Assalamaulaikum and hai gais ! Entry kali ni aku nak kongsi dengan korang 10 TikTok content creator yang wajib korang follow dan boleh follow kalau belum follow.
Sebenarnya since 2018 aku dah ada akaun TikTok tapi taklah begitu aktif. Aku create akaun TikTok masa tu sebab ianya aplikasi baru. Aku pulak suka cuba dulu sebab nak tahu adakah ianya sesuai dengan aku ataupun tak. Tapi memandangkan TikTok lebih kepada mereka yang suka buat video sedangkan waktu tu aku lebih kepada penulisan maka aku tak berapa nak updet content di TT.
Tapi setelah beberapa tahun berlalu, pada tahun 2021 aku dapat 1 job yang memerlukan aku buat posting di platform TikTok. Ahh sudahh ! Bila aku semak akaun aku waktu tu cuma ada 26 follower dan hanya ada 3 ke 4 video sahaj dengan view paling tinggi 400 sahaja.
Oleh kerana tak nak nampak sendu sangat aku mula cari cara nak naikkan follower dan enggagement dekat TikTok. Aku scroll semua video yang lalu sampailah aku jumpa tips-tips nak naikkan follower TikTok.
Dalam masa 2 minggu aku berjaya mendapatkan 1000 follower yang pertama. Kira cepat jugaklah tapi kau memang kena kerja keras sikit. Selesai sahaja posting job aku dekat TikTok terus lepas tu aku tak tahu nak buat apa.
Baca : Cara Nak Tambah follower Youtube Yang Tak Fake
Kita Semua TikTok Content Creator
Akhirnya aku ambik keputusan untuk post sahaja apa yang aku rasa nak post. Tak kisahlah pasal apapun termasuklah resepi , lifestyle aku, video-video lama yang aku ada aku post balik dekat akaun TikTok.
So dekat bawah ni aku senaraikan dulu 10 TikTok content creator yang aku follow sebab aku suka content yang diorang buat. Agak-agak ada yang sama tak dengan korang ? Kalau ada jangan lupa komen yer. Bolehlah geng !
1. Dya Mohammad @ CEO of korang2 kejap
- Kalau korang jenis suka nak tahu pasal fakta-fakta ringkas mengenai sesuatu tempat bersejarah , jenayah , negeri , kisah mistik dan lain-lain memang korang wajib follow KakDya ni. Aku sendiri dah terjebak dengan video-video beliau yang bagi aku ringkas tapi berinfo.

- Pada yang baru nak belajar body workout terutamanya untuk orang perempuan yang dah masuk umur 40 dan ke atas tu korang kena follow kak Chal ni sebab banyak video workout yang beliau kongsi. Ada yang simple dan ada juga yang hard. Malas macamana pun tapi once kau dah tertengok VTT Kak Chal ni memang auto rasa bersemangat nak buat yang sama.
- Ticer ni banyak bagi tips-tips untuk jadi content crator TikTok yang berjaya. Kalau korang serius nak buat duit dekat paltform TikTok korang wajib follow ticer ni. Walaupun aku ni bukanlah nak jadi content creator TikTok sehingga mampu menjana pendapatan tapi tak salahkan kalau kita ambil tahu apa yang perlu.
4. Akie Jack
- Kalau korang biasa dengar tagline beliau yang “boleh , takkan tak boleh..” inilah orangnya. Aku suka content makan-makan beliau sebab bagi aku cara beliau cakap dan makan pertamanya taklah gelojoh macam orang kebulur. Kita yang tengok pun bukan setakat berminat nak rasa tapi dalam masa yang sama boleh rasa tenang tengok dia makan.
5. Adza Irda
- Kak Adza ni lagi best sebab semua content dia happy-happy jer. Walaupun random content takder niche tapi Kak Adza ni idea dia terlalu banyak dan terlebih-lebih.

- Aku follow sebab aku suka dengan cara auntie ni bercakap dan buat transition baju dan tudung. Happy vibes gituu
- Mostly aku rajin tengok dan masuk live beliau sebab cara beliau yang sangat menghargai follower. Paling penting beliau akan layan dan respon dengan setiap komen yang masuk walaupun tak bagi gift. Topik yang biasa dibincangkan pun random bukan topik syok sendiri.
- Ikutkan banyak juga content creator yang kongsi pasal menu dan resepi yang best-best yang aku suka tapi aku letak satu ke dua dulu. InsyaAllah next entry aku kongsi 10 content creator masak-masak di TikTok yang korang boleh follow.
9. Arief_why1
- “leziat dan bergizai…” ni pun salah satu content creator yang suka kongsi pelbagai resepi yang pelik-pelik tapi nampak sedap. Sampai sekarang aku masih wondering nasi Milo tu camner rasanya.
10. Saidila79
- Last sekali diri aku sendiri. sapa nak promote aku kalau bukan diri aku sendiri. So far aku belum ada lagi VTT yang mencecah million view macam orang lain. Tapi aku tak kisah pun sebab bagi aku selagi ada video aku akan terus berkongsi. Niche content TikTok aku ialah “simpan sini sebagai kenangan”

So itu sahaja senarai 10 nama content creator TikTok yang korang boleh follow buat masa sekarang. InsyaAllah ada rezekinya entry akan datang aku tambah lagi 10 orang content creator yang korang boleh follow lagi.
Mana yang dah follow aku tu jangan segan-segan drop komen “dah follow” dan letak link atau username TikTok korang juga yer , InsyaAllah aku akan follow back. Tapi kalau aku dah follow tu jangan pulak kau orang unfollow aku. Jangan bawak perangai instafamous korang dekat TikTok yer.
Comments