Assalamualaikum ,
Hai korang ! kali ni aku nak share dengan korang rahsia dan 23 kebaikkan HALBA . Korang tahu tak halba tu apa ? aku tahu halba ni masa kakak biras aku masak nasi dagang . Mulanya aku ingat halba ni pedas rupanya tak .
Pastu ada jugak orang buat nasi lemak halba . Dan kakak biras aku pun rebus halba dan minum airnya untuk meningkatkan pengeluaran susu . Aku minum jugak tapi demi kurus , itu jerlah alasan yang aku ada .
Kalau korang nak tahu , aku campur segelas air halba ni dengan 2 sudu besar ACV….paduuuu beb rasanya !! tak caya cuba sendiri .
Ikutkan entry ni dah lama tapi lupa nak publish . Pastu aku dah lupa dari mana aku dapat posting ni . So kalau korang kenal dan tahu sapa empunya penulisan ni bolehlah komen supaya aku dapat kreditkan pada penulis asal .
Tapi memang aku sendiri akan buat seperti yang dicadangkan penulis . Halba pun dah beli sepeket . Aku harap misi turunkan berat badan 2018 akan berjaya dengan sempurna .
Dibawah ni adalah penulisan asal yang aku edit sedikit supaya tidak menggunkan shortform dan tukar gaya bahasa agar mudah difahami .
Selamat membaca semua , semoga kita dapt manfaat dari apa yang beliau kongsikan .
Antara Kelebihan & Khasiat Teh Halba Dari Kajian Perubatan
Daun dan biji halba merupakan rempah herba perubatan yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk memelihara & merawat pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakhadaman makanan, simptom tinggi kolesterol, menurunkan panas badan, meningkat pengeluaran susu ibu, menguatkan tenaga seksual, melebatkan rambut, menyembuh jerawat & banyak lagi.
Rasulullah SAW pernah bersabda “Gunakanlah halba sebagai ubat” ~ Qamus Al-Tibb
- Mencuci perut
- Mencuci darah kotor *mencantikkan struktur kulit dari dalam
- Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah *merawat penyakit kencing manis.
- Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan
- Membantu penggunaan kalori utk meningkatkan tenaga secara semulajadi
- Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual
- Membantu masalah kegemukan *mengurangkan berat badan
- Menguatkan fungsi jantung
- Merawat masalah sembelit & buasir
- Melancarkan perjalanan darah
- Mengatasi masalah senggugut ( kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid )
- Melegakan masalah sakit kepala / migraine
- Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim *ikhtiar utk mereka yang ingin hamil
- Mengetatkan & meremajakan rahim
- Menghilangkan lendir & sakit tekak
- Membantu mengatasi masalah kekurangan darah
- Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah
- Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan
- Memperbanyakkan air susu ibu
- Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi
- Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan
- Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan
- Memelihara keanjalan kulit *awet muda secara semulajadi
Cara Penyediaan Teh Halba
- Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.
- Masukkan 1 sudu besar biji halba ke dalam periuk tadi
- Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api & tutup periuk supaya wap herba tidak keluar
- Setelah suam, tapis & tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima ( boleh diganti dengan perahan lemon juice atau abaikan jika tiada )
- Kacau & minum 3 kali sehari ( before breakfast, lunch and dinner)
Jika u all rajin bersenam selepas minum secawan teh halba selama 30 minit setiap hari ( sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan asal ( menurut kata penulis asal “this what i did when i was overweight in year 2010” )
Ramai yang tanya, “boleh ke nak minum teh halba tanpa cuka epal atau lemon juice?” ya bisa aja buk . Teh halba boleh diminum begitu saje , kalau nak manis boleh masukkan sedikit madu atau brown sugar tanpa campuran cuka buah-buahan , khasiatnya tetap anggun ! ngerti ya kalian , bagus deih .
You all boleh amalkan resepi teh halba & teh jintan manis secara berselang-seli , kedua-duanya sangat baik untuk memantapkan organ dalaman tubuh . InsyaAllah .
Pernah rebus halba buat minum. Memang susu ibu bertambah. Milk booster natural lagi terjamin.
byk mane halba utk rebus?? lps rebus biji halba telan skali ke??
say rebus 1 sudu besar dan saya minum airnya sahaja ….
Pn saidila ,adakah halba yg sudah direbus td itu di jadikn pati ,bila nk minum Kita ambil sedikit campur dgn air suam ke
hai sis salam..nak tanya kalau amalkn minum halba ni tanpa senaman bole kurus tak boroi d perut bole hilang tak sis tq
saya tak dan rebus mlm masuk halba sesudu dlm air panas , esk pagi minum ,, mmg bnyak susu .. Dgn izin Allah.. masalah nya makan halba ni badan bau busuk bau halba
Bau halba wangi. Bukan busuk. Bau rempah. Mmm….sy suka❤
Mcm mn cara minum halba utk tambah susu badan? Adakah sama cara amik pada waktu pagi saja sis? Halba ni kena cuci bersih dulu dan keringkan ke sebelum nak buat teh? Mohon pencerahan
klau tk nk kurus bole ka mnum ni..dh mmng kita kurus..nti brtmbh slim plk mnum ni..ada cra mnum tk bg org yg kurus mcm sya ni..sya tk nk kehilangan brt bdn..
boleh jer , taklah minum ni terus kurus kalau tanpa senaman . Boleh ambik 3 hari sekali atau seminggu 2 kali . Beza dengan pengambilan untuk org diet
Saya adlh pengamal halba dan skrg menjual kapsul halba.
100% homemade…asli tanpa campuran.
Berminat boleh pm atau ws 0139947618.
Atau ke page saya Ameenah herbs shop.
bolh xcampor halba dgn kurma..rebus skli..
minx pencerahan
Boleh sis mase pantang saye amalkan niy.. Berat turun bnyak.. Susu badn pon alhamdulillah..
Hai…. So far mcm mana?
Oke ka? Ada turun berat Badan x..
Ada baca entry, halba boleh buat Badan berbau… Betulka?
Bagi testimoni please… Hihi
Da bulan 5ni…dah kkurus ke??? Saya….kurus dalah impian yg tertangguh
2 gelas air campur 1 sudu besar halba didihkan , dh suam minum, pas tu halba tu boleh didihkan balik ker atau rebus yang baru
rebus lagi sampai hilang bau dan rasa
Boleh ke kalau just rendam dgn air panas yg baru lepas masak?
boleh jugak
Baru nak cari kat pasaraya.
salam, nak tanya halba tu bolehke rendam dgn air panas, tunggu sekejap & terus minum ke? atau kena rendam semalaman?
kalau kita panggang & rendam airnya boleh ke?
bagi saya rebus beberapa minit lagi better…sebab takut halba tak cukup kembang untuk keluarkan dia punya rasa
Sy rebus halba dgn halia..
Salam sis kalau kita buat satu jag bolah ke..minum sampai petang….kalau sejuk masih same ke khasiat’y……(buat kurus)
boleh jer…tetap sama khasiatnya
ADA kesan sampingan kah atau ada kesan terhadap buah pinggang
tq
yg bru mmgandung 2 bulan boleh ke?
Assalam… saya amalkan mkn halba stgh sudu teh setiap hari.. adakah boleh mkn terus begitu??
saya pun makan macam awk jga. dalam dah saya amalkan. ok saja
saya dah amalkan halba ni sudah stgh thn.. tapi saya mkn sesudu kecil terus tanpa rebus.. mulanya untuk control kencing manis.. tapi pada masa yg sama senggugut beransur hilang.. Alhamdulillah
air halba ne berapa lama boleh di simpan dalam peti sejuk selepas di rebus.
Kalau dimkn kunyah atau telan je
kalao boleh tahu
satu hari berapa kali awk ambil .than selama setengah tahun pernah skip ambil atau rutin harian
cara makan macam mana ya..tak keras kah?maaf bertanya
Saya ada msaalah angin dalam badan..helba ni boleh me lawan angin dalam badan x?
Selepas meminum air halba..asyik terkentut..kentut..tu tandanya ya buang angin dalam badan..badan pun rasa ringan..sakit telapak kaki bila pijak..sudah berasa hilang kesakitannya..selepas meminum air halba
Saya x rebus sbb saya malas sikit so saya goreng tanpa minyak…saya blend bg hancur, nk minum saya ambil satu sudu kecik letak air panas buat mcm nk bancuh teh, tp saya tambah sikit madu ngan lemon,
Alhamdulillah…saya ada buat madical check up ..dr tnya apa you amal, kolestrol cantik, buah pinggan pn cantik, hati pn elok…alhamdulillah…
Hai assalam…nak tanye,sehari baper kali ye minum halba ni
Boleh tahu..dah brape lama awak amalkn minum halba ni..sbb suami ada kencing manis
Saya ada penyakit diabetes.. Doctor dah naik kan doss ubat tp still tinggi juga.. Bila saya minum air halba baru lah gula turun ke paras normal…
Boleh tahu cara buat dan bila masa bak minum?
Rebus sahaja , then air dia dah suam boleh minum. Boleh cuba sehari sekali dulu selepas makan. Tengok sesuai atau tak dengan badan.
[…] Baca : 23 Manfaat Halba Untuk Kesihatan Dan Untuk Kurus Juga […]
Berapa kali sehari makannya.?
sya jenis malas nk rebus2 ni… setiap pagi sya ambik dlm 1sudu…sybasuh bersih…sya mkn terus..kunyah2…rasa pahit2 skit je..pstu ptg sya ambik 1sudu lg..sya kunyah2.. setiap hari…