Sapa tak suka emas? Rasanya semua suka tak kira lelaki ataupun perempuan. Dan mesti korang ada kedai emas faveret masing-masingkan . Mungkin korang suka pergi kedai tu sebab kat situ ada kepelbagaian reka bentuk ? atau mungkin korang suka sebab harganya jauh lebih murah atau berbaloi daripada kedai lain ? atau juga korang suka datang sebab mudah berurusan termasuklah layanan mesra yang diberi.

Kalau aku ketiga-tiga elemen tu agak penting jugak untuk aku kekal setia membeli dikedai pilihan.

Bagi yang menghargai emas dan tahu nilai serta apa kebaikkan membeli dan menyimpan emas ianya bagaikan satu kemestian dan satu kebanggan kalau dapat membelinya. Tak semestinya suka emas tu kita kena suka perhiasan emas semata, emas ni ada juga dalam bentuk syiling bentuk bar dan juga jongkong.

Macam aku selain emas dalam bentuk cincin dan gelang aku suka juga beli dan simpan emas dalam bentuk syiling dan juga bar. Bentuk jongkong suka jugak tapi tak mampu beli lagi oiii.

Kata kawan blogger aku Umminani dia sendiri suka beli emas dekat KEHH.

APA ITU KEHH ?
Apa tu KEHH ? KEHH ni nama singkatan pada Kedai Emas Hajah Halijah. Dengar cerita KEHH ni dah viral pun kat belah-belah utara.

Viral sebab apa ?
Haaa tu yang nak kena tahu tu. Kata orang-orang kat situ , yang dah pernah singgah beli dan jadi pelanggan tetap, diorang memang rekemen kita beli emas kat sini. Pastu, dia punya viral bukan setakat yang duduk situ jer tahu, yang luar dari kawasan pun gigih membeli kirim kawan-kawan yang dekat situ belikan.
Aku sendiri pun nak beli cincin dari KEHH tapi beli online lah. InsyaAllah selamat sebab setahu aku semua barang kemas yang di pos mesti ada insurans.

13 SEBAB UNTUK PILIH KEHH
So, apa kena mengena dengan KEHH ni? Haa let me tell yarrr. Mengikut kajian KEHH telah disenaraikan sebagai :
- Kedai emas pilihan No1 rakyat Kedah
- Beli emas percuma emas – wow nih !
- Daftar keahlian untuk dapatkan lebih ganjaran istimewa dari KEHH
- Diskaun Rm10/grm untuk ahli
- Hadiah istimewa kepada setiap pelanggan kesayangan
- Jaminan kualiti emas yang padat dan rapat terhadap barang
- Ilmu emas setiap hari kat Facebook – penting untuk tahu bagi yang nak jadikan emas sebagai simpanan/pelaburan
- Harga berpatutan – sila bandingkan harga kami
- Kualiti emas sejak 28 tahun
- Tagline KEHH “Kepuasan pelanggan, Keutamaan kami”
- Cuci emas secara percuma
- Harga emas istimewa dari KEHH setiap minggu
- Belian semula/trade in dengan harga yang tinggi

Ilmu emas tu yang penting tau , dulu aku pernah buat kempen simpan emas sebulan 1 gram. Sebab aku tahu emas ni jarang ada susut nilai. Mana tahu satu hari nanti anak nak sekolah tinggi perlukan belanja, haaa emas yang kau beli dari harga segram Rm50 dulu tulah yang dapat membantu tanpa buat pinjaman. Anggap emas ni macam simpanan selamat , if berlaku kebakaran pun emas tetap selamat beza dengan simpan wang kertas.

Dan selain dari 13 sebab diatas, aku juga suka dengan ketelusan mutu kerja mereka seperti yang tercatat dalam laman Facebook mereka.

QUALITY NEVER GOES OUT of STYLE
Rahsia kami adalah hasil kerja artis yang berjaya menghasilkan satu rekaan daripada emas asli. Dari jongkong emas biasa hingga menjadi perhiasan yang penuh eksklusif dan menawan sesiapa sahaja yang memandangkan. Ia satu hasil kerja yang amat dihargai semuanya dari hasil kreatif artis kami sendiri.

“Sebelum menghasilkan sesuatu rekaan, banyak kajian dan proses perlu dilalui. Kami juga menggabungkan hasil kerja tangan dengan teknologi.
Untuk membuat garisan halus atau apa jua motif atas emas tersebut amatlah mencabar. Hanya pengukir atau tukang kami yang pakar sahaja boleh menterjemah apa yang dimahukan oleh penilai emas.
Untuk mendapatkan hasil garisan SILK LINE yang seragam, tangan si pengukir haruslah tetap, terkawal dengan tepat.
Kemudian hasil tersebut akan melalui proses kilauan yang menggunakan alat khas supaya dapat memberi perbezaan pada kilauan daun dan kelopak bunga.
Antara motif yang menjadi minat pelanggan kami ialah bunga, tumbuhan, burung, rama-rama dan metafora yang memberikan pelbagai maksud dan keperluan seseorang.
Sejak 28 tahun pelbagai kami inspirasi diambil dan nama-nama khas telah diberi untuk setiap koleksi. Setiap koleksi menampilkan rekaan yang cantik lagi eksklusif.
Datang mesti ada kelainan dari segi design update untuk sedikit nilai diri kita yang sangat terkini lagi berbeza”
Haa amacam , korang mesti boleh rasa kejujuran mereka walaupun hanya melalui penulisan kan ? Kalau tak masakan KEHH boleh bertahan sehingga 28 tahun hingga ke hari ini.
MAKLUMAT LANJUT TENTANG KEDAI EMAS HAJAH HALIJAH (KEHH)

FB PAGE : Fb.com/KedaiEmasHajjahHalijah
HUBUNGI
📞: 04-4212499 (Sg. Petani)
📞: 04-9174499 (Jitra)
📞: 04-9772399 (Kangar)
📞: 04-7329799 (Alor Setar)
Baru tahu kalau pos emas ada insurans
Azni recently posted…Senarai Buffet Ramadhan 2019
Nina suka tul kat gelang tuk bebudak tu…
Comey nau!
Nina Mirza recently posted…Fuuhhh… Kenyang! Surya S Great Grain bagus untuk yang berdiet ..
Cantik gelang dan model dia sekali.. Haishhh.. Geram tgk yg tebal2 tu.. Hihihi
Berbaloi-baloi beli emas sekarang ni.
Boleh ler den singgah cuci mata bagi bersilau bila balik kampung kedah nanti. Hihi
Dura Norell recently posted…Friendly neighbourhood to settle in Singapore
ya ampun syioknyer shopping emas. nampak harga boleh tahan jugak tuh kan. tak delah mahal macam kat KL ni. tengok koleksi pun cam banyak je tuh ek
Lawa nya gelang yg design berpintal pintal tu, cincin macam bunga rose tu pun lawa. Ini kalau tunjuk kat mak i, mesti membuak buak rasa nak pi ‘melawat’ kedai tu hahahahaa
Mama Kembar Tiga recently posted…Tips Mendidik Anak Daripada Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan Pertama Negara
Amboi bergaya sakkan lah depa Hari Raya nanti hehehe tengok koleksi emas yang terkini dan juga murah dan berkualiti kat sini… Lepas ni penuhlah sampai lengan dengan emas ni hehehehe…
wah, tak tahu pulak ada kedai emas ni, menarik juga apa yang dioffer di sini, tapi jauh di kedah… kalau order online takut pulak
fendi mazalan recently posted…Muzik terhasil dari pergerakan video: Kelas Tebas
Lama x beli emas baru. sbb yg sedia ada pun jarang pakai. Tapi tgk koleksi-koleksi ni teringin pulak nak tukar gelang or rantai tangan.
Sis ni bukanlah pencinta barang2 emas ni..tapi ada jugaklah beli sikit2 untuk kemudian hari. Emas ni bagus utk simpanan..mana tahu zaman2 darurat..boleh le gunakan
wahhhhh kalah mami jarum macam nie. bolehlah beli emas sampai ke lengan kalau harga macam nie. murah sangat tu. mana nak dapat harga sebegitu dekat area klang valley nie. jgn mimpi lah. tapi jauh nun di utara pulak kedainya.
Patutlah orang Utagha sayang lebih dengan KEHH ni, beli emas percuma emas! Siap ada service cuci emas percuma pulak tu. Memang sakan la depa dok shopping emas kat sini
ok ras anak bodek laki suh beli.hahaa
alahai cantik cantik pilihan emas kat sini. murah pulak tu. tapi sayang jauh la pulak. untung org utara dapat bergaya sakan dengan emas KEHH ni..
klau ada rezekimmg nak sambar satu gelang emas utkanak dara liez. lagi satu beli emas ni bagus sbb boleh jadi investment kan. bila harga naik boleh gadai. Tgk design pun cun je. tapi jauh nun di utara tu..
Wah! Gelang dan cincin raya! Awat jauh sangat? Hehe. Waima cx bukan peminat emas tapi memanf berbaloi kalau beli dekat kedai emas KEHH ni. Banyak design cantik² dan menarik. Bolehlah belikan ntk emak tersayang.
Emi baru beberapa minggu lepas beli barang kemas. Tapi beli kat kelantan la, untuk pakai raya ni. Tak tahu pulak kat sini pun murah. Ingat kat kelantan selalunya murah.
Bestnya… Waktu nak raya macam ni ramai kaum hawa cari emas untuk tambah koleksi…
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019
Huda pun baru beli emas untuk raya nanti. kagum dengan bisnes emas KEHH , dah bertahan sejak 28 tahun tu.. memang bagus sangat, sebab ada kajian tentang emas dan banyak perkongsian di sosial media. Jom beli emas, tambah aset kita
Huda recently posted…Wah, Awal yer Arif Start Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2019!
Cantik² design emas dia, terliur tengok!