Lama dah aku nak kongsi pasal tips atau pun checklist penting yang kita kena siapkan jika kita ingin ke luar negara, nak-nak yang baru pertama kali nak pergi.
Kena amik tahu juga apa yang yang kita perlu bawa dan sediakan, tapi janganlah sampai nak bawak satu almari dan macam nak pergi sampai bertahun lamanya. Sebaiknya biarlah bawak barang yang ringkas, praktikal dan berguna.
Kalau korang tu sejenis Che Ta takperlah, sebab ada yang tukang bawak beg yang ber’beg beg tu . Tapi kalau setakat kita-kita ni yang nak travel ala-ala bacpakers, bawak yang penting-penting sudah.
So dekat-dekat nak masuk bulan-bulan travel ni jom kita buat senarai semak , korang juga boleh tambah apa yang patut ikut keperluan.
1. PASPORT – pastikan pasport belum tamat tempoh dan ada lebih 6 bulan sebelum expired semasa tarikh travel.
2. TIKET FLIGHT – sahkan tiket flight dengan syarikat penerbangan ataupun ejen jika travel menggunakan travel agent.
3. TRAVEL INSURANS – beli travel insurans siap-siap dan pastikan polisi insuran cover segala kemungkinan seperti kehilangan bagasi dan kegagalan flight service.
4. DUIT TUKAR – tukar duit negara yang kita nak pergi siap-siap. Pernah terjadi pada aku masa pergi umrah aku gagal jumpa money changer. Kalau boleh buat akaun bank kita boleh buat pengeluaran duit di luar negara.
5. TELEPHONE & SIMKAD – Telephone pun memainkan peranan , ada sesetengah negara tak benarkan telephone type tertentu dibawa bersama. Kenapa ? ada yang kata phone jenis tu boleh menyebabkan kebakaran sebab tak tahan dengan tekanan semasa diudara.
Dan Jika anda pengguna iPhone dan ingin travel pada musim sejuk sila ikut TIPS DAN CARA NAK ELAK IPHONE HANG SEMASA MUSIM SEJUK.
Bersedia untuk kosongkan memori didalam galeri photo. Jika anda sayang ke semua gambar yang ada, anda boleh transfer semua gambar ke Google Photo atau install apps Google Photo di phone, jadi setiap gambar dan video yang diambil akan disimpan ke dalam Google Photo secara automatik dan akan kekal ada disitu biarpun gambar didalam galeri phone sudah dipadamkan.
Simkad juga jangan sesekali lupa dan sebaiknya beli siap-siap simkad dari sini. Masa aku ke Korea tahun lepas , aku beli simkad dari Hello! 1010. Sampai airport sana aku dah tak risau langsung nak cari simkad.
Aku beli simkad yang data dia unlimited. So far memang tak menghampakan langsung. Aku boleh buat go Live bila-bila masa sahaja dan upload perkongsian kat social media tanpa limit. Siap wasap call anak-anak dari puncak Namsan Tower.
6. POWER BANK & EXTRA USB KABEL – Bagi yang kaki online kaki ambik video dan buat go live pastikan anda bawa powerbank extra dan kabel USB baru sebagai extra. Jangan sampai anda menyesal kerana kabel USB tiba2 rosak dan tidak berfungsi atau tiba-tiba telephone kehabisan bateri.
Kalau aku kena macam tu mau murung seharian. Kecuali anda ambik gambar dan video dan kemudian updetnya selepas balik ke Malaysia.
7. KAMERA / GO PRO – Ini juga penting untuk dibawa bagi yang memang bercadang nak buat travelog dan nak rakam semua jenis mak nenek benda semasa travel . Jangan upa bateru extra ful charge.
8. INTERNATIONAL ADAPTOR & EXTENTION PLUG – Beli siap-siap international adapter yang boleh guna disemua negara. Bagi yang banyak gadget nak dicaj jangan lupa bawa juga extension wayar. So semua boleh sekali jalan untuk dicaj.
9. LUGGAGE / BACKPACK – Bawa 2 jenis bag . 1 jenis tarik beroda untuk anda sumbat segala jenis keperluan dan kalau boleh jangan penuhkan sebab kebiasaanya kita akan beli cenderamata untuk dibawa pulang. Satu lagi beg bawa sejenis backpack untuk korang letak keperluan semasa see sight .
10. PAKAIAN – Bawa pakaian seminima yang perlu. Bawa pakaian yang tidak perlu digosok, ringan serta serap peluh jika anda travel masa musim panas. Jangan bawa semua baju kesayangan korang biarpun cantik dan korang suka untuk pakai.
Untuk yang nak cari winter coat yang baru atau bundle, ada beberapa tempat aku boleh syorkan antaranya :
- Universal Travel ( Mines ) – kat sini walaupun orang kata mahal tapi sebenarnya kalau beli time sale atau pergi masuk dan tanya kat dia punya staff ada promosi ker apa mesti dah jadi tak mahal. Ada satu baju fleece turtle neck putih aku beli dari harga asalnya Rm100++ terus jadi Rm45 sebab waktu tu ada sale dan nak clear stock lama.
- Sasuke Premium Outlet ( Bangi ) – walaupun kat sini baju kategori bundle tapi quality sangat-sangat ok. Aku pernah tengok winter coat kat sini serendah Rm50 . Design pun lawa cuma untuk orang comel macam aku ni payah sikit nak jumpa saiz. Tapi seluar aku banyak beli kat sini sebab ada saiz aku dan quality dia memang ok harga pulak murah.
- Nordin Bundle ( Kajang )- aku tak pernah pergi sini tapi partner travel aku Hanani atau Mama Kembar 3 yang pergi beli baju winter dia kat sini. Harga serendah Rm10 sahaja weihh . Boleh Baca kat sini Kedai Bundle Baju Winter Murah
- Nizardan Bundle ( Klang ) – kat sini pun baju winter bundle tapi kategori branded. Paling penting sebelum beli winter coat korang kena tahu baju tu boleh tahan sehingga suhu berapa. aku suka sejuk tapi aku tak tahan sejuk sangat. Tapi nak jugak merasa jalan pada musim sejuk beku. Sebelum aku pergi Korea aku dah cek suhu kat sana berapa darjah celcius. Sekali tu dia aihhh dah cecah negatif -13. Aku pun macam aihhh boleh ker aku bertahan ? Aku rasa boleh cuma aku perlukan baju yang boleh buat aku tahan pada suhu sejuk negatif macam tu. So aku kenalah keluarkan duit sikit kalau tak mesti aku jatuh sakit. Dan selepas tanya pada owner kedai dan mencuba mana yang sesuai aku ambik winter coat brand Adidas yang boleh tahan sehingga sejuk sehingga negatif -20. Masa kat sana sehari sebelum salji turun suhu dah mencapai sehingga ke negatif -16. Nasib aku buat pilihan yang bijak.
Buat masa ni aku kongsi 10 jer dulu, next entry aku sambung lagi. InsyaAllah.
Selamat Bercuti !
TRIP BAJET KEMBARA IMPIAN 2019/2020
Untuk pengetahuan korang sekarang aku sah dilantik menjadi ejen travel Kembara Impian By Azie Sam . Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Buat masa sekarang pakej travel yang ada hanya cover 3 destinasi iaitu Jepun ( Osaka, Tokyo, Nara ) , Australia ( Melbourne ) dan Pulau Maldives.
JOM JOM JOM ! JOIN TRIP BAJET 5 HARI 4 MALAM.
HARGA RM2899.
HANYA TINGGAL TRIP JEPUN MUSIM AUTUMN 2019 , MELBOURNE SPRING 2019 & MALDIVES 2019 SAHAJA.
MELBOURNE WINTER, JEPUN SAKURA, JEPUN WINTER OFFICIALLY SOLD OUT!
NAK JUGAK BOLEH BOOKING UNTUK TAHUN 2020
WASAP UNTUK BOOKING SEKARANG SUPAYA TAK MENYESAL
TRIP 2019 ( LIMITED SEAT )
http://www.wasap.my/60192692067/jepunautumn2019
http://www.wasap.my/60192692067/melbournespring2019
http://www.wasap.my/60192692067/maldives2019
TRIP 2020 ( HOT SEAT )
http://www.wasap.my/60192692067/jepunsakura2020
http://www.wasap.my/60192692067/jepunwinter2020
http://www.wasap.my/60192692067/jepunautumn2020
http://www.wasap.my/60192692067/melbournewinter2020
http://www.wasap.my/60192692067/melbournespring2020
http://www.wasap.my/60192692067/melbourneautumn2020
CEPAT ! SEBELUM SOLD OUT !
DEPOSIT RENDAH. BOLEH BAYAR SECARA ANSURAN. TRUSTED !
Hampir semua benda dalam list tu dah ada, so dah leh pi travel dah ni. So nak kena plan next holiday la eh? Hehehe
Bersemangat Dura baca entry ni! Hampir semua dalam checklist tu Dura dah ada kecuali belum ada rezeki nak gi travel huhu
Dura Norell recently posted…Birthday Girl 1yo dan 3series
lengkap sekalee boleh dicoba tipsnya