Fuhhh mencabar sungguh sejak anak mula meningkat dewasa . Mujurlah masa sekolah aku selalu jadi kaunselor tak bertauliah untuk kawan-kawan meluah perasaan . Walaupun aku tak ada PHD dalam bidang psikologi . Rata-rata kawan aku yang mendapat “perkhidmatan” aku semua berpuas hati dan rasa lega bila sesi perbincangan selesai .
Biasanya aku tak bagi kata putus pada sesuatu masaalah tapi aku bagi diorang pilihan untuk memilih . Kau pilih ini maka inilah yang kau akan dapat . Kau pilih itu maka itulah yang kau kena hadap .
Tak ada yang salah dan tak ada yang betul untuk setiap keputusan yang kau ambik , sebab apa yang kau pilih di permulaan itulah yang akan menentukan pengakhiran .
Dan malam ni aku ter’gunakan bakat istimewa aku tu pada anak aku sendiri .
Puncanya entah macamana si kakak tiba-tiba keluar dari biliknya dan datang ke ruang tamu lalu mengeluarkan perkataan“duduk rumah bosan ..” aku yang tengah menulis entry pasal Kad Peduli Sihat dan-dan tu jugak naik angin .
Puting beliung kejap ruang tamu dengan soalan petir aku kepada si kakak . 3 orang anak aku yang lain cepat-cepat angkat kaki cabut dari ruang tamu masuk bilik . Mungkin takut terkena tempias kemarahan aku .
Aku tanya pada si kakak sebab apa rasa bosan duduk rumah ? dia diam …
Ternyata ciri-ciri yang kakak tunjuk tu memang mirip sangat dengan diri aku semasa sebaya dia . Hanya sorang dua jer yang boleh nampak diri sebenar aku yang sebenarnya seorang yang susah nak meluahkan perasaan dan sentiasa menyembunyikan emosi sebenar diri .
Dia Hanya Remaja Biasa
Aku takkan biar si kakak memendam perasaan sendirian sama macam seperti aku yang dulu . Pertamanya aku marah dia cukup-cukup , kemudian aku buat dia berfikir , kemudian baru aku buat dia rasa bersalah dan akhirnya aku akhiri perbualan dengan nasihat . Nasihat dari aku yang akan buat dia kenang dan ingat disepanjang hidupnya .
Mama pun pernah remaja nak , jadi mama faham sangat gejolak hati yang sedang melanda di hati kakak . Kakak adalah sebahagian dari ciri mama yang dahulu .
Aku boleh jer nak buat tak tahu atau ambik ringan dengan kata-katanya . Tapi aku bukan jenis mak-mak yang akan nangis tepi bucu katil sambil meratap bertanya pada diri sendiri apa sudah jadi ? apa salah aku ? kenapa anak aku ?
Aku tak biarkan dia masuk ke bilik dan merajuk dan tenggelam dengan emosi sehingga ke esok hari . Aku bimbang emosi dan mindanya akan dinasihat oeh yang bertanduk jadi aku aku tanya dia balik ? kenapa kakak rasa bosan ? apa lagi yang kakak kurang ? apa yang kakak tak puas hati ? pada mulanya dia bagi jawapan yang tak munasabah tapi takper aku ambik jawapan dia dan terangkan balik kenapa . Paling tidak selesai sudah satu persoalan dari dia yang dia rasakan penting .
Bila aku mula kendurkan suara aku nampak air mata dia mengalir , ok dia dah masuk fasa lain , iaitu fasa emosi dalaman . Kat sini hati dia dah mula lembut dan aku kena cepat-cepat memainkan peranan untuk sentuh hati dia .
Kalau silap sentuh maka dia akan lebih jadi seorang yang lebih pemendam .
Dengan bahasa dan pandangan yang lembut aku tanya …kakak sedih ? dia jawab tak . Aku tanya lagi , kalau kakak tak sedih kenapa kakak menangis ? dia diam… dan aku bagi arahan dengan lembut tapi tegas supaya dia jawab . Lama sikit dia jawab dan katanya “kakak tak tahu kenapa kakak rasa seperti itu “ cepat-cepat aku jawab “ok baiklah …tapi mama tahu kenapa kakak sedih …”
Maka sesi kaunseling antara seorang mak dan anak remaja pun bermula . Perlahan-lahan aku nampak air muka dia mula berubah , aku nampak dia mula faham , aku nampak dia mula lega dan aku nampak dalam hatinya ada mula rasa nak berubah .
Aku percaya yang anak aku tak kurang dari segi apapun , baik dari segi kasih sayang , didikan agama dan keperluan . Cuma aku kena faham yang dia sedang melalui peringkat pergolakkan jiwa seorang remaja .
Seorang remaja mudah cenderung merasakan dirinya tak disayangi walhal dialah yang paling disayangi cuma dia tak nampak dan akulah yang kena tunjukkan pada dia .
Dan aku syukur sebab Allah bagi peluang untuk aku berada disisi dia semasa jiwa remaja dia sedang berperang dengan emosinya sendiri .
Aku kata padanya yang “mama akan sentiasa bersedia untuk kakak , mama akan sentiasa sedia mendengar masalalah dan luahan hati kakak jika ada . Yang penting kakak nak berkongsi dengan mama . Jangan assume mama tak pedulik walhal kakak yang menyembunyikan diri .
Jangan salahkan orang lain yang tak faham walhal kita yang tak nak buat orang faham diri kita . Mama bukan tuhan yang boleh tahu dan baca isi hati orang . Bersyukur pada allah kakak masih ada mama dan ayah biarpun mama tak kaya dan tak berpelajaran dan ayah kakak cuma seorang pekerja kilang .
Bayangkan pada satu hari semasa kakak kat sekolah cikgu panggil dan bagitahu pada kakak
“Fatin Humairah , cikgu ada berita buruk untuk kamu …mama dan ayah awak telah meninggal dunia .
Selepas mama ngan ayah tak ada , agak-agak siapa nak depangkan tangan dari jauh untuk sambut kepulangan kakak ke rumah ?
Menitik lagi air mata anak dara aku . Walaupun ayat aku nampak kejam tapi sebenarnya itulah cara untuk timbulkan balik rasa syukur dalam dirinya .
Dia pandang aku dengan matanya yang penuh berkaca air mata dan aku nampak pandangan itu juga ada refleks pandangan yang penuh dengan keinsafan , walaupun hati aku sendiri macam dah nak cair melihat air mata anak aku tapi sebagai seorang mak , hati aku kena lebih tabah dari dia .
Di akhir kata dia nyatakan yang dia sayang pada aku dan janji akan berusaha untuk menjadi anak yang lebih solehah . Aaminnn
Finally selesai satu bab . Esok lusa tah emosi anak yang mana pulak aku kena hadam .
Tak Ada Cara Yang Salah Dan Betul Dalam Mendidik Anak
Dalam hal ni korang jangan judge cara aku ok . Sebab anak aku begitu maka begitulah caranya . Bila mendidik anak ni kita tak boleh cakap cara dia salah dan cara kita betul . Kita kena sedar , setiap anak adalah berbeza biarpun datang dari benih dan induk yang sama .**tapi kalau kau biarkan anak kau mencuri , menipu , mencarut , melawan dan biadap itu memang salahlah ., yang itu tak perlu aku nak cakap kot
Aku jarang baca buku parenting sebab bagi aku cara dalam buku tak sama dengan realiti . Tapi sebagai guideline OK jer . Cumanya aku tak terlalu fokus membaca sebab aku bimbang aku cenderung nak terikut cara yang ditulis kemudian aku gagal dan kemudian aku sendiri rasa kecewa . Well cara masing-masinglah yer .
Maklumlah kan , dalam buku semuanya akan kelihatan sempurna . Realitinya kau juga yang kena settle sendiri .
Kalau kau rasa selesa dengan cara kau didik anak sila teruskan . Tapi kalau kau sendiri rasa rimas dengan anak kau , itu maknanya adalah yang salah dalam cara didikkan kau maka itu kau kena perbetulkan . Dah kau banyak komplen anak kau gitu dan gini maknanya salahlah cara kau tu . Tapi kalau anak kau menyenangkan hati kau baru kau boleh kata “dah betul’lah tu cara aku..”
Aku cuma baca pengalaman ibubapa apa yang dia lakukan bila anaknya jadi seperti ini dan itu . Lain-lain semua aku biarkan ikut masa dan situasi . Jangan pernah rasa terlambat untuk memperbaiki diri dan keadaan jika ada yang salah . Allah sentiasa bagi kita peluang untuk ubah tinggal lagi kita nak atau tak nak sahaja .
So itu sahaja perkongsian aku dengan korang dalam entry kali ini . Maaflah kalau entry ni pun buat korang rasa nak hangin kat aku .
Aku cuma kongsi keadaan dan situasi sebenar sahaja . Kalaua korang rasa ada cara yang lebih elok korang boleh tulis kat ruangan komen . Terima kasih dan aku sangat hargai pendapat korang .
Seronok baca entri nie..
anak dara akak dah besar..insyaAllah pandailah dia jaga diri…suka jugak cara akak treat anak2..nampak mesra jer semua
setuju sangattttt,setiap anak itu berbeza
sueizza recently posted…Perlancaran GT Dollar oleh GT Group di Malaysia.
betul2….kita didik ikut kesesuaian diri dia …semoga Humaira jadi anak yang solehah untuk sue dan eddy
hee~ bila baca entri nih teringat cara saya ‘barkawan’ dengan emak.. jujurnya kami tak rapat.. tapi untuk sesetengah perkara, saya sangat memerlukan emak.. tahniah kak.. akak seorang ibu yang baik..
atiehilmi dot com recently posted…7 + 2 CARA TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN CEPAT
betul…ada sesetengah perkara nak tak nak dia kena hadap ngan mak dia jugak….insyaAllah harap2 dapat didik dia jadi anak yang solehah….tq singgah
Pergolakkan jiwa remaja yang menghantui diri SA gak sebab i pun dah ada anak dara..sedikit sebanyak dia selalu memberontak..kadang susah nak buat dia faham…
Suria Amanda recently posted…Situ Sini Sana Sinun Bersama Suria Amanda
yup…itulah peranan kita sekarang nih SA….kena banyak guna psikologi…..ada kala kena keras ada kala berlembut …hanya kita yang faham anak kita sendiri macamana…sama2lah kita belajar memahami dan mendidik diorang yer SA
Sedih…baca entry ini, tapi penuh bermakna dan sarat dgn ilmu. Izinkan saya gunakan untuk mendidik dan membimbing 3 hero ku ini