10 TEMPAT MENARIK SEKITAR SEOUL WAJIB PERGI : Asalamualaikum ! Annyeong ! Hai korang semua ! Entry kali ni sajalah aku nak kongsi dengan korang tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi kalau korang nak pergi jalan-jalan Korea Selatan terutamanya tempat sekitar Seoul. Yer aku tahu memang dah berlambak entry pasal tempat menarik. Tapi pengalaman kita semua tak sama kan ?

Ada orang suka pergi sendiri dan ada orang lebih suka pergi dengan travel agensi. Bagi aku cara macamana nak pergi tu terpulang pada bajet dan kehendak masing-masing. Tak perlu nak kondem orang yang ikut agent tu rugi dan pergi sendiri tu untung. Yang penting cara macamana korang enjoy dan menikmati percutian tersebut.

If korang rajin nak buat semua persediaan tu sendiri yer silakan. Tapi kalau nak senang ikut jer travel agent yang boleh dipercayai. Dari A to Z ejen yang siapkan baik tiket flight , penginapan , pengangkutan dan guide ke lokasi-lokasi menarik yang kita nak pergi tanpa sebarang masalah. Korang hanya perlu sediakan duit sahaja, kan senang.

1. BUKCHON HANOK VILLAGE

– kat sinilah ramai muda mudi datang mengambil gambar dengan memakai Hanbok. Korang dilarang buat bising sebab Bukchon adalah kawasan perumahan lama yang sebenar. Boleh ambik gambar tapi senyap-senyap. Jangan ketawa kuat-kuat atau terjerit-jerit macam orang giler kat kawasan perumahan orang. Mungkin tindakan undang-undang akan diambil sebab kebanyakkan rumah diorang pasang cctv. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

kedai sewa hanbok di kawasan Bukchon
kawasan wajib bergambar
walaupun tak pakai hanbok

2. NAMSANGOL HANOK VILLAGE

– kat sini pulak kawasan perumahan yang sebenar juga. Rumah kat sini lagi benar-benar tradisonal. Tiap-tiap rumah ada namanya dan siapa yang pernah stay kat situ. Baik orang biasa, menteri mahupun kerabat diraja. Kat situ korang akan dapat tengok uniknya dapur diorang dan bagaiman haba panas disalurkan ke semua ruang rumah semasa musim sejuk tiba. Kat bahagian belakang pula ada tempat menyimpan makanan dan pes-pes yang disimpan di dalam tempayan.

Ada masanya korang boleh tengok perkhawinan tradisonal dijalankan disitu, cara buat kimchi, boleh cuba permainan tradsional rakyat Korea dan macam-macam aktiviti seni dan kebudayaan yang dijalankan. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

mengekalkan tradisi ditengah arus kemodenan
kawasan sekitar Namsangol
sungai pun membeku…

3. DONGDAEMUN DESIGN PLAZA (DDP)

– rekabentuk bangunan DDP yang macam kapal angkasa juga adalah tarikan terbesar orang datang selain kat sini juga dikenali sebagai syurga bagi para designer tak kiralah dalam reka bentuk apapun, baik seni reka bentuk mahupun seni fesyen. Kat sini jugalah terdapatnya taman rose LED. Datang malam-malam cantiklah. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

ini tandanya korang dah sampai DDP
memang banyak tarikan menarik kat sekitar DDP , semuanya percuma
binaan DDP macam UFO
kawasan LED Rose

4. NAMSAN PARK / NAMSAN TOWER

– ada beberapa cara untuk sampai ke Namsan Park. Kalau korang rajin dan kuat korang boleh berjalan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan yang cantik, atau korang boleh juga naik menggunakan cable car. Bayaran naik dan turun menggunakan cable car 9000kwon. Untuk naik ke menara Seoul pula lain harganya.

naik cable car untuk jimatkan tenaga
lock your love
wajib bergambar depan pagoda juga ni tau
here i am
Suasana malam pun cantik

5. EHWA WOMANS UNIVERSITY

kawasan Ewha Womans University memang sangat cantik walau dalam musim apapun. Tak hairan tempat ni juga antara tempat wajb jejak kalau datang ke Seoul. Disni juga terdapat shopping street yang menjual beg , kasut, skin care dan macam-macam dengan harga yang sangat murah. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

BACA : 10 TIPS DAN PERSEDIAAN RINGKAS JIKA INGIN TRAVEL KE LUAR NEGARA

6. INSADONG STREET

aku suka jalan kat sini sebab banyak kedai-kedai kecil yang menjual cenderamata barangan Korea, kedai kat sini kiranya agak hipster berbanding tempat lain, tapi aku jarang beli sebab harganya agak mahal. Kecuali pelbagai jenis design beg-beg buatan Korea yang hanya bernilai 10kwon. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

best tau jalan2 kat Insadong
kat sinilah tempat orang nak mencuba dan beli tea pelbagai perisa yang menenenangkan
kipas2 Korea tu rasa nak beli jer sebab comel tapi tengah sesejuk beli kipas dah kenapa?
stokin kat sini harga 2kwon , tempat lain 1kwon

7. ITAEWON

kat sinilah terletaknya satu-satunya masjid di tengah-tengah bandar Seoul. Kat sini juga syurga makanan HALAL. Kalau korang sejenis manusia yang sentiasa lapar 24 jam, seeloknya carilah tempat penginapan yang dekat dengan kawasan ini.

satu2nya masjid yang ada di Seoul
ada banyak lagi restoran halal dengan pelbagai pilihan makanan sekitar Itaewon
hidangan Bulgogi dan Samgye-Tang (Sup Ayam Ginseng) di Eid Restaurant

8. GYEONGBOKGUNG PALACE

– nak tengok upacara pertukaran guard Istana Gyeongbokgung yang sebenar bolehlah datang sini. Memang gempak dan penuh adat tradisi. Tapi jangan harap diorang nak senyum mesra dengan kau biarpun kau bagi dia pikatline level 8. Bayaran 3000kwon dikenakan untuk masuk ke Istana dan PERCUMA bagi yang memakai Hanbok iaitu pakaian tradisi rakyat Korea.

tasik beku didalam kawasan istana Gyeongbokgung
annyeong !
“berkurun lama ku rahsiakan , cintaku padamu …hanya kerna kau ratu laksana disinggahsana, ditasik ini pepohon cemara , yang teguh meninggi , bagai harapan ku kepadamu sekian lama..”

9. CHEONGGYECHEON STREAM

tempat ni sesuai untuk korang jalan santai-santai atau duduk berpiknik sambil rendam kaki dalam air pada musim panas atau berjogging kat sini pagi-pagi. Tiada bayaran dikenakan untuk datang dan mengambil gambar disini.

10. MYEONGDONG STREET

– kat sinilah syurga barang kosmetik dan skincare buatan Korea kegilaan kaum wanita. Yang tak berapa wanita pun suka juga. Aku yang wanita tapi sejenis bukan kaki mekap pun dah terjebak sama menghabiskan duit dilorong Myeongdong. Bagi yang ingin menjadi Personal Shopper anda dinasihatkan untuk membawa beg tarik kesini.

Jangan lupa bawa pasport semasa membeli belah kerana anda akan dapat tax refund sebanyak 6% dengan setiap pembelian bernilai 30kwon yang anda akan dapat tebus semasa dilapangan terbang.

Myeongdong street food , rice cake & cheese bakar
dah shopping jangan sampai menyesal pulak

Categorized in: