bau Badan Menjadi Penyebab

Ok semua…ini sahaja yang dapat aku kongsikan , kalau korang ada kawan atau saudara mara yang punyai masaalah bau ketiak dan bau badan…. korang boleh cuba mula beri salah satu produk yang aku guna sebagai hadiah untuk diorang . Jangan biarkan bau badan menjadi penyebab korang hilang kawan atau tak dapat kawan ….

Aku cuma berkongsi dengan korang apa yang baik …..lebih kurang apa tu semua atas usaha sendiri .

Selamat mencuba .

Categorized in: