Hujung-hujung minggu mesti kita suka golek-golek jer atas katil sambil layan lagu-lagu yang tengah trend . Aku pun sama gak macam korang , normal apa kalau ada perangai camtu .
Walhal aku setiap hari kerjanya pun bergolek atas katil tapi hari cuti ni dia punya feeling ada lain macam sikit , perasaan rasa cam bebas gitu walaupun anak-anak lagilah buat kecah kat rumah time cuti-cuti nih .
So korang nak tahu tak lagu kegilaan aku sekarang ? Serius pertama kali dengar pun aku terus jatuh hati , jatuh cinta dan hati aku juga jadi cair .
Memang jiwang beb kalau baca lirik-liriknya . Lagu ni memang aku tak pernah jemu dengar . Kalau time hati aku tengah sedih ker , kepala tengah ting tong ker memang aku akan cepat-cepat bukak lagu nih supaya aku boleh bertenang .
Ada satu lagu ni first time dengar masa bukak satu blog Kapten Bokhari rasanya…lama dah…rasanya tahun-tahun awal aku berblog . Selain baca entry aku bukak blog tu semata nak dengar 1 lagu yang sangat menusuk hati jiwa dan perasaan aku ketika itu .
Lagi 1 lagu ni pulak baru jer beberapa bulan aku dengar . Sehari sekali mesti dengar , kalau rasa tak puas nak dengar yang auto aku bukak you tube dan dengar balik ulang-ulang .
So inilah 2 lagu yang cerita tu , bukan nak tunjuk good-good tapi cubalah dengar setiap hari , aku gerenti korang pun akan jatuh hati semacam mana aku .
Tanpa bantuan satupun alat muzik tapi sangat-sangat bermelodi dan itulah namanya Tarannum .
Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh Rasulullah SAW. Sabda Baginda:
ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن
– رواه البخارى
Maksudnya: “Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.
Memang bacaan Al-Quran yang sedap dapat membuat hati kita bagai dipanggil-panggil sekaligus membuahkan rasa kecintaan yang mendalam terhadap Al-Quran . Dalam surah Al-Kahfi ayat 109 Allah berfirman :
Kalau tak mampu nak baca , sekadar dengar dulu pun ok .
Ingat tak kisah dimana sahabat Nabi kita telah memeluk Islam hanya selepas mendengar bacaan Al-Quran surah Taha ayat 1-8 dari adiknya Fatimah . Kalau tak ingat dan tak tahu nama sahabat tu meh baca kat sini .
Selamat mendengar semua….semoga 2 lagu ini dapat menenangkan hati-hati kita tatkala diuji dan bermanfaat untuk kehidupan kita semasa berada didunia dan diakhirat kelak.
1. Surah Al Mulk by Sheikh Mishary Bin Rashid Alafasy
2. Surah Al Mu’minun by Sheikh Mishary Bin Rashid Alafasy
Comments