Alhamdulillah , akhirnya target aku untuk buat #10BuffetRamadhanReviewChallenge telah terlaksana pada tahun ini. Terima kasih pada semua kawan-kawan dari Kelab Blogger Ben Ashaari yang banyak memberi aku peluang dan membantu aku mencapai target ini. Tanpa diorang mungkin hanya satu dua tempat jer aku mampu pergi.

So tanpa membuang masa jom tengok senarai 10 tempat Buffet Ramadhan yang akan aku senaraikan dibawah ini.

Korang boleh jer pergi sendiri atau berdua dengan pasangan jika ada atau ajak keluarga atau mungkin juga pergi dengan kawan-kawan. Macam biasa bagi aku kalau peri Buffet Ramadhan ni lagi ramai lagi meriah kekdahnya.

Akhir kata dari aku, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua dan jangan lupa share entry ni dalam group wasap dan group makcik bawang yer. Biar sama-sama dapat menikmatinya.

BEST WESTERN i-CITY, SHAH ALAM

Berbuka puasa di Best Western i-City Shah Alam juga sangat selesa. Paling penting sebab senang nak dapat parking dan parking juga adalah percuma untuk semua pelanggan disini. Kemudahan surau di aras yang sama juga satu lagi tarikan kenapa ramai yang suka berbuka puasa disini. Terdapat ruang makan indoor dan juga outdoor. Bagi yang bawa anak-anak kecil juga tak perlu risau sebab kawasan di The View Cafe sangat mesra kanak-kanak yang aktif.

HOTEL ROYAL, KUALA LUMPUR 

Nah! Inilah masanya untuk korang nikmati puas-puas hidangan kampung halaman dari 13 negeri yang ada di Malaysia. Cakap jer korang asal dari mana, Pahang? Perak? Kelantan? Johor? Selangor? Terengganu? Negeri Sembilan? Sabah? Just name it.

GRAND BLUE WAVE HOTEL, SHAH ALAM

Konsep hidangan “Malaysia Kini” nampak lebih moden dan agak mengikut aliran semasa denagn juadah-juadah yang viral di media sosial seperti Char Kue Teow Cheese , Pisang Goreng Cheese , Chicken Wings Cheese dan Burger Cheese Meleleh , Roti John Setiawangsa dan lain-lain lagi.

SERI PACIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR

Seri Pacific Hotel Kula Lumpur antara lokasi paling senang nak akses menggunakan public transport seperti LRT. Macam aku yang berada di Puchong akan naik LRT dari Putra Heights dan terus turun ke stesen PWTC. Turun stesen PWTC tak sampai 5 minit berjalan dah sampai ke SPHKL.

CAFE CERITA KAMBING, SHAH ALAM

Ok , aku straight to the point tempat seterusnya ni boleh dikatakan kerap aku kunjungi bila ada masa terluang dan bila rasa nak makan kambing salai. Di Cafe Cerita Kambing daging kambingnya disalai dalam kebuk khas sehingga masak tapi hasil dagingnya tetap lembut, mudah dikunyah dan masih berjus.

HOTEL SRI PETALING, KUALA LUMPUR

Bagi aku kedudukan hotel ini sangat strategik kerana dekat tempat2 menarik dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai urusan di sekitar Bukit Jalil , Seri Kembangan atau yang sedaerah dengannya. Recomended sangat untuk korang berbuka puasa kat sini dengan keluarga dan kawan2. Sambutan ramah mesra dari staff dari pintu masuk sampai ke meja makan.

LUGAR DE LA BODA, PUCHONG

Lugar De la Boda adalah kepunyaan syarikat Hanana Group yang memang terkenal dengan pakej wedding space termasuklah juga Ambassador Putajaya. Kiranya ini adalah tempat orang nak buat majlis perkhawinan, tapi dalam masa yang sama juga boleh dijadikan event-event space seperti majlis keramaian yang lain dan juga dijadikan tempat untuk berbuka puasa juga.

THE JOKE FACTORY, KUALA LUMPUR

Menurut Harith Iskander , hidangan Buffet Ramadhan 2019 di The Joke Factory menggunakan resepi turun temurun dari neneknya dan kini resepi itu telah dperturunkan kepada makciknya iaitu Kak Limah yang juga telah dilantik Harith Iskander sebagai ketua dapur yang bertanggungjawab menyediakan hidangan.

ATMOSPHERE 360, KUALA LUMPUR

Apa perasaan korang kalau dapat berbuka puasa di ketinggian 282 meter dari aras bawah sambil menikmati penorama indah Kuala Lumpur dengan bermacam juadah yang menepati citarasa dan selera dari 6:30 petang hinggan 11 malam sambil berputar perlahan diiringi alunan muzik ghazal yang mengasyikkan. Haaa memang heaven kan ? sebab itulah apa yang aku rasa masa di jemput untuk ke food testing di Restaurant Atmosphere 360 , KL Tower.

BBQ LAMB KL KEMENSAH, KUALA LUMPUR

Apa yang special makan kat sini selain sebab makan dalam sungai, makanan yang dihidangkan semuanya adalah di grill dan disalai, itu yang menjadikan semuanya lebih sedap dan lebih beraroma menaikkan selera. Pilihan aku dah tentunya set yang ada daging itik. Seriusss weihhh memang daging itiknya sedap, lembut dan tak berbau.

TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Categorized in: