Bismillahirahmanirohim ,
Tu diaaa tajuk yang tak SEO sangat tu,macamlah orang mencari-cari sangat nak tahu aku buat apa.Kalaulah aku tak rajin promote blog dan link entry aku,takder sapa kot nak baca.Kadang paksa-paksa gak kawan baca.Tapi begitulah nasib penulis blog yang tak guna tajuk kontroversi untuk meraih populariti.
Gossip artis?memang aku tak layan.
Tapi takperlah,tak popular pun takper,asalkan aku tak tulis benda sia-sia.
Hari ni aku plan nak cari barang yang aku nak gunakan hujung minggu ni.Puas bergolek-golek kat katil sampai dah nak Zohor baru bangun mandi.Itu mandi tengahari tau sebab pukul 4pagi aku dah mandi jugak.Panas kekdahnya .
Lagipun dah 3 hari 2 orang anak aku takder kat rumah sebab aku hantar diorang ke Kem Motivasi kat Hulu Langat.Dijangka selepas Zohor ni nanti diorang balik .
Lepas solat Zohor,bergegas dd ke Masjid As-Salam Puchong Perdana nak ambik diorang.Tunggu punya tunggu takder.Rupanya dapat info bas yang diorang patut naiki rosak.Diganti dengan bas baru kedua pun rosak jugak tak boleh jalan.Diganti dengan bas ketiga pun sama jugak.Menjelang petang selepas Asar barulah ada bas ganti keempat yang berfungsi dengan baik.
Ujian untuk anak-anak yang menuntu ilmu begitulah . Aku terima berita dari fasilator dengan hati yang terbuka . Mungkin kesan dari pengalaman aku yang masih segar dalam ingatan .
Makan Tengahari Di Chef Joe At The Dangau
So , oleh kerana anak-anak aku tak dapat sampai seperti waktu yang dijadualkan , maka aku ambik keputusan ajak dd pergi makan Nasi Ayam Mafia kat BBST ( Bandar Baru Salak Tinggi ) . Dengar ceritanya nasi ayam dia sedap . Seriusnya aku memang rindu masakan Malaysia . Rasa macam bertahun tak merasa nasi ayam pun ada .
Sebelum datang ke sana aku call dulu 012-978 9655 tanya ada lagi ker tidak nasi ayam mafia dia tu , kalau ada aku datang kalau takder aku dah ready nak order Dominos jer .

nasi ayam mafia , sambal dia tu yang kick ….
Bukan nak poyo ok,aku jadi camtu sebab tekak aku tengah hilang deria rasa.Batuk masih bersisa dan tak baik-baik sejak aku balik dari Umrah.Selera makan pun tak berapa nak ada.Jadi apa salahnya aku melayan kehendak tekak aku lepas selera mula ada,yer dak ?
Aku order 2 nasi ayam mafia dan satu nasi kukus mafia.Rasa nasi dia biasa jer taklah rasa nasi ayam sangat .Tapi ayam dia ok juicy dan ada rasa.Tapi yang menaikkan lebih selera tu letak kat sambal dia.
Selain dari nasi ayam mafia dia yang ok,sambal kat nasi kukus dia pun kick jugak.Sambal dia tu punya kick sampai hilang batuk aku buat sementara.
Dan punyalah bijak dd ni tau selera aku apa , dia order pulak teh ais thai ngan air kelapa dalam baldi kecik tu.Teh ais dia sedap tau,sesuai harga dan puas minum.Taklah anyep macam kebanyakkan teh ais kat kedai lain,sakit hati jer kalau beli.
Tapi teh ais thai yang kat sini memang OK sangat.Air kelapa pun ok,kurang ais dan banyak degan lembut.

pakwe yang belanja
Dah makan Nasi Ayam Mafia,Nasi Kukus,Air Kelapa Cetong dan Teh Ais Thai,aku pun pergi singgah kat rumah kawan aku yang dekat-dekat situ.Cadangnya nak jumpa sekejap jer,tapi dah kawan jemput masuk aku pun ok jer.

nasi kukus mafia , boleh jer mintak kuah tambah kalau rasa tak cukup banjir…
Berborak-borak pasal pengalaman umrah aku sampailah ke petang,nak Maghrib barulah aku beransur.Misi mencari barang kena diteruskan.
Lokasi pertama aku ialah Bangi.Sebelum sampai ke destinasi yang nak dituju,aku singgah Petronas dulu untuk solat Maghrib.Masa Asar tadi aku solat kat Chef Joe Dangau.Bagus tempat tu sebab ada sediakan surau untuk pelanggan.Memang kebetulan masa dah nak selesai makan tu dengar azan Asar,lepas makan terus solat kat situ dulu baru aku pergi rumah kawan aku.

sedap sangat kot air kelapa cetong tu
Teruskan Mencari Dan Jangan Pandang Belakang
Sampai kat lokasi cari-carilah apa yang aku nak tapi tak jumpa.Masa dah suntuk,makin malam.Nak pergi kat tempat yang kawan-kawan aku pernah cadangkan untuk cari apa yang aku nak pun dah tak sempat.
Maka aku google dan jumpalah lokasi yang seterusnya.
Tapi sebelum tu aku call dulu tanya adakah benda yang aku nak tu dia ada ? dia kata insyaAllah ada . Aku memang boleh pergi merayau cari sendiri apa yang aku nak , tapi berdua kan lebih baik .
So aku tekad,apapun terjadi aku mesti kena suka dengan apa yang ada,sesuaikan dengan apa yang aku nak dan jangan pandang ke belakang lagi.
Setelah memilih,mencuba dan membuat undian kat wasap,akhirnya aku berjaya beli apa yang aku nak.
Menyesal? tidak sama sekali.Kalau menyesal itu maknanya aku tak redha dengan pilihan aku.Alhamdulillah aku berlapang dada dengan apa yang ada.
Hahahahaha apakah?misteri sangat ehhhh apa yang aku beli?
Nak tau apa korang tunggu jerlah aku updet esok.Boleh ?( wink wink wink )
hahahhaah smaa l
plak,rasa macam bertahun tak makan nasi ayam yang ada rasa nasi ayam ehhh boleh gitu hahahahah…okeyah berbaloi dengan harga.
Air kelapa baldi tu win!
lama tak dengar perkataan cetong.
terliur nengok gambar makanan hihihi
nama mafia tu mengerikan..hehehe
Nasi ayam mafia! namanya tu gempak sungguh