Perkongsian menarik yang aku jumpa di FB mengenai SOP UMRAH TERKINI sekiranya dibuka kembali.
SOP yang dikeluarkan ini merujuk temubual IKIM bersama Datuk Ruzman, CEO THTS.

- Pilih syarikat UMRAH yang sah dan berlesen.
- Penyediaan visa, pasport, gambar, suntikan meninggitis, PCR (Polymerase Chain Reaction) test 72 jam sebelum berlepas.
- Setiba di Jeddah, jemaah perlu melalui kaunter kementerian kesihatan – serahkan keputusan PCR test dan borang disclaimer.
- Ke kaunter imigresen.
- Download aplikasi “TAWAKKALNA” dan isi butir- butir yang diperlukan
- Ke conveyer untuk mengambil bagasi.
- Menaiki kenderaan menuju ke Madinah
- Setibanya di Madinah jemaah wajib kuarantin selama 3 hari di bilik. Makanan akan dihantar ke bilik.
- Selepas 48 jam, PCR test akan dibuat oleh KK Saudi. Keputusan akan diberikan dalam tempoh 24 jam.
- Sekiranya keputusan negatif, jemaah bolehlah keluar ke masjid.
- Perlu booking untuk ke Raudhah dan Maqam Rasulullah SAW
- Berangkat ke Makkah.
- Syarikat akan booking melalui aplikasi untuk Tawaf dan Saie. Hanya 25 orang dibenarkan dalam satu kumpulan. 3 slot time sahaja dibuka iaitu pada pukul 4:00pm, 8:00pm dan 12.30pm.
- Selesai ber’tahallul pulang ke hotel masing-masing.
- Untuk solat fardhu, jemaah kena mengisi aplikasi “I’tamarna” (masih dalam pembagunan)
- Ziarah hanya dari dalam kenderaan sahaja.
- Sebelum balik jemaah akan diminta mengisi “letter of undertaking.”
- Ambil PCR test semula dalam tempoh 72 jam
- Tawaf Wada tidak dibenarkan.
- Pulang ke Malaysia dan menjalani kurantin 7-10 hari.

Semoga Allah permudahkan dan mengizinkan memelihara semua umat Islam yang ingin menunaikan umrah dalam keadaan yang sihat walafiat.
InsyaAllah, Amin.
Leave a Reply